Tag: KPM
-
Klang tidak dianaktirikan KPM, Radzi nafi dakwaan Ganabatirau
BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menafikan dakwaan Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau bahawa kawasan itu dianaktirikan kerajaan terdahulu apabila tiada sekolah baharu dibangunkan dalam tempoh 20 tahun. Radzi menerusi kenyataan di Facebook beliau berkata, dakwaan Ganabatirau itu dibangkitkan semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam dan usahanya mencelah untuk memberikan penjelasan tidak diberikan ruang…
-
Hampir 45,000 permohonan pertukaran guru diluluskan dalam tujuh tahun
SEJUMLAH 44,960 permohonan pertukaran guru telah diluluskan pada 2016 hingga 2022, menurut Kementerian Pendidikan (KPM). KPM menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan penambahbaikan dalam melaksanakan urusan pertukaran guru telah dibuat dengan menyediakan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 7/2021 Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Sekolah dan Kolej Vokasional. “Turut…
-
Mansuh pertandingan, sambutan tak beri impak antara 7 langkah KPM kurang beban guru
SEBARANG bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak kepada pembelajaran murid dan hanya membeban tugas guru di sekolah dimansuhkan Kementerian Pendidikan (KPM). Sebagai contoh ialah, pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik dan seumpamanya. Menurut KPM dalam satu kenyataan yang dipetik Berita Harian, ia antara tujuh langkah…
-
KPM tetap tidak iktiraf UEC, bukan keutamaan, kata Fadhlina
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) tetap tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, malah melihat isu berbangkit tentang pengiktirafan UEC itu bukan keutamaan kementerian tersebut. Beliau berkata, pendirian teguh itu berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). “Sehingga kini KPM tidak…
-
Video tular ibu dakwa terima wang BAP berbeza-beza disiasat
DAKWAAN seorang wanita yang menerima wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dalam jumlah yang berbeza-beza akan disiasat Kementerian Pendidikan (KPM). Menerusi kenyataan KPM memaklumkan, pihaknya telah menerima satu video yang tular dalam aplikasi TikTok tersebut. Menurutnya lagi, wanita berkenaan yang juga ibu kepada tiga orang anak belajar di sekolah sama mendakwa menerima jumlah bayaran BAP yang…
-
Usah tunduk tekanan Jiao Zong isu Bahasa Melayu, gesa Armada
KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) digesa agar tidak tunduk dengan beberapa tekanan oleh Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), khususnya berhubung bank soalan Bahasa Melayu (BM) untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, KPM perlu kekal teguh dengan dasar yang menggunakan hanya satu kurikulum…
-
Negara beri peluang anak muda pegang jawatan penting
MALAYSIA diyakini sedang bergerak seiring negara luar, dalam memberi ruang kepada anak muda untuk menyandang jawatan penting organisasi termasuk pentadbiran kerajaan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata anak muda sewajarnya diberi peluang dan dididik sebaik mungkin agar wujud generasi atau pelapis berkaliber pada masa akan datang. “Apabila kita cakap tentang kepimpinan muda, setiap daripada kita perlu mainkan peranan dalam…
-
KPM komited tingkat kecekapan kepimpinan sekolah – Radzi
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan kepimpinan sekolah selari dengan elemen dan nilai murni. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini termasuk penerapan dan amalan ajaran Islam termasuk menekankan kepentingan kepimpinan yang bersih, amanah, prihatin dan pada masa yang sama cekap dan profesional. “Ingatlah bahawa generasi yang hebat akan sentiasa melahirkan generasi…
-
KPM terus ikhtiar tambah baik infrastruktur pendidikan – Radzi
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus berikhtiar menambah baik infrastruktur pendidikan bagi menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif kepada warganya. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ini berikutan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion disediakan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah-sekolah KPM di bawah Bajet 2023. “Peruntukan ini meningkat RM250 juta berbanding RM850 juta tahun 2022. “Dengan ini,…
-
Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan RM150, diberi kepada semua murid
KERAJAAN menaikkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM150 berbanding RM100 dan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya pada tahun hadapan. Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan itu akan disalurkan pada Januari 2023 dan diharap dapat…