Author: Wartawan WartaRakyat

  • Perbicaraan SRC diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan – Hakim

    Perbicaraan SRC diteruskan dalam talian atau waran tangkap untuk Najib akan dikeluarkan – Hakim

    PERBICARAAN kes rayuan SRC International akan diteruskan pada 12.30 tengah hari secara dalam talian atau waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta-merta, kata Mahkamah Rayuan hari ini.

    Astro Awani melaporkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, juga berkata keputusan rayuan Najib terhadap sabitan kesalahannya juga akan diteruskan esok.

    Malam tadi, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan bagi kes SRC International selepas salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19.

    Pasukan pembelaan Najib sebelum ini memohon penangguhan pendengaran mereka untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan didengar pada Selasa.

    Ini susulan salah seorang pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dijangkiti COVID-19.

    Peguam utama dalam pasukan itu, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah melalui surat, yang didedahkan kepada media lewat malam tadi, bahawa salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.

    Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Dis lalu di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki antara lain untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.

    Mahkamah rayuan juga bersedia untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan Najib dalam kes SRC International pada Rabu.

    Dalam suratnya, Muhammad Shafee meminta mahkamah mengosongkan perbicaraan untuk kedua-dua prosiding hari ini dan esok kerana peguam, yang merupakan anaknya, Muhammad Farhan, telah disahkan positif COVID-19 pada 6 Dis.

  • Kes SRC: Pendakwaan telah kemuka semua bukti relevan di mahkamah

    Kes SRC: Pendakwaan telah kemuka semua bukti relevan di mahkamah

    PIHAK pendakwaan berhujah bahawa tiada bukti relevan baharu yang diperlukan dalam permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman terhadapnya, dalam kes rasuah RM42 juta SRC International.

    Memetik laporan Malaysiakini, menerusi afidavit untuk membantah permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru, timbalan pendakwa raya Budiman Lutfi Mohamed mendakwa semua bukti yang ada telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Najib, serta Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuannya.

    Budiman mendakwa bukti baharu yang ingin dikemukakan Najib tidak relevan dalam ke tersebut.

    Beliau juga menyangkal dakwaan pembelaan bahawa pendakwaan ada menyembunyikan sebarang bukti yang relevan dalam kes tersebut.

    “Saya menyatakan bahawa semua keterangan yang ada telah dikemukakan untuk penentuan Mahkamah Perbicaraan dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada keterangan baru diperlukan untuk penyelesaian kes ini secara adil.

    “Saya seterusnya menyatakan bahawa permohonan ini gagal untuk menunjukkan wujudnya apa-apa hal keadaan yang luar biasa untuk membenarkan pengemukaan keterangan baharu sebelum keputusan bagi rayuan jenayah tersebut pada 8 Disember ini.

    “Pihak pendakwaan menyatakan bahawa rayuan ini bertujuan melambatkan keputusan bagi rayuan jenayah tersebut, dengan membuka semula keseluruhan kes dan perkara ini adalah nyaa daripada perintah yang dipohon dan kesan perintah tersebut.

    “Saya menafikan pihak pendakwaan telah menyembunyikan fakta yang relevan kepada pertuduhan semasa pengendalian perbicaraan atau pendengaran rayuan di mahkamah yang mulia ini,” katanya.

    Afidavit itu sebagai respons kepada permohonan Najib yang dibuat pada 2 Disember lalu.

    Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya, pada 8 Disember ini.

    Mahkamah Rayuan juga telah menetapkan untuk mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu itu esok.

    Dalam afidavitnya, Najib antara lain mendakwa bukti yang relevan untuk pembelaannya disembunyikan daripada pasukan peguamnya ketika perbicaraan.

    Antara apa yang disifatkan bukti baru yang ingin dikemukakan Najib adalah yang berkaitan dengan perbankan Singapura dan maklumat kewangan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

    Najib juga memohon untuk mengemukakan keterangan viva voce Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM, Rosli Hussein dan beberapa lagi saksi lain.

    Beliau berkata, ia susulan pendedahan SPRM bahawa Singapura telah memulangkan sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman – suami Zeti.

    Namun Budiman berkata yang permohonan itu adalah untuk melambatkan Mahkamah Rayuan daripada menyampaikan keputusan rayuan Najib, yang dijadual dibuat pada Rabu ini.

    “Permohonan ini difailkan pada waktu yang disengajakan dan bukan disebabkan oleh pengungkaian kejadian berikutan.

    “Zeti telah ditawarkan kepada pemohon (Najib) semasa akhir kes pendakwaan untuk dipanggil sebagai saksi pembelaan. Namun pemohon memilih untuk tidak memanggilnya untuk memberi keterangan atau untuk ditemu duga untuk tujuan dipanggil sebagai saksi untuk membuktikan kes pembelaan.

    “Pemohon telah mengambil masa lebih kurang 11 bulan dan beberapa hari sebelum tarikh Mahkamah Rayuan dijadualkan untuk memberi keputusan…

    “Kelewatan ini dan permohonan untuk mengemukakan keterangan yang tidak relevan tetapi dikatakan sebagai keterangan baru kepada pertuduhan menunjukkan permohonan ini mala fide (berniat buruk),” katanya lagi.

    Pada 27 November lalu, Najib membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

    Beliau berkata tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

    Dua hari sebelum itu, Tan Sri Tommy Thomas berkata siasatan SPRM terhadap Zeti dan suaminya tidak sempat diselesaikan sepanjang dia menjadi peguam negara, bermula Jun 2018 hingga Februari 2020.

  • Bertanding calon Bebas, Bersatu bakal pecat Ali Biju?

    Bertanding calon Bebas, Bersatu bakal pecat Ali Biju?

    TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bahawa partinya tidak menyokong tindakan Datuk Ali Biju mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang disandangnya sebagai calon Bebas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

    “Tindakan Ali Biju tidak selari dengan keputusan parti.

    “Perikatan Nasional (PN) menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN Sarawak dan tidak meletakkan calon di semua kerusi,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

    Namun , beliau tidak menjelaskan adakah Ali akan diambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Bersatu.

    Ali memberi alasan bahawa permintaan pengundi mendorongnya terus mempertahankan kerusi DUN Krian walaupun sebagai calon Bebas, menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu.

    Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, atas dasar menghormati permintaan pengundi di kawasan berkenaan, beliau hadir mendaftarkan diri sebagai calon di Dewan Masyarakat Sri Krian, hari ini.

    Bagaimanapun Ahli Parlimen daripada Bersatu itu berkata, keputusannya mendaftarkan diri sebagai calon Bebas hari ini, tidak diketahui oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Ahmad Faizal menegaskan, partinya tetap dengan keputusan Muhyiddin sebelum ini mengumumkan gabungan itu tidak akan menyertai PRN Sarawak bagi menghormati kehendak kepimpinan GPS.

    “Saya mendoakan GPS akan diterima oleh para pemilih dan akan berjaya menubuhkan kerajaan di negeri Sarawak untuk meneruskan pembangunan demi kepentingan rakyat,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, parti tidak membenarkan ahli bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran.

    “Tindakan tatatertib boleh diambil termasuk dipecat. Peraturan ini terpakai kepada Sarawak dan parti akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini tanpa menamakan Ali.

    Beliau menegaskan, ahli Bersatu telah diarahkan oleh Presiden parti untuk berkempen bagi sekutu GPS pada PRN Sarawak.

  • Angan-angan supaya Amanah diserap PKR adalah lawak

    Angan-angan supaya Amanah diserap PKR adalah lawak

    PEMIMPIN akar umbi Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan cadangan agar partinya bergabung dengan PKR sebagai angan-angan dan lawak.

    Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Amanah Kawasan Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib menolak cadangan tersebut.

    Beliau turut mengungkit tentang kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) yang dianggapnya berpunca daripada ‘kegagalan parti yang mengetuai PH.

    “Angan-angan supaya Amanah diserap ke dalam PKR adalah lawak lelucon. Masakan boleh Amanah yang semakin diterima rakyat dimakan oleh PKR yang semakin lemah.

    “Kepimpinan Amanah terutama (Pengerusi PH Melaka) Adly Zahari yang telah mengekalkan kemenangan di Bukit Katil sendiri telah menjadi ikon pemimpin PH dan dipsersetujui diangkat kembali menjadi ketua menteri jika PH menawan semula Melaka,” katanya dalam kenyataan.

    Asro sebaliknya mencadangkan agar konsep ‘khemah besar’ digunakan dalam PH dan bukannya penggabungan parti.

    Berbanding penggabungan, Asri mencadangkan kaedah “khemah besar” yang melangkaui parti komponen PH pada masa ini.

    “Sikap abang besar dan besar kepala harus disingkirkan dari mana-mana parti dalam PH. Ia langsung tidak membawa keuntungan, malah merugikan PH,” jelasnua.

    Merujuk kepada PKR, Asri berkata kekalahan dalam PRN Melaka adalah akibat kegagalan meraih sokongan pengundi Melayu serta pengundi muda.

    “Adakah mereka (pengundi muda) inginkan dinosaur PH bertukar kerana kegagalan beberapa kali untuk mendapatkan ‘angka’ dan golongan itu sendiri sudah meluat melihat rentak lakonan ketua PH yang tak mesra golongan muda, setelah menolak wakil parti Muda untuk menjadi calon?” soalnya yang jelas merujuk kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menolak cadangan penggabungan dua parti itu.

    Beliau berkata, cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana ‘tidak pernah berbangkit’.

    Cadangan itu dikemukakan penganalisis politik, Wong Chin Huat susulan kekalahan PH dalam PRN Melaka.

  • Ibu kanak-kanak mati didera ada lapan anak

    Ibu kanak-kanak mati didera ada lapan anak

    Oleh RAHIMI MOHAMAD

    WANITA yang disyaki terlibat dalam kejadian mendera anak sehingga mati bersama teman lelakinya di Taman Nusa Bistari, Johor Bahru memiliki lapan orang anak hasil beberapa perkahwinan sebelum ini.

    Bagaimanapun, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkahwinan tersebut tidak didaftar oleh suspek yang sebelum ini bekerja di Singapura sebagai tukang cuci.

    “Difahamkan, dia sudah beberapa kali berkahwin tetapi tidak mendaftar. Hasil perkahwinan itu, wanita itu mempunyai lapan orang cahaya mata,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai didera ibu kandung dan kekasih ibunya sejak Jun lalu di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bistari, di sini.

    Pihak polis mendapat maklumat tentang kejadian itu selepas menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kematian kanak-kanak itu, kira-kira pukul 12.20 tengah hari, Jumaat.

    Pemeriksaan awal oleh pihak HSA terhadap mangsa mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

    Sementara itu, Ayob Khan berkata, kertas siasatan terhadap kes terbabit sedang dilengkapkan pihaknya sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

    Katanya, wanita dan teman lelakinya yang berusia 35 dan 32 tahun itu kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

    “Mereka direman selama tujuh hari sehingga 10 Disember ini. Selain pasangan kekasih itu, tiada tangkapan lain dibuat,” katanya.

    Ayob Khan berkata, mayat kanak-kanak terbabit masih berada di Unit Forensik HSA dan belum dituntut pihak keluarga.

    Sementara itu, dalam kes penemuan mayat kanak-kanak di Sungai Kampung Desa Makmur berdekatan Jalan Anggerik Putih Majidee, di sini, semalam, beliau berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

    “Mayat yang kita jumpa ini ada organ yang hilang, kaki pun sudah tiada. Jadi kita masih tunggu laporan lengkap bedah siasat. Setakat ini tidak dapat kesan jantina, bangsa dan sebagainya dan setakat ini juga tiada elemen jenayah ditemukan,” katanya.

  • Biarpun sukar namun masih ada ruang Bersatu bersama Pas,UMNO – Faizal

    Biarpun sukar namun masih ada ruang Bersatu bersama Pas,UMNO – Faizal

    WALAUPUN dilihat sukar namun Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi berpendapat masih ada ruang buat parti itu bersama UMNO dan Pas.

    Timbalan Presiden Bersatu itu menegaskan, untuk menyaksikan kerjasama ketiga-tiga parti itu, usaha perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak dan tanpa Batasan masa.

    Tegas beliau, walaupun Bersatu fokus bersama-sama rakan-rakan komponen Perikatan Nasional namun dalam masa sama mereka juga komited memberi sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    ‘’Kalau nak melakukan, kebaikan, sampai hujung nyawa pun (boleh lakukan), kalau kita sempat bertaubat, kita harap Allah akan terima taubat kita, kita boleh balik je jalan yang baik.

    ‘’Saya secara peribadi berpandangan bahawa demi kebaikan tidak ada had masa,’’ katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

    Pada Sabtu, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan UMNO melanggar piagam Muafakat Nasional menjadi punca parti itu menolak untuk bersama gabungan itu.

    SEMENTARA ITU di Kota Bharu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ada kemungkinan kenyataan Abdul Hadi disalah petik.

    Katanya, apa yang ingin dinyatakan oleh Abdul Hadi ialah dalam piagam Muafakat Nasional , penyatuan ummah perlu dilaksanakan bukan hanya antara UMNO dan Pas sahaja, sebaliknya perlu dibuka kepada semua parti lain dan badan bukan kerajaan.

    ‘’Satu lagi MoU, saya nak sebut dengan jelas apa yang disebut oleh Presiden Pas dalam piagam Muafakat Nasional ini, penyantuan ummah perlu dilaksnaakan bukan hanya (antara)UMNO dan Pas sahaja..mesti dibuka kepada semua parti lain, NGO dan orang perseorangan yang mempunyai cita-cita sama.

    ‘’Itu yang ditekankan oleh Presiden (Abdul Hadi) jangan hadkan penyatuan ummah itu antara Pas dan UMNO sahaja,’’ katanya.

  • Kedudukan PAS dalam MN masih kekal utuh – Hashim

    Kedudukan PAS dalam MN masih kekal utuh – Hashim

    PAS menegaskan kedudukannya dalam Muafakat Nasional (MN) masih kekal utuh walaupun UMNO dikatakan gagal mematuhi piagam yang dipersetujui ketika kerjasama berkenaan dibentuk.

    Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kerjasama politik dengan UMNO sebaliknya komited untuk terus memperkukuhkan MN dan pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

    “Saya rasa kita belum buat keputusan untuk tolak UMNO pun, hubungan masih ada, tak ada apa-apa perubahan.

    “Apa pun perkara ini akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama PAS pada minggu hadapan,” katanya, hari ini.

    Semalam Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan piagam MN, dua parti Melayu itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Beliau berkata, PAS bukan ‘budak suruhan’ UMNO yang boleh diarah sesuka hati supaya hanya menerima parti itu sahaja dalam MN.

    Sebaliknya, katanya lagi, PAS mempunyai pendirian tersendiri dan bukan sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN).

  • 7, 477 peserta Sarawak dapat ‘durian runtuh’, FELCRA Berhad agih untung RM31.6 juta

    7, 477 peserta Sarawak dapat ‘durian runtuh’, FELCRA Berhad agih untung RM31.6 juta

    SERAMAI 7,477 peserta FELCRA di Sarawak menerima ‘durian runtuh’ menerusi agihan keuntungan FELCRA Berhad.

    Menteri Pembangunan Luar Bamdar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, agihan keuntungan berjumlah RM31.6 juta itu bagi tempoh Interim 1 dan 2 tahun 2021.

    “Saya mengucapkan tahniah kepada FELCRA dan juga peserta khususnya di Wilayah Sarawak hari ini atas penerimaan keuntungan yang dikongsikan.

    ‘’Ini menandakan usaha-usaha pemulihan ekonomi terus dipergiatkan dan berada di landasan yan tepat di mana FELCRA berjaya menyalurkan agihan keuntungan yang lebih tinggi kepada peserta,’’ katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Wilayah Sarawak di Kota Samarahan hari ini.

    Turut hadir, Timbalan Menteri KPLB II, Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Awang, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

    Mahdzir berkata, FELCRA akan terus memperkasakan kegiatan perladangannya bagi memastikan semua pesertanya mendapat manfaat yang maksima.

    Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), FELCRA Berhad mensasarkan untuk membuka lebih 1,000 hektar  ladang baru di seluruh Sarawak dan sekaligus bakal mewujudkan peluang dan manfaat kepada hampir 700 orang peserta baru dari Sarawak.

    “Berpaksikan dua teras utama iaitu Menstruktur Semua Ekonomi Negara dan Mempertingkat Infrastruktur secara Menyeluruh, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menekankan pemerkasaan program sosio-ekonomi demi mewujudkan suasana kehidupan luar bandar yang lebih sejahtera,” katanya.

    Mahdzir memaklumkan, Kerajaan Persekutuan  juga telah meluluskan peruntukan pembangunan ameniti sosial di Sarawak kepada FELCRA Berhad berjumlah RM1.77 juta.

    ‘’Ia merangkumi projek bagi peruntukan tahun 2021 sebanyak RM770,000  dan RM1 juta bagi tahun 2022.

    “KPLB terus komited dalam melaksanakan projek infrastruktur jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan, ameniti sosial serta capaian internet melalui agensi pelaksana seperti FELCRA dan agensi-agensi lain di bawah seliaannya,’’ katanya.

    Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar golongan B40 serta bantuan bakul makanan kepada 100 keluarga FELCRA.

  • Sabaruddin Chik meninggal dunia

    Sabaruddin Chik meninggal dunia

    BEKAS menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam ini.

    Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin,80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

    “Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

    “Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi., lapor Berita Harian.

    Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka akan dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

    Ismail Sabri sebelum ini pernah menyifatkan Sabbaruddin Chik sebagai sifu dan mentor politik yang tidak mampu dibalas jasanya.

    Pada 21 Oktober lalu, walaupun sibuk dengan tugasnya, Perdana Menteri sempat mencuri masa bertemu dan menyantuni Allahyarham.

    Menurut  Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Anuar Yunus di Facebook berkata,, sikap Ismail Sabri yang merendah diri itu adalah detik cukup indah yang menunjukkan bagaimana seorang anak murid yang kini bergelar Perdana Menteri mengenang budi dan jasa bekas ketuanya.

    Allahyarham dianggap Perdana Menteri yang juga individu yang bertanggungjawab mengangkat Ismail Sabri ke dalam dunia politik.

    Perdana Menteri dilantik sebagai Setiausaha Politik Sabbaruddin pada 1995 hingga 1999 iaitu ketika beliau menjadi Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.

  • Anwar kesal PKR dituduh tamak, walhal cuma dapat ‘sisa’ kerusi Sarawak

    Anwar kesal PKR dituduh tamak, walhal cuma dapat ‘sisa’ kerusi Sarawak

    prn sarawak

    PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluh kerana partinya dilabel sebagai ‘tamak’ sedangkan ia cuma menerima sisa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang sedang dibahagikan.

    Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata, PKR hanya diberikan kerusi tidak boleh dimenangi yang tidak diingini oleh orang lain.

    “Kerusi yang lebih berdaya saing sedang dituntut oleh semua parti ini.

    “Tetapi kerusi yang mereka tidak bertapak, tiada harapan untuk parti-parti ini (mereka katakan) ‘OK PKR lebih baik bertanding (di sana) jika tidak anda akan membenarkan GPS menang tanpa bertanding’ dan kami terbeban dengan ini.

    “Rakyat menganggap PKR tamak. (Tetapi) kita merebut kerusi yang kita boleh menang, (kerusi) kategori A, tetapi kita diberi kerusi kategori F,” katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.

    Pada masa yang sama, Anwar berkata, PKR perlu bertanding di beberapa kerusi yang lebih sukar ini kerana mereka mempunyai kehadiran yang lebih besar daripada parti lain.

    Beliau yang juga Pengerusi PH berkata demikian ketika menjelaskan mengapa PKR meletakkan tidak ramai calon pada PRN Sarawak.

    PKR Sarawak diperuntukkan 47 kerusi untuk ditandingi semasa rundingan dengan DAP awal tahun ini.

    Bagaimanapun, ia kemudiannya menuntut lebih banyak kerusi untuk bertanding, namun DAP enggan berganjak.

    Selepas usaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi tidak membuahkan hasil, PKR sebaliknya memilih untuk bertanding sedikit kerusi saja.

    Anwar berkata, mereka mungkin bertanding antara 28 atau 29 kerusi sahaja kali ini, supaya jentera parti tidak terlalu kurang.

    PKR sebelum ini memenangi tiga kerusi pada PRN Sarawak 2016.

    Bagaimanapun, semua wakil rakyat mereka keluar parti dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan seorang lagi memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).