Author: Admin

  • Calon PN di DUN Endau kesal mesej tular dakwa tarik diri bertanding

    Calon PN di DUN Endau kesal mesej tular dakwa tarik diri bertanding

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib kesal dengan mesej yang tular mendakwanya menari diri bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Alwiyah yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terkejut dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

    “Saya dimaklumkan oleh penyokong tentang kononnya saya tarik diri, menerusi mesej tular di WhatsApp.

    “Saya yakin ini provokasi awal dan lebih banyak lagi akan mendatang,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses penerimaan calon.

    Alwiyah dalam masa sama menyatakan, perkara itu tidak akan menjejaskan aktiviti berkempen berikutan rakyat yang mampu untuk menilai.

    Bercakap mengenai usahanya untuk mempertahankan kerusi tersebut, Alwiyah mendakwa mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang.

    Perkara itu juga menjadi bukti untuk menjawab segala spekulaai yang terkait terhadapnya.

    “Dalam tempoh tiga tahun saya berkhidmat kepada penduduk dengan merencanakan segala program yang memanfaatkan mereka di bawah kerajaan PN dengan mengetengahkan dua isu iaitu soal integriti dan juga kebajikan masyarakat di Endau yang menjadi keutamaan saya.

    “Mereka (rakyat) tidak bergantung pada lambang parti, generasi muda juga dah bijak menilai.

    “Anak muda pun dah celik teknologi jadi saya yakin akan terima sokongan hebat untuk saya pertahankan kerusi Endau,” katanya lagi.

    Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Youzaimi Md. Yusof yang menyimpan hasrat untuk merampas kembali kerusi tersebut.

    Selain itu, tiga lagi calon yang bakal didepani merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Mohamad Fakrulradzi Mahmud, Parti Pejuang Tanah Air menampilkan Noorhisyam Ibrahim dan calon Bebas, Ismail Don.

  • Calon MB daripada PN:Dr.Sahruddin serah pucuk pimpinan buat pilihan

    Calon MB daripada PN:Dr.Sahruddin serah pucuk pimpinan buat pilihan

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon Menteri Besar Johor daripada gabungan itu.

    Bekas Menteri Besar itu memberitahu, tidak mempunyai kuasa menentukannya dan hanya ahli parti yang mahu memastikan PN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor terlebih dahulu.

    “Setakat ini belum diumumkan (calon menteri besar) dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk memilih sesiapapun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman calon di Dewan Karisma, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, Muar, hari ini.

    DUN Bukit Kepong menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Dr. Sahruddin, Ismail Mohamed (BN); Nurafiqah M. Zulkifli (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Md. Taib Md Suhut (Parti Pejuang Tanah Air).

    Sahruddin yang merupakan penyandang DUN Bukit Kepong juga yakin bahawa beliau akan memenangi dan mengekalkan kerusi itu.

    “Atas beberapa faktor. Pertama, saya berkhidmat di sini selama empat tahun.

    “Kedua, saya berjaya membawa pembangunan di DUN Bukit Kepong dan saya berhubungan baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Tan Sri banyak membantu, mendidik dan memberi tunjuk ajar telah memudahkan saya bergerak di Bukit Kepong,” katanya.

  • Pertembungan PKR-Muda:Tidak tahu apa agenda MUDA -calon PKR Larkin

    Pertembungan PKR-Muda:Tidak tahu apa agenda MUDA -calon PKR Larkin

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Zamil Najwah Arbain, 48, mempersoalkan tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang tetap meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

    Jelas beliau, perkara itu tidak patut berlaku dan pihaknya juga tidak mengetahui apa agenda Muda berbuat demikian.

    Tindakan itu katanya, tidak wajar kerana Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini telah mengumumkan parti mereka tidak akan meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi calon Pakatan Harapan (PH).

    “Pada saya memang tidak sukalah (Muda bertanding di Larkin), kita bersama rakan-rakan dalam PKR pun sebenarnya tidak tahu apa sebab mereka boleh letakkan calon di sini, walaupun pemimpin mereka dah maklum tidak bertanding jika ada calon PH.

    “Tetapi kita meraikan demokrasi, tengok apa yang akan berlaku. Saya percaya di peringkat atas ada berlaku perbincangan sebab ini bukan ‘level’ saya untuk tentukan.

    “Bila jadi juga macam ini, maknanya perbincangan itu mungkin tidak mencapai kata putus sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas selesai Majlis Penamaan Calon DUN Larkin di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru di Johor Bahru, hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan DUN Larkin akan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon daripada PKR, Muda, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

    Itu juga merupakan satu-satunya kawasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan ditandingi oleh PKR dan Muda yang merupakan gabungan dan rakan strategik PH.

    Muda sebelum ini menyatakan minatnya untuk bekerjasama bersama gabungan PH dan ia juga direalisasi apabila komponen parti, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju menyerahkan beberapa kerusi yang ditandingi mereka kepada parti berkenaan.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai gerak kerja jentera semasa kempen PRN Johor di DUN Larkin, Zamil Najwah berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama kerana masing-masing adalah pencabar kerusi berkenaan.

    “Benda ini sepatutnya tidak berlaku. Walaupun kita ada musuh yang sama, tetapi bila dia (Muda) letak calon di sini, kita dah berlawan. Saya pun tidak tahu sama ada mereka ini nak uji kekuatan ke macam mana.

    “Kalau bab jentera kami dah berlawan, tidak mungkin mahu kongsi pula, kecuali kalau kita dalam satu gabungan yang sama,” katanya.

  • Senarai calon bertanding dalam PRN Johor

    Senarai calon bertanding dalam PRN Johor

    Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor:

    N01 BULOH KASAP
    Penyandang – Datuk Zahari Sarip (BN-UMNO)

    N01: BULOH KASAP: JOHOR: 28,481

    1. C. Subramani (PKR)
    2. Mohd Hanafi Ahmad (Pejuang)
    3. Norazman Md Diah (PN-Bersatu)
    4. Datuk Zahari Sarip (BN-UMNO)

    (2018: Datuk Zahari Sarip : BN-UMNO: Maj: 877)

    N02 JEMENTAH
    Penyandang – Tan Chen Choon (PH-DAP)

    N02: JEMENTAH: JOHOR: 41,221

    1. See Ann Giap (BN-MCA)
    2. Maimunah Safwah Musa (PN-PAS)
    3. Ng Kor Sim (PH-DAP)

    (2018: Tan Chen Choon: PKR: Maj: 7,001)

    N03 PEMANIS
    Penyandang – Chong Fat Full (PN-Bersatu)

    N03: PEMANIS: JOHOR: 29,923

    1. Uzzair Ismail (PN-Bersatu)
    2. Dr Azita Amrin (Pejuang)
    3. Yoong Thau (PKR)
    4. Anuar Abd Manap (BN-UMNO)

    (2018: Chong Fat Full: PKR: Maj: 363)

    N04 KEMELAH
    Penyandang – Sulaiman Mohd Nor (PH-Amanah)

    N04: KEMELAH: JOHOR: 33,702

    1. Dr Sulaiman Mohd Nor (PH-Amanah)
    2. Norizan Sahardin (Pejuang)
    3. Normala Sudirman (PN-PAS)
    4. N. Saraswati (BN-MIC)

    (2018: Dr Sulaiman Mohd Nor: PKR: Maj: 2,355)

    N05 TENANG
    Penyandang – Mohd Solihan Badri (PN-Bersatu)

    N05: TENANG: JOHOR: 22,613

    1. Ahmad Humaizi Udin @ Uzir (PN-Bersatu)
    2. Mohd Fauzi Bachok (Pejuang)
    3. Haslinda Salleh (BN-UMNO)
    4. Lim Wei Jiet (MUDA)

    (2018: Mohd Solihan Badri: PKR: Maj: 1,070)

    N06 BEKOK
    Penyandang – Ramakrishnan Suppiah (PH-DAP)

    N06: BEKOK: JOHOR: 27,426

    1. M. Kanan (PH-DAP)
    2. Tan Lek Khang (PN-Bersatu)
    3. Tan Chong (BN-MCA)
    4. A. Sandara Segaran (Warisan)

    (2018: S. Ramakrishnan: PKR: Maj: 2,457)

    N07 BUKIT KEPONG
    Penyandang – Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN-Bersatu)

    N07: BUKIT KEPONG: JOHOR: 37,495

    1. Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN-Bersatu)
    2. Nur Afiqah M. Zulkifli (MUDA)
    3. Ismail Mohamad (BN-UMNO)
    4. Md Taib Md Suhut (Pejuang)

    (2018: Datuk Dr Sahruddin Jamal: PKR: Maj: 1,273

    N08 BUKIT PASIR
    Penyandang – Najib Lep (PN-PAS)

    N08: BUKIT PASIR: JOHOR: 32,213

    1. Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang)
    2. Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN-UMNO)
    3. Johar Siraj (Bebas/IND)
    4. Elia Nadira Sabudin (PH-Amanah)
    5. Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN-PAS)
    6. Najib Lep (Bebas/IND)

    (2018: Najib Lep: PAS: Maj: 1,883)

    N09 GAMBIR
    Penyandang – Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Bersatu)

    N09: GAMBIR: JOHOR: 29,434

    1. Suraya Sulaiman (Pejuang)
    2. Sahrihan Jani (BN-UMNO)
    3. Na’im Jusri (PKR)
    4. Mohd Solihan Badri (PN-Bersatu)

    (2018: Tan Sri Muhyiddin Yassin: PKR: Maj: 3,088)

    N10 TANGKAK
    Penyandang – Eric Ee Chin Li (PH-DAP)

    N10: TANGKAK: JOHOR: 35,554

    1. Ee Chin Li (PH-DAP)
    2. Ong Chee Siang (BN-MCA)
    3. Muhammad Airel Zabridin (Pejuang)
    4. Dr Chong Fat Full (PN-Bersatu)
    5. Zainal Bahrom A Kadir (Bebas/IND)

    (2018: Ee Chin Li: PKR: Maj: 5,077)

    N11 SEROM
    Penyandang – Faizul Amri Adnan (PKR)

    N11: SEROM: JOHOR: 39,018

    1. Rahmat Daud (PN-Bersatu)
    2. ‘Asim ‘Abdullah Ainullotfi (PH-Amanah)
    3. Abdul Azim Abdul Malek (Pejuang)
    4. Khairin-Nisa Ismail @ Md On (BN-UMNO)

    (2018: Faizul Amri Adnan: PKR: Maj: 2,324)

    N12 BENTAYAN
    Penyandang – Ng Yak Howe (PH-DAP)

    N12: BENTAYAN: JOHOR: 34,728

    1. Ng Yak Howe (PH-DAP)
    2. Gan Q’i Ru (BN-MCA)
    3. Tan Kok Hong (PN-Gerakan)

    (2018: Ng Yak Howe: PKR: Maj: 13,629)

    N13 SIMPANG JERAM
    Penyandang – Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Amanah)

    N13: SIMPANG JERAM: JOHOR: 40,014

    1. Mahaizal Mahmor (Pejuang)
    2. Zarul Salleh (PN-PAS)
    3. Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Amanah)
    4. Datuk Lokman Md Don (BN-UMNO)

    (2018: Datuk Seri Salahuddin Ayub: PKR: Maj: 7,687)

    N14 BUKIT NANNING
    Penyandang – Md Ysahruddin Kusni (PKR)

    N14: BUKIT NANING: JOHOR: 22,594

    1. Md Ysahrudin Kusni (PKR)
    2. S. Jeganathan (Bebas/IND)
    3. Datuk Mohd Fuad Tukirin (BN-UMNO)
    4. Mahadzir Abu Said (PN-Bersatu)
    5. Datuk Ibrahim Shafe’e (Pejuang)

    (2018: Md Ysahrudin Kusni: PKR: Maj: 1,552)

    N15 MAHARANI
    Penyandang – Nor Hayati Bachok (PH-Amanah)

    N15: MAHARANI: JOHOR: 38,596

    1. Muhammad Hanis Asmui Md Salleh (PBM)
    2. Noor Farah Shamsudin (BN-UMNO)
    3. Nor Hayati Bachok (PH-Amanah)
    4. Abdul Aziz Talib (PN-PAS)
    5. Riad Ahmad (Pejuang)
    6. Lim Kim Joo (BEBAS/IND)

    (2018: Nor Hayati Bachok: PKR: Maj: 5,674)

    N16 SUNGAI BALANG
    Penyandang – Zaiton Ismail (BN-UMNO)

    N16: SUNGAI BALANG: JOHOR: 30,121

    1. Abdullah Sahid (PKR)
    2. Selamat Takim (BN-UMNO)
    3. Zainudin Sayuti (PN-Bersatu)
    4. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal @ Mohd Najib (Pejuang)

    (2018: Zaiton Ismail: BN-UMNO: Maj: 174)

    N17 SEMERAH
    Penyandang – Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR)

    N17: SEMERAH: JOHOR: 46,640

    1. Kamarolzaman Mohd Jidi (Putra)
    2. Mohd Fared Mohd Khalid (BN-UMNO)
    3. Mohd Khuzzan Abu Bakar (PKR)
    4. Datuk Ariss Samsudin (PN-Bersatu)
    5. Mahdzir Ibrahim (Pejuang)

    (2018: Mohd Khuzzan Abu Bakar: PKR: Maj: 98)

    N18 SRI MEDAN
    Penyandang – Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-UMNO)

    N18: SRI MEDAN: JOHOR: 32,696

    1. Azmi Masrani (PKR)
    2. Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-UMNO)
    3. Othman Kepol (PN-PAS)
    4. Mohd Firdaus Abdul Malek (Pejuang)

    (2018: Datuk Zulkurnain Kamisan: BN-UMNO: Maj: 6,040)

    N19 YONG PENG
    Penyandang – Chew Peck Choo (PH-DAP)

    N19: YONG PENG: JOHOR: 33,053

    1. Ling Tian Soon (BN-MCA)
    2. Alan Tee Boon Tsong (PH-DAP)
    3. Yong Fui Ling (PN-Gerakan)

    (2018: Chew Peck Choo: PKR: Maj: 5,089)

    N20 SEMARANG
    Penyandang – Datuk Samsolbari Jamali (BN-UMNO)

    N20: SEMARANG: JOHOR: 27,734

    1. Adzlan Raju (Pejuang)
    2. Haryati Abu Nasir (PKR)
    3. Shazani A Hamid (PN-Bersatu)
    4. Datuk Samsolbari Jamali (BN-UMNO)

    (2018: Datuk Samsolbari Jamali: BN-UMNO: Maj: 5,842)

    N21 PARIT YAANI
    Penyandang – Aminolhuda Hassan (PH-Amanah)

    N21: PARIT YAANI: JOHOR: 41,851

    1. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir (Pejuang)
    2. Ahmad Nawfal Mahfodz (PN-PAS)
    3. Mohamad Najib Samuri (BN-UMNO)
    4. Aminolhuda Hassan (PH-Amanah)

    (2018: Aminolhuda Hassan: PKR: Maj: 4,834)

    N22 PARIT RAJA
    Penyandang – Nor Rashidah Ramli (BN-UMNO)

    N22: PARIT RAJA: JOHOR: 36,059

    1. Nor Rashidah Ramli (BN-UMNO)
    2. Zulkifli Mat Daud (PN-Bersatu)
    3. Muhamad Fikri Musa (MUDA)
    4. Abdul Lateef Mahrani (Pejuang)

    (2018: Nor Rashidah Ramli: BN-UMNO: Maj: 638)

    N23 PENGGARAM
    Penyandang – Gan Peck Cheng (PH-DAP)

    N23: SENGGARANG: JOHOR: 69,092

    Ter Hwa Kwong (BN-MCA)
    Gan Peck Cheng (PH-DAP)
    Ronald Sia Wee Yet (PN-Bersatu)

    Zahari Osman (Bebas)

    (2018: Gan Peck Cheng: PKR: Maj: 17,205)

    N24 SENGGARANG
    Penyandang – Khairuddin A Rahim (PKR)

    N24: SENGGARANG: JOHOR: 37,374

    1. Mohd Yusla Ismail (BN-UMNO)
    2. Baharudin Bin Abdullah (Bebas/IND)
    3. Khairul Faizi Ahmad Kamil (PN-PAS)
    4. Abd Hamid Jamah (PH-Amanah)
    5. Zalihah Jaffar (Pejuang)

    (2018: Khairuddin A Rahim: PKR: Maj: 809)

    N25 RENGIT
    Penyandang – Ayub Jamil (BN-UMNO)

    N25: RENGIT: JOHOR: 27,123

    1. Mohammad Huzair Lajis (PN-Bersatu)
    2. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Pejuang)
    3. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-UMNO)
    4. Khairuddin Bin A Rahim (PKR)

    (2018: Ayub Jamil: BN-UMNO: Maj: 4,172)

    N26 MACHAP
    Penyandang – Abd Taib Abu Bakar (BN-UMNO_

    N26: MACHAP: JOHOR: 33,764

    1. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang)
    2. Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO)
    3. Azlisham Azahar (PN-PAS)
    4. Sangaran Rawisandiran (MUDA)

    (2018: Abd Taib Abu Bakar: BN-UMNO: Maj: 404)

    N27 LAYANG-LAYANG
    Penyandang – Onn Hafiz Ghazi (BN-UMNO)

    N27: LAYANG-LAYANG: JOHOR: 25,147

    1. Dr Maszlee Malik (PKR)
    2. Alagathiran Krishnan (PN-Bersatu)
    3. Abd Mutalip Abd Rahim (BN-UMNO)
    4. Ahmad Shafiq Othaman (Pejuang)

    (2018: Onn Hafiz Ghazi: BN-UMNO: Maj: 364)

    N28 MENGKIBOL
    Penyandang – Chew Chong Sin (PH-DAP)

    N28: MENGKIBOL: JOHOR: 66,362

    1. Kelly Chye Pei Yee (BN-MCA)
    2. Wong Chan Giap (PN-Bersatu)
    3. Chew Chong Sin (PH-DAP)

    (2018: Chew Chong Sin: PKR: Maj 19,226 )

    N29 MAHKOTA
    Penyandang – Muhamad Said Jonit (PKR)

    N29: MAHKOTA: JOHOR: 65,074

    1. Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Amanah)
    2. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN-UMNO)
    3. Mohamad Nor Lingan (PN-Bersatu)
    4. Mohamed Noor Suleiman (Warisan)

    (2018: Muhamad Said Jonit : PKR: Maj: 1,668)

    N30 PALOH
    Penyandang – Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-DAP)

    N30: PALOH: JOHOR: 25,831

    1. Selvendran Velu (PN-PAS)
    2. Sheikh Umar Bagharib Ali (PH-DAP)
    3. Lee Ting Han (BN-MCA)
    4. Aminuddin Johari (Pejuang)

    (2018: Sheikh Umar Bagharib Ali: PKR: Maj: 783)

    N31 KAHANG
    Penyandang – Vidyananthan Ramanadhan (BN-MIC)

    N31: KAHANG: JOHOR: 29,343

    1. Vidyananthan Ramanadhan (BN-MIC)
    2. Rohani Banu Abdul Rahman Krishnan (PH-Amanah)
    3. Rosdi Amir (Pejuang)
    4. Daud Yusof (PN-Bersatu)

    (2018: R. Vidyanathan: BN-MIC: Maj: 2,861)

    N32 ENDAU
    Penyandang – Alwiyah Talib (PN-Bersatu)

    N32: ENDAU: JOHOR: 27,924

    1. Alwiyah Talib (PN-Bersatu)
    2. Ismail Don (Bebas/IND)
    3. Mohammad Fakrulradzi Mahmud (PH-Amanah)
    4. Mohd Noorhisyam Ibrahim (Pejuang)
    5. Mohd Youzaimi Yusof (BN-UMNO)

    (2018: Alwiyah Talib: BN-UMNO: Maj: 3,080)
    (Kini: PN-Bersatu)

    N33 TENGGAROH
    Penyandang, Raven Kumar Krishnasamy-MIC

    N33: TENGGAROH: JOHOR: 38,408

    1. Mohd Firdaus Abd Rahman (Pejuang)
    2. Zulinah A. Johari (PKR)
    3. Raven Kumar Krishnasamy (BN-MIC)
    4. Roslan Nikmat (PN-PAS)

    (2018: K.Raven Kumar: BN-MIC: Maj: 5,765)

    N34 PANTI
    Penyandang – Hahasrin Hashim (BN-UMNO)

    N34: PANTI: JOHOR: 38,408

    1. Hasan Rasid (PN-Bersatu)
    2. Ahmad Daniel Sharudin (PH-Amanah)
    3. Ahmade Mohd Din (Pejuang)
    4. Hahasrin Hashim (BN-UMNO)

    (2018: Hahasrin Hashim : BN-UMNO: Maj: 3,424)

    N35 PASIR RAJA
    Penyandang – Rashidah Ismail (BN-UMNO)

    N35: PASIR RAJA: JOHOR: 28,045

    1. Rashidah Ismail (BN-UMNO)
    2. Mohd Fakharuddin Moslim (PKR)
    3. Jawahir Husein (PN-Bersatu)
    4. Mohd Yusri Yusof (Pejuang)

    (2018: Rashidah Ismail : BN-UMNO: Maj: 1,847)

    N36 SEDILI
    Penyandang – Rasman Ithnain (PN-Bersatu)

    N36: SEDILI: JOHOR: 28,659

    1. Tariq Ismail Mustafa (Pejuang)
    2. Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas (PN-Bersatu)
    3. Muszaide Makmor (BN-UMNO)
    4. Mat Khairi Samsudin (PH-Amanah)

    (2018: Rasman Ithnain : BN-UMNO: Maj: 9,168)

    N37 JOHOR LAMA
    Penyandang – Rosleli Jahari (PN-Bersatu)

    N37: JOHOR LAMA: JOHOR: 32,658

    1. Omar Mokhtar A Manap (PKR)
    2. Mohamad Alias Rasman (PN-Bersatu)
    3. Norlizah Noh (BN-UMNO)
    4. Mohd Shukor Ahmad (Pejuang)

    (2018: Rosleli Jahari : BN-UMNO: Maj: 5,807)

    N38 PENAWAR
    Penyandang – Sharifah Azizah Syed Zain (BN-UMNO)

    N38: PENAWAR: JOHOR: 29,933

    1. Norazila Sanip (PH-Amanah)
    2. Mohd Faizal Asmar (PN-Bersatu)
    3. Rahmattullah Kamilin (Pejuang)
    4. Fauziah Misri (BN-UMNO)

    (2018: Sharifah Azizah Syed Zain : BN-UMNO: Maj: 7,134)

    N39 TANJUNG SURAT
    Penyandang – Syed Sis Syed Abdul Rahman (BN-UMNO)

    N39: TANJUNG SURAT: JOHOR: 25,132

    1. Samat Atan (Pejuang)
    2. Aznan Tamin (BN-UMNO)
    3. Rosman Tahir (PKR)
    4. Selamat Ujud (PN-PAS)

    (2018: Syed Sis Abd Rahman : BN-UMNO: Maj: 4,522)

    N40 TIRAM
    Penyandang – S Gopalakrishnan (PKR)

    N40: TIRAM: JOHOR: 105,707

    1. Bala Sundaram Perumal (Bebas/IND)
    2. S. Gopalakrishnan (PKR)
    3. Dr Karim Deraman (PN-PAS)
    4. Mohd Azmi Ali (PBM)
    5. Azizul Bachok (BN-UMNO)
    6. Datuk Abdul Aziz Harun (Pejuang)
    7. Jayasangkar Jeraman (Bebas/IND)

    (2018: S. Gopalakrishnan : PKR: Maj: 8,098)

    N41 PUTERI WANGSA
    Penyandang – Mazlan Bujang (Bebas)

    N41: PUTERI WANGSA: JOHOR: 112,804

    1. Adzrin Adam (Bebas/IND)
    2. Ng Yew Aik (BN-MCA)
    3. Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang)
    4. Loh Kah Yong (PN-Gerakan)
    5. Steven Choong Shiau Yoon (PBM)
    6. Amira Aisya Abd Aziz (MUDA)

    (2018: Mazlan Bujang : PKR: Maj: 24,959)

    N42 JOHOR JAYA
    Penyandang – Liow Cai Tung (PH-DAP)

    N42: JOHOR JAYA: JOHOR: 91,882

    1. Chan San San (BN-MCA)
    2. Chen Hain Kai (Warisan)
    3. Liow Cai Tung (PH-DAP)
    4. Datuk Dr Ker Ching Sheng (PN-Gerakan)

    (2018: Liow Cai Tung : PKR: Maj: 15,565)

    N43 PERMAS
    Penyandang – Che Zakaria Mohd Salleh (PN-Bersatu)

    N43: PERMAS: JOHOR: 103,598

    1. Mahaya Ahad (Pejuang)
    2. Baharudin Mohamed Taib (BN-UMNO)
    3. Mohamed Ridza Busu (Warisan)
    4. Tazul Arifin Nasri (PN-Bersatu)
    5. Syed Othman Abdullah (PH-Amanah)

    (2018: Che Zakaria Mohd Salleh : PKR: Maj: 8,746)

    N44 LARKIN
    Penyandang, Mohd Izhar Ahmad-BERSATU

    N44: LARKIN: JOHOR: 76,004

    1. Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang)
    2. Muhammad Rasid Abu Bakar (MUDA)
    3. Dr Zamil Najwah Arbain (PKR)
    4. Zulkifli Bujang (PN-Bersatu)
    5. Norramadan Buan (Bebas/IND)
    6. Mohd Hairi Mad Shah (BN-UMNO)

    (2018: Mohd Izhar Ahmad : PKR: Maj: 8,590)

    N45 STULANG
    Penyandang – Andrew Chen Kah Eng (PH-DAP)

    N45: STULANG: JOHOR: 60,577

    1. Yap Chiang Youis (PN-Gerakan)
    2. Muhammad Saiful Bahari Sahari (PBM)
    3. Moharam Baharom (Bebas/IND)
    4. Andrew Chen Kah Eng (PH-DAP)
    5. Ang Boon Heng (BN-MCA)

    (2018: Chen Kah Eng : PKR: Maj: 12,470)

    N46 PERLING
    Penyandang – Cheo Yee How (PH-DAP)

    N46: PERLING: JOHOR: 101,263

    1. Khoo Shiaw Lee (PN-Gerakan)
    2. Tan Hiang Kee (BN-MCA)
    3. Liew Chin Tong (PH-DAP)

    (2018: Cheo Yee How : PKR: Maj: 19,533)

    N47 KEMPAS
    Penyandang – Osman Sapian (PN-Bersatu)

    N47: KEMPAS: JOHOR: 62,011

    1. Datuk Ramlee Bohani (BN-UMNO)
    2. Mohd Azwan Abd Rahman (Bebas/IND)
    3. Mohd Suhimi A. Rahman (Bebas/IND)
    4. Napsiah Khamis Maharan (PKR)
    5. Nornekman Osman (Pejuang)
    6. Mohd Hambali Munadi (Bebas/IND)
    7. Nur Faizal Abdullah (PN-Bersatu)

    (2018: Osman Sapian: PKR: Maj: 9,178)

    N48 SKUDAI
    Penyandang – Tan Hong Pin (PH-DAP)

    N48: SKUDAI: JOHOR: 102,828

    1. Marina Ibrahim (PH-DAP)
    2. Khoo Kong Ek (PN-Bersatu)
    3. Lim Soon Hai (BN-MCA)

    (2018: Tan Hong Pin : PKR: Maj: 35,126)

    N49 KOTA ISKANDAR
    Penyandang – Dzulkefly Ahmad (PH-Amanah)

    N49: KOTA ISKANDAR: JOHOR: 116,415

    1. Pandak Ahmad (BN-UMNO)
    2. Samsudin Ismail (PN-Bersatu)
    3. Dr Zaini Abu Bakar (Pejuang)
    4. Dzulkefly Ahmad (PH-Amanah)
    5. R. Arangkannal (PSM)

    (2018: Dzulkefly Ahmad: PKR: Maj: 14,543)

    N50 BUKIT PERMAI
    Penyandang – Tosrin Jarvanthi (PN-Bersatu)

    N50: BUKIT PERMAI: JOHOR: 39,611

    1. Mohd Azrol Ab Rahani (MUDA)
    2. Datuk Mohd Jafni Md Shukor (BN-UMNO)
    3. Tosrin Jarvanthi (PN-Bersatu)
    4. Mokhtar Abdul Wahab (Pejuang)

    (2018: Tosrin Jarvanthi: PKR: Maj: 2,531)

    N51 BUKIT BATU
    Penyandang – Jimmy Puah Wee Tse (PKR)

    N51: BUKIT BATU: JOHOR: 46,237

    1. Lee Ming Wen (Warisan)
    2. Chiong Sen Sern (PKR)
    3. Tan Heng Choon (PN-Gerakan)
    4. Suppayah Solaimuthu (BN-MIC)

    (2018: Jimmy Puah Wee Tse: PKR: Maj: 10,057)

    N52 SENAI
    Penyandang – Tee Boon Tsong (PH-DAP)

    N52: SENAI: JOHOR: 63,717

    1. Yeo Kwee Kwang (PN-Bersatu)
    2. Shen Poh Kuan (BN-MCA)
    3. Wong Bor Yang (PH-DAP)

    (2018: Tee Boon Tsong : PKR: Maj: 18,902)

    N53 BENUT
    Penyandang – Datuk Hasni Mohammad (BN-UMNO)

    N53: BENUT: JOHOR: 28,165

    1. Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang)
    2. Senator Datuk Isa Ab. Hamid (PN-Bersatu)
    3. Haniff @ Ghazali Hosman (PKR)
    4. Datuk Hasni Mohammad (BN-UMNO)

    (2018: Datuk Hasni Mohammad: BN-UMNO: Maj: 4,447)

    N54 PULAI SEBATANG
    Penyandang – Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Amanah)

    N54: PULAI SEBATANG: JOHOR: 46,991

    1. Abdullah Husin (PN-PAS)
    2. Suhaizan Kaiat (PH-Amanah)
    3. Hasrunizah Hassan (BN-UMNO)
    4. Abd Rashid Abd Hadi (Pejuang)

    (2018: Muhammad Taqiuddin Cheman: PKR: Maj: 3,395)

    N55 PEKAN NENAS
    Penyandang – Yeo Tung Siong (PH-DAP)

    N55: PEKAN NANAS: JOHOR: 35,865

    1. Tan Eng Meng (BN-MCA)
    2. Hishamuddin Busri (Warisan)
    3. Datuk Tan Chin Hock (PN-Gerakan)
    4. Yeo Tung Siong (PH-DAP)

    (2018: Yeo Tung Siong: PKR: Maj: 1,308)

    N56 KUKUP
    Penyandang – Md Othman Yusof (BN-UMNO)

    N56: KUKUP: JOHOR: 34,624

    1. Zamzam Hashim (Pejuang)
    2. Mahathir Iskandar Muhammad (PN-Bersatu)
    3. Mohd Zaiful Bakri (PKR)
    4. Datuk Jefridin Atan (BN-UMNO)

    (2018: Md Othman Yusof: BN-UMNO: Maj: 862)

    Sumber: BERNAMA

  • PRN Johor: MB Johor hadapi tentangan calon PN, Pejuang, PKR

    PRN Johor: MB Johor hadapi tentangan calon PN, Pejuang, PKR

    itik patah kaki

    PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berdepan pertandingan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

    Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan penyandang kerusi berkenaan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab. Hamid; calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim dan calon PKR, Haniff Ghazali Hosman.

    Isa ialah wakil daripada kalangan masyarakat Orang Asli di Dewan Negara.

    Pengumuman pencalonan keempat-empat calon berkenaan dibuatkan Pegawai Pengurus (RO) Pilihan Raya DUN Benut, Mohd. Rafi Abdullah.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Hasni memenangi kerusi DUN Benut dengan 9,480 undi, berbanding calon Zulkifly Tasrep (PKR) meraih 5,033 undi, manakala Mohd. Firdaus Jaafar (PAS) mendapat 2,590 undi.

    Hasni menang dengan majoriti 4,447 undi.

  • PRN paling sengit dalam sejarah Johor

    PRN paling sengit dalam sejarah Johor

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini menjadi pertembungan paling sengit dalam sejarah negeri itu.

    Ini kerana seramai 239 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Pertandingan paling mencabar berlaku di DUN Tiram dan Kempas yang akan menyaksikan tujuh penjuru melibatkan lima calon Bebas di kedua-dua kerusi berkenaan.

    PRN Johor turut menyaksikan saingan empat penjuru mendominasi lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan iaitu 35 kawasan, diikuti lima penjuru di lapan kerusi, tiga penjuru (7 kerusi) dan enam penjuru (4 kerusi).

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tiada pencalonan yang diterima daripada 239 kertas penamaan ditolak dalam pilihan raya tersebut setelah tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi.

    “SPR menubuhkan 56 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

    “Bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon yang bertanding.

    “Bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhkbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), Johor Bahru, hari ini.

    Katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN tersebut dilaksanakan dengan ketat melibatkan semua aspek.

    Jelasnya, ini termasuk proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

    Tambahnya, maklumat lanjut SOP berkenaan boleh diperolehi di portal spr.gov.my.

    SPR juga katanya, berharap agar aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

  • Dua bekas ADUN bertembung di Bukit Kepong  

    Dua bekas ADUN bertembung di Bukit Kepong  

    PEREBUTAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Bukit Kepong, Johor menyaksikan pertembungan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pertandingan empat penjuru. 

    Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula bekas ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, manakala Barisan Nasional (BN) mengetengahkan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed. 

    Dua lagi calon ialah pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Nurafiqah M. Zulkifli dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Md. Taib Md. Suhut. 

    Proses penamaan calon ini berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, Johor. 

    Md Taib tiba paling awal di pusat penamaan calon dan dilihat memasuki IKBN pukul 7.50 pagi.

    Calon PN, Dr Sahruddin yang memakai baju Melayu biru tiba di perkarangan pusat penamaan pada pukil 8.36 lagi, manakala Nurafiqah tiba paling akhir pada pukul 8.55 pagi. 

    Pengurus Pilihan Raya Bukit Kepong, Rahman @ Rahman mengesahkan semua calon layak bertanding selepas proses penyerahan borang calon ditutup pada pukul 10 pagi. 

    Berdasarkan undian kedudukan nombor calon pada kertas undi, Dr Shahruddin (PN) berada pada nombor satu, diikuti calon Muda, BN dan Pejuang. 

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada 8 Mac, manakala hari mengundi pada 12 Mac ini. 

  • Kerusi ‘panas’ Larkin: Pertembungan Muda-PKR tidak dapat dielakkan

    Kerusi ‘panas’ Larkin: Pertembungan Muda-PKR tidak dapat dielakkan

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    PERTEMBUNGAN kerusi antara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Keadilan Nasional (PKR) tidak dapat dielakkan lagi apabila masing-masing meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Perkembangan itu akan menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mempunyai ‘dua calon’ sekali gus menjadikan kerusi DUN Larkin antara kerusi panas pada PRN tersebut.

    Pertembungan Muda dan PKR itu akan menyaksikan persaingan enam penjuru di Larkin dan merupakan satu-satunya kawasan DUN ditandingi dua rakan strategik daripada gabungan politik yang sama.

    Muda mempertaruhkan Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar, 28, manakala PKR menampilkan Dr. Zamil Najwah Arbain, 44.

    Empat lagi yang bertanding adalah melibatkan calon UMNO daripada Barisan Nasional (BN), calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Perikatan Nasional (PN), calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

    Di kerusi DUN berkenaan BN-UMNO menampilkan Mohd. Hairi Md. Shah, 38; PN-Bersatu meletakkan Zulkifli Bujang, 44; Pejuang pula diwakili Mohamad Riadz Mohamad, 49, dan turut disertai calon Bebas, Norramadan Buan, 46.

    Pegawai Pengurus DUN Larkin, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan akan berlaku enam persaingan di DUN berkenaan selepas berpuas hati dengan dokumen semua calon-calon akan bertanding.

    Proses penamaan calon bagi kerusi DUN Larkin dilakukan di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru.

    Sebelum ini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu mengumumkan Dr. Zamil Najwah sebagai calon mereka di DUN Larkin dan
    kelmarin, Muda pula mengumumkan calonnya.

    Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, parti tersebut menyerahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan terbaik sama ada memilih Muda atau PKR.

  • Pertembungan tujuh penjuru di DUN Kempas

    Pertembungan tujuh penjuru di DUN Kempas

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    CALON Perikatan Nasional (PN) Nur Faizal Abdullah, 49, tiba paling awal ke pusat penamaan calon Dewan Kompleks Perumahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas, Johor Bahru pada pukul 8 pagi.

    Beliau merupakan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai dan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selain aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

    Calon kedua yang hadir ialah calon Bebas yang merupakan seorang guru matematik, Mohd. Azwan Abd. Rahman, 40, tiba pada pukul 8.15 pagi.

    Seorang lagi calon Bebas, Mohd. Hambali Munadi, 61, yang merupakan bekas ketua Kampung di Kempas tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi.

    Pada pukul 8.40 pagi, calon Barisan Nasional (BN), Timbalan Ketua UMNO Pulai, Datuk Ramli bohani tiba ke pusat penamaan calon.

    Calon PKR, Napsiah Khamis Maharan yang merupakan Ketua Wanita PKR Johor tiba pada pukul 9 pagi sebaik kaunter penyerahan borang penamaan calon dibuka.

    Anak kepada bekas Menteri Besar, Nornekman Osman yang merupakan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tiba lima minit kemudian.

    Sementara calon Bebas, Mohd. Suhimi A. Rahman, 62, yang juga calon terakhir yang tiba 20 minit sebelum tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup.

    Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas akan menjadikan pertembungan tujuh penjuru antara PN, PH, BN, Pejuang dan tiga calon Bebas.

  • Calon BN DUN Sungai Balang, Tanjung Surat ditukar saat akhir

    Calon BN DUN Sungai Balang, Tanjung Surat ditukar saat akhir

    CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang ditukar pada saat-saat akhir.

    Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha UMNO Bahagian Muar, Selamat Takim, 57, menggantikan Mohd Helmi Abdul Latif.

    Khamis lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan Mohd Helmi akan bertanding di kerusi berkenaan.

    Walau bagaimanapun, difahamkan pertukaran calon berlaku dalam masa kurang 24 jam selepas akar umbi di Sungai Balang membantah keputusan pucuk pimpinan mencalonkan Mohd Helmi.

    Mereka menyifatkannya sebagai ‘orang luar’.

    Selain itu, BH pada Khamis lalu turut melaporkan pertukaran calon BN bagi kerusi DUN Tanjung Surat.

    Datuk Syed Sis Abd Rahman yang menyandang kerusi itu selama dua penggal digantikan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin.

    Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan tahniah kepada Aznan yang juga Ketua Pemuda Bahagian Pengerang.