Plentong lelaki barang kemas RM1.93 juta besi buruk barang kemas suami isteri rumah inap pemain polis ketum johor anak isteri ASP bilik hotel kedai pajak gadai polis dua beradik ditahan depot dipukul hiperaktif lelaki eksploitasi seks TikTok

Budak lelaki hiperaktif mati terjatuh dari tingkat 11

SEORANG kanak-kanak lelaki hiperaktif berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 di Pangsapuri Intan, Taman Puchong Intan, Subang Jaya, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.45 petang.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua bangunan tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau hiperaktif itu sedang bermain permainan video bersama tiga adik-beradik yang lain sebelum disedari hilang.

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di rumah dan bekerja secara dalam talian manakala bapa kanak-kanak itu berada di kuil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Khalid berkata, setakat ini, polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *