PEREBUTAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Bukit Kepong, Johor menyaksikan pertembungan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pertandingan empat penjuru. 

Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula bekas ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, manakala Barisan Nasional (BN) mengetengahkan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed. 

Dua lagi calon ialah pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Nurafiqah M. Zulkifli dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Md. Taib Md. Suhut. 

Proses penamaan calon ini berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pagoh, Johor. 

Md Taib tiba paling awal di pusat penamaan calon dan dilihat memasuki IKBN pukul 7.50 pagi.

Calon PN, Dr Sahruddin yang memakai baju Melayu biru tiba di perkarangan pusat penamaan pada pukil 8.36 lagi, manakala Nurafiqah tiba paling akhir pada pukul 8.55 pagi. 

Pengurus Pilihan Raya Bukit Kepong, Rahman @ Rahman mengesahkan semua calon layak bertanding selepas proses penyerahan borang calon ditutup pada pukul 10 pagi. 

Berdasarkan undian kedudukan nombor calon pada kertas undi, Dr Shahruddin (PN) berada pada nombor satu, diikuti calon Muda, BN dan Pejuang. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada 8 Mac, manakala hari mengundi pada 12 Mac ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here