Tag: Mahkamah
-
Penoreh getah mengaku tak salah rogol, amang seksual anak kandung
SEORANG penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya dalam kejadian di Kuala Lipis bulan lalu. Tertuduh 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ahmad. Memetik laporan Sinar Harian, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dan kes disebut semula…
-
Pendakwaan terhadap ketua pemuda Amanah ditarik balik
MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur melepaskan Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda daripada pertuduhan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012. Memetik laporan Malaysiakini, Peguamnya Faiz Fadzil berkata, susulan representasi yang dihantar pada 17 Mac lalu pihak pendakwa raya telah menarik balik pertuduhan terhadap Hasbie atas dakwaan kesalahan pelanggaran seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). “Keputusan ini…
-
1MDB: Kakitangan bank dikenakan tekanan untuk segerakan transaksi 1MDBGIL – Saksi
BEKAS pegawai bank Singapura memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa kakitangan Bank BSI telah menerima tekanan daripada 1Malaysia Development Berhad Global Investment Limited (1MDBGIL) untuk mempercepatkan proses pelaburan US$2.72 bilion ke dalam akaun syarikat yang disasarkan. Bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI Kevin Michael Swampillai, 59, berkata wang dalam 1MDBGIL dan akaun…
-
Gadis joli RM8,200 guna kad debit curi tak mengaku salah
SEORANG gadis tular dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri kad debit serta mengeluarkan wang tanpa pengetahuan pemiliknya pada Mac lalu. Memetik laporan UtusanTV, tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nadia Othman, tengah hari tadi. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga menganggur didakwa dengan niat…
-
Mahkamah benar pulang sementara pasport Syed Saddiq
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memulangkan sementara pasport Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi membolehkan Ahli Parlimen Muar itu menghadiri dua sidang antarabangsa bulan depan. Memetik laporan Free Malaysia Today, Hakim Azhar Abdul Hamid mengarahkan pasport itu dikembalikan kepada presiden Muda itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Afif Ali tidak membantah permohonan Syed Saddiq. Dalam permohonannya, Syed…
-
RM1 juta dana Armada Bersatu untuk bantuan, mahkamah diberitahu
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) merupakan bantuan untuk COVID-19, Ramadan, sumbangan hari raya dan kebajikan lain. Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata demikian ketika prosiding hujahan di akhir kes pembelaan, di hadapan…
-
Sekatan perjalanan Muhyiddin ditarik balik, mahkamah diberitahu
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu sekatan perjalanan terhadap bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditarik balik. Menurut Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, mewakili kerajaan susulan permohonan cabaran perundangan oleh Bersatu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepada Jabatan Imigresen larangan itu ditarik balik pada 22 Mac. Justeru Shamsul berkata, sejak larangan…
-
Remaja didenda RM300 buat laporan polis palsu
TINDAKAN seorang remaja memberi maklumat palsu kepada penjawat awam dua bulan lalu mengundang padah apabila dia didenda RM300 oleh Mahkamah Juvana Kuala Lumpur. Memetik laporan Free Malaysia Today, sekiranya gagal membayar denda itu, pelajar kolej berusia 17 tahun itu berdepan hukuman penjara tujuh hari. Hukuman itu dijatuhkan selepas remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang…
-
Askar dipecat kerana AWOL dapat semula jawatan
MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru membatalkan pemecatan seorang askar atas dakwaan tidak hadir bertugas tanpa cuti rasmi (AWOL) tiga tahun lalu. Memetik laporan Free Malaysia Today, Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan permohonan semakan kehakiman itu dan mengembalikan pangkat koperal kepada Izwan Abu Bakar. Sebelum dipecat, askar itu diturunkan pangkat. Murad turut memerintahkan Izwan dibayar gaji…
-
Bayi mati selepas lahir, hospital swasta diarah bayar RM700,000
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan sebuah hospital swasta membayar ganti rugi RM700,000 kepada sepasang suami isteri yang kematian bayi mereka selepas dilahirkan di pusat perubatan itu tujuh tahun lalu. Memetik laporan Free Malaysia Today, Hakim Akhtar Tahir memerintahkan bayaran ganti rugi teladan RM500,000, selain RM200,000 untuk penderitaan kepada Nur Amalina Ismail dan suaminya, Syed Afi…