Category: Mahkamah

  • Edar dadah: Mahkamah rayuan kekal hukuman gantung dan penjara terhadap kelindan lori

    Edar dadah: Mahkamah rayuan kekal hukuman gantung dan penjara terhadap kelindan lori

    SEORANG kelindan lori gagal dalam usaha untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahan mengedar 83.03 gram Methamphetamine empat tahun lepas setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya. M. Santanasamy, 45, juga tidak berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan sebatan rotan yang dikenakan terhadapnya atas dua lagi pertuduhan memiliki dadah. Panel tiga hakim terdiri daripada…

  • Bekas Pengarah MIDF didenda RM85,000, mengaku salah guna baucar palsu

    Bekas Pengarah MIDF didenda RM85,000, mengaku salah guna baucar palsu

    BEKAS Pengarah Malaysian Intellect Development Foundation (MIDF) didenda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah menggunakan dokumen pembayaran baucar RM75,000 palsu bagi program Tamil Schools Post Covid-19 Assistance (Tas-Covid). Tertuduh, S.S. Vijaya Kumar, 47, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.…

  • 1MDB: Permohonan kerajaan batal saman Najib didengar 12 Ogos

    1MDB: Permohonan kerajaan batal saman Najib didengar 12 Ogos

    PERMOHONAN bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan Malaysia untuk membatalkan kes saman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan didengar 12 Ogos. Peguam Yudistra Darma Dorai, yang mewakili Najib, ketika dihubungi berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan…

  • Saksi masih positif Covid-19, bicara rasuah Ahmad Zahid tangguh lagi

    Saksi masih positif Covid-19, bicara rasuah Ahmad Zahid tangguh lagi

    PERBICARAAN kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) pada hari ini, ditangguhkan ke 10 Ogos kerana saksi pendakwaan terakhir kes itu masih positif Covid-19. Pada prosiding di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memberitahu Hakim Datuk Mohd…

  • Penganggur disyaki bakar remaja dihadapkan ke Mahkamah

    Penganggur disyaki bakar remaja dihadapkan ke Mahkamah

    SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas tuduhan mencederakan seorang remaja lelaki sehingga melecur pada Jumaat lepas. Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28, yang mengangguk faham kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Shaikh Hilman didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Muhammad Fiqrie…

  • 1MDB dapat kebenaran serah writ saman kepada kakak, adik lelaki Jho Low di luar negara

    1MDB dapat kebenaran serah writ saman kepada kakak, adik lelaki Jho Low di luar negara

    1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menyerahkan writ saman berjumlah US$3.7837 bilion kepada kakak dan adik lelaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang kini berada di luar negara. Peguam Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB, berkata May Lin berada di Singapura manakala…

  • Penghantar barang dipenjara 14 hari, terima rasuah RM3,000

    Penghantar barang dipenjara 14 hari, terima rasuah RM3,000

    SEORANG penghantar barang dipenjara 14 hari dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 sebagai upah untuk meluluskan invois cukai pada 2017 Tertuduh, Habib Rahman Anwar Basha, 48, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah dalam prosiding yang ditetapkan untuk sebutan pengurusan kes di hadapan…

  • Empat lelaki didakwa bakar remaja

    Empat lelaki didakwa bakar remaja

    EMPAT lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di Chukai hari ini, atas tuduhan membakar seorang remaja berusia 15 tahun sehingga melecur, 22 Julai lalu. Semua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman. Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan api…

  • Rogol pelajar 13 tahun, juruteknik dipenjara 64 tahun, 8 sebatan

    Rogol pelajar 13 tahun, juruteknik dipenjara 64 tahun, 8 sebatan

    SEORANG juruteknik dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku salah atas kesalahan melarikan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dari sebuah sekolah di Klang dan merogolnya hampir dua mingggu lalu. Tertuduh Azali Abu, 40, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus lapan pertuduhan terhadapnya dibacakan…

  • Pelakon veteran mengaku tidak bersalah ludah wanita

    Pelakon veteran mengaku tidak bersalah ludah wanita

    PELAKON veteran yang dikenali dengan gelaran Mak Wan Latah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, hari ini atas pertuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita, bulan lalu. Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Nur ‘Atiqah Sapari. Berdasarkan…