Category: Luar Negara

  • Lima terbunuh, 34 cedera dalam serangan peluru berpandu Houthi

    Lima terbunuh, 34 cedera dalam serangan peluru berpandu Houthi

    SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh dan 34 cedera dalam serangan peluru berpandu Houthi ke atas bandar Marib pada Rabu.

    agensi berita negara SABA pada Jumaat.

    Agensi berita asing melaporkan, seorang penduduk dan sumber perubatan berkata, peluru berpandu pada Rabu jatuh di sebelah bangunan tentera di kawasan al-Matar.

    Bandar Marib adalah kubu kuat terakhir kerajaan Yaman di utara. Ia terletak di wilayah penghasil tenaga yang menjadi tumpuan pertempuran sepanjang tahun lalu.

    Perjuangan untuk Marib mematahkan usaha gencatan senjata diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila kedua-dua pihak meningkatkan operasi ketenteraan.

    Agensi bantuan Save the Children lewat Khamis berkata 28 orang awam terbunuh atau cedera dan undang-undang antarabangsa mesti dihormati dalam konflik tujuh tahun Yaman.

    “Orang awam mesti terhindar daripada pertempuran berterusan,” katanya dalam catatan di Twitter.

    Dalam beberapa minggu lalu, Houthi melancarkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron ke atas Arab Saudi, yang mengetuai pakatan menyokong perjuangan kerajaan menentang Houthi, dan dua serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Emiriah Arab Bersatu, ahli gabungan.

    Pakatan diketuai Arab Saudi dalam beberapa minggu kebelakangan ini meningkatkan serangan udara ke atas kawasan Houthi di Yaman

  • Seorang maut, satu tidak sedarkan diri dalam insiden tebusan 11 jam

    Seorang maut, satu tidak sedarkan diri dalam insiden tebusan 11 jam

    SEORANG tebusan maut dan seorang lagi tidak sedarkan diri di hospital dalam satu kejadian penahanan tebusan berhampiran Tokyo, Jepun yang bermula pada Khamis malam, lapor Xinhua.

    Polis Jepun berjaya menangkap seorang lelaki berusia 66 tahun yang menyerang tiga pekerja perubatan yang datang melawatnya.

    Dalam insiden selama 11 jam itu,  yang bermula kira-kira pukul 9.00 Khamis malam, lelaki itu menembak mati seorang doktor lelaki berusia 44 tahun.

    Polis menemui doktor yang merawat lelaki itu tanpa sebarang tanda nyawa dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

    Pekerja perubatan tiba di rumah lelaki itu di wilayah Saitama, dekat Tokyo, untuk menyampaikan sokongan dan ucapan takziah berikutan kematian anggota keluarga lelaki itu.

    Menurut laporan tempatan, penyerang, bernama Hiroshi Watanabe, memiliki senjata yang dikatakan seperti senapang pemburu.

    Seorang lagi pekerja perubatan, ahli fisioterapi berusia 41 tahun yang ditembak di perut oleh Watanabe, masih tidak sedarkan diri, menurut laporan tempatan.

    Seorang lagi pekerja perubatan turut dimasukkan ke hospital kerana disembur dengan gas pemedih mata oleh Watanabe, kata polis.

    Kira-kira 110 penduduk tempatan telah dipindahkan, dan sekolah rendah dan menengah di kawasan itu ditutup pada Jumaat.- Bernama

  • Hospital enggan lakukan pemindahan organ ke atas pesakit tidak ambil vaksin

    Hospital enggan lakukan pemindahan organ ke atas pesakit tidak ambil vaksin

    SEBUAH hospital di Boston mempertahankan keputusan mereka selepas keluarga seorang lelaki warga Amerika Syarikat berkata, bahawa pemindahan jantungnya ditolak kerana tidak divaksinasi.

    Hospital tersebut berkata, semua hospital di AS mewajibkan vaksinasi ke atas pesakit yang akan menerima pemindahan organ untuk meningkatkan peluang untuk hidup.

    Keluarga D.J Ferguson berkata hospital pihak Brigham and Women’s Hospital memberitahu bapa berumur 31 tahun tersebut tidak layak untuk mendapatkan prosedur tersebut kerana status vaksinasinya.

    “Kami kesuntukan masa sekarang. Ini bukan sahaja isu politik. Semua orang sepatutnya mempunyai pilihan!” kata keluarga tersebut ketika meminta dana daripada khalayak ramai yang berjaya mengumpul beribu-ribu  dolar setakat ini.

    Ibu Ferguson, Tracey Ferguson berkata anak lelakinya tidak mengambil vaksin bukannya kerana enggan  tetapi bimbang kesan sampingan vaksin kepada jantungnya.

    “D.J ialah pesakit yang bertauliah. Dia mahu  doktor memberi jaminan  pengambilan vaksin tidak akan membuat kondisi jantungnya lebih teruk,” katanya.

    Pihak Brigham and Women’s Hospital menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kes tersebut namun memaparkan jawapan balas di laman rasmi mereka dengan menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 adalah wajib dalam kebanyakan program pemindahan organ di AS termasuklah vaksin Hepatitis B.

    Mereka menambah bahawa pesakit yang menerima pemidahan organ mempunyai risiko lebih tinggi untuk maut kerana Covid-19 daripada pesakit yang tidak melalui program tersebut. Dasar tersebut ditegaskan oleh American Society of Transplantation dan badan kesihatan lain.

    Pesakit juga perlu memenuhi kriteria kesihatan dan gaya hidup seharian tertentu untuk mendapatkan organ baharu. Ia tidak diketahui sama ada D.J Ferguson menepati kriteria tersebut atau tidak.

    Hospital Boston juga menafikan seorang pesakit akan ‘diberi keutamaan’ dalam program tersebut walaupun menepati kriteria yang ditetapkan – seperti yang diujarkan oleh keluarga Ferguson.

    “Kini terdapat 100,000 calon dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ dan disebabkan kekurangan organ, separuh daripada mereka tidak akan mendapat organ baharu dalam masa 5 tahun,” kata hospital itu.

  • Perancis tutup platform media aktivis, laman web Muslim

    Perancis tutup platform media aktivis, laman web Muslim

    KUMPULAN hak asasi manusia dan peguam mengkritik tindakan Kerajaan Perancis menutup platfom media milik aktivis dan laman web Muslim.

    Mereka menyifatkan tindakan itu melanggar kebebasan demokrasi selepas kerajaan Perancis mendakwa platform media tersebut dianggap bertentangan dengan ‘nilai kebangsaan’.

    Susulan tunjuk perasaan mengenai hak asasi di Nantes, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, berkata beliau akan menutup Nantes Revoltee, platform media tempatan yang menyampaikan maklumat mengenai bantahan itu.

    Terdahulu, beliau mengumumkan rancangan untuk menutup laman web ‘La Voie’ yang menyiarkan kandungan Islam.

    Dalam tempoh dua tahun, kerajaan menutup 12 organisasi dan kumpulan berbanding tujuh antara 2016 dan 2019, menurut rekod awam Perancis.

    Sebelum pertubuhan dibubarkan, Menteri Dalam Negeri memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa mereka mempunyai 15 hari untuk memberikan maklum balas.

    Kemudian, apabila perintah disiarkan, organisasi terbabit boleh membawa kes ke Majlis Negara iaitu sebuah mahkamah pentadbiran.
    Sehingga kini, Nante Revoltee berkata pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada Kementerian Dalam Negeri mengenai hal itu.

    Daripada organisasi yang diperintahkan untuk ditutup sejak Januari 2020, tujuh berkaitan individu beragama Islam termasuk pertubuhan yang menguruskan masjid, sebuah organisasi kemanusiaan dan kumpulan anti-Islamofobia.

    Perintah penutupan itu turut merangkumi tiga kumpulan berhaluan kanan.

    Darmanin ketika bercakap di Parlimen pada Selasa menegaskan keputusan menutup Nantes Revoltee dibuat kerana kumpulan ultra kiri itu berulang kali menyeru keganasan terhadap negara serta polis dalam tunjuk perasan pada hujung minggu.

    Peguam kepada Nantes Revoltee, Raphael Kempf, berkata laman web berkenaan berkongsi maklumat mengenai acara itu tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku di sana.

    “Kami lihat sebuah kerajaan menggunakan alat perundangan untuk menyerang suara yang mengkritik mereka,” dakwa Kempf sambil menambah kerajaan sekarang mempunyai kuasa yang dikukuhkan di bawah perundangan 2021, yang menjadikan hasutan keganasan sebagai alasan untuk pembubaran

  • Piala Afrika: 8 terbunuh, 38 cedera dalam rempuhan ketika memasuki stadium

    Piala Afrika: 8 terbunuh, 38 cedera dalam rempuhan ketika memasuki stadium

    SEKURANG-kurangnya 8 terbunuh manakala 38 lagi termsuk tujuh parah dalam kejadian rempuhan di luar Stadium Olembe , Cameroon sebelum perlawanan Piala Afrika, semalam.

    Menteri Komunikasi Cameroon Rene Emmanuel Sadi berkata, kejadian berlaku ketika penyokong tuan rumah cuba memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan peringkat kalah matiantara Cameroon dan Comoros.

    Emmanuel Njomo, seorang saksi kejadian memberitahu agensi berita Xinhua, 1,000 cuba merempuh masuk ke dalam stadium itu pada masa yang sama.

    “Semua orang tidak tersabar dan mahu memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang ketika itu sudah pun bermula. Mereka mula merempuh pagar keselamatan dan selepas itu, keadaan jadi semakin teruk,” kata Njomo.

    Njomo juga berkata beberapa orang kanak-kanak dan wanita sama ada mati atau tercedera ketika situasi tersebut.

    Stadium Olembe mempunyai kapasiti sebanyak 60,000 tempat duduk namun hanya boleh beroperasi dengan 80% daripada kapasiti disebabkan Covid-19.

    Sadi berkata, “Kami menghargai semangat yang ditunjuk oleh penduduk Cameroon sejak permulaan kempen AFCON di tanah air kami namun, kami ingin sekali lagi meminta sikap bertanggungjawab, disiplin dan kemasyarakatan yang baik demi kejayaan kempen ini.”

    Presiden Confederation of African Football (CAF), Patrice Motsepe berkata, siasatan kejadian tersebut akan mengetengahkan pihak yang bertanggungjawab ke atas penutupun pagar di pintu masuk selatan stadium itu, di mana rempuhan berlaku.

    “Jika pagar terbuka, penyokong boleh sahaja masuk namun, ia ditutup tanpa sebab. Jika pagar terbuka, tidak sepautnya ada orang kehilangan nyawa.” kata Motsepe.

    Motsepe juga berkata beliau akan pastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang.

    “Kami tidak akan menerima apa-apa keadaan yang boleh membahayakan nyawa pengunjung stadium,” tambah Motsepe.

  • Lebih 10 juta kanak-kanak positif COVID-19

    Lebih 10 juta kanak-kanak positif COVID-19

    LEBIH 10 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat telah diuji positif bagi COVID-19 sejak penularan wabak itu, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.

    Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat secara mendadak akibat varian Omicron, lapor agensi berita Xinhua.

    Sebanyak 10,603,034 kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara setakat 20 Jan, dan jumlah itu menyumbang kepada 18.4 peratus daripada keseluruhan kes, menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin.

    Lebih 1.1 juta kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan pada minggu lalu, iaitu hampir lima kali ganda berbanding musim sejuk lalu, menurut AAP.

    “Terdapat keperluan mendesak untuk mengumpul lebih banyak data khusus berdasarkan umur untuk menilai tahap penyakit serta potensinya bagi jangka masa panjang.

    “Penting untuk kita sedar bahawa terdapat kesan segera COVID-19 terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi sangat penting untuk kita kenal pasti dan tangani kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak ini,” kata laporan itu.

    Sementara itu, lebih 91,000 kanak-kanak dimasukkan ke hospital sejak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mula merekodkan data mulai 1 Ogos 2020.

    Negara itu menyaksikan peningkatan mendadak bagi kadar kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak, dan kadar vaksinasi mereka rendah.

    Hanya 20.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, dan 55.4 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun lengkap suntikan vaksin sepenuhnya pada Selasa, menurut data CDC.

    Pengarah CDC, Rochelle Walensky berkata, cara terbaik memastikan kanak-kanak dilindungi adalah dengan pemberian vaksin. – BERNAMA

  • Bapa didakwa cuba lemaskan anak 5 tahun dalam kolam tadahan berais

    Bapa didakwa cuba lemaskan anak 5 tahun dalam kolam tadahan berais

    SEORANG bapa di Kanada didakwa cuba membunuh anak lelakinya yang berumur 5 tahun di sebuah kolam tadahan air di Cherry Creek Trail di Denver.

    Pada 12 Januari lalu, balai bomba Denver menerima panggilan kecemasan bahawa seorang kanak-kanak 5 tahun jatuh ke dalam kolam air berais. Bapanya tercedera selepas mencuba selamatkan kanak-kanak tersebut.

    Michael Ninomiya, 42, merupakan pemanggil kecemasan itu menurut affidavit namun, perincian panggilan tersebut ditarik balik daripada dokumen itu.

    Pihak bomba menjumpai Ninomiya dan anak lelakinya di kawasan kolam air yang berpagar berhampiran dengan Boston Street dan Cornell Avenue.

    Kapten balai bomba Denver, Greg Pixley berkata ahli bomba berjaya menyelamatkan Ninomiya dan anaknya daripada kolam air berais itu.

    Pasukan kecemasan menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital dan kini dia berada dalam keadaan kritikal.

    Ketika perbicaaran minggu lepas, peguam Ninomiya berkata anak guamannya mempunyai masalah kesihatan mental serius dan menolak rawatan yang sepatutnya diberikan. Selepas mendapat rawatan di hospital, Ninomiya dibelenggu dengan perasaan bersalah terhadap kejadian tersebut.

    Ninomiya mengakui dia cuba menjadikan kejadian itu seperti satu kemalangan tetapi akhirnya mengaku cuba membunuh anaknya itu.

    Pada hari Isnin lalu, warga Kanada itu didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk cubaan membunuh tahap pertama, cubaan membunuh mangsa di bawah 12 tahun dan cubaan penderaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan kematian.

    N

  • Pelajar ‘mengamuk’ di dewan kuliah, tembak empat mangsa sebelum bunuh diri

    Pelajar ‘mengamuk’ di dewan kuliah, tembak empat mangsa sebelum bunuh diri

    SEORANG pelajar biologi Heidelberg University di Jerman melepaskan tembakan di sebuah dewan kuliah semalam.

    Menurut Polis Mannheim, pelajar tersebut yang berusia 18 membunuh seorang wanita dan mencederakan tiga yang lain  sebelum menembak dirinya sendiri.

    Ketua Polis Mannheim, Siegfried Kollmar berkata pelajar itu ditemukan bersama 100 peluru tambahan dalam begnya dan pihak polis yakin dia bertindak keseorangan.

    Polis sudah menggeledah rumahnya di Mannheim, bagaimanapun ia terlebih awal untuk menentukan motif tindakannya, kata seorang pendakwa raya.

    Pelajar  itu yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah membawa dua laras senjata, termasuk senapang patah namun dia tidak mempunyai lesen senjata apoi, kata Kollmar.

    “Suspek tiada lesen memandu, tiada lesen senapang. Ia menyebabkan  ini satu kes yang aneh,” tambah Kolmar.

    Beliau berkata,  29 saksi yang berada di lokasi jenayah tersebut memberitahu pihak polis bahawa ‘hanya seorang yang masuk, lepaskan tembakan, berlari keluar dan tiada orang lain selain itu.’

    Tiga daripada empat mangsa cedera ringan namun seorang pelajar wanita berusia 23 tahun maut, kata Menteri Dalam negeri Baden-Wuerttemberg, Thomas Strobl.

  • Kanak-kanak comel diserang anjing liar sampai mati

    Kanak-kanak comel diserang anjing liar sampai mati

    SEORANG kanak-kanak 7 tahun maut selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kelas muzik di sebuah perkampungan yang juga  pangkalan tentera di Chita, Rusia pada Isnin lalu.

    Margarita Kanorskaya, 7, merupakan anak seorang juruterbang tentera Rusia, Mejar Anton Kanorsky yang mendapat anugerah kehormat daripada Presiden, Vladimir Putin atas keberanian ketika bertugas di Syria.

    Dalam kejadian itu Margarita diserang oleh anjing-anjing tersebut di sebuah lorong sempit menyebabkan dia cedera parah di bahagian muka dan kakinya terputus.  Binatang itu kemudiannya menggonggong  cebisan tubuh kanak-kanak berkenaan ke kawasan terbiar.

    Ibunya, Zhenya Kanorskaya yang bergegas ke hospital terkejut melihat keadaan anaknya.

    Pengebumian Margarita dihadiri oleh rakan sekelasnya diikuti bantahan  penduduk Kampung Domma  yang bimbang keselamatan mereka dan kanak-kanak berikutan kejadian tersebut.

    Domma merupakan ialah sebuah kampung yang menempatkan seramai 6,300 orang dan merupakan pangkalan tentera.

    Nasib yang dialami Margarita Kejadian mencetuskan kemarahan penduduk. Mereka mendakwa pihak berkuasa gagal memberikan amaran berhubung kumpulan-kumpulan anjing liar yang berkeliaran.

    Gabenor wilayah, Alexander Osipov berkata, “Mustahil untuk kami meluahkan kesedihan kami ke atas kejadian ini dalam bentuk kata-kata. Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Margarita.”

    Bagaimanapun Osipov memberikan amaran bahawa undang-undang Rusia tidak membenarkan pegawai tempatan untuk membunuh atau membuang anjing-anjing liar daripada kawasan penduduk.

    Namun penduduk bertindak balas dengan memburu anjing-anjing berkenaan.

  • Bapa didakwa selepas dua anak lelaki mati di taman permainan

    Bapa didakwa selepas dua anak lelaki mati di taman permainan

    POLIS menahan bapa kepada dua orang kanak-kanak lelaki 11 tahun yang ditemui mati di sebuah taman permainan di Singapura pada Jumaat lalu.

    Pasukan itu menerima panggilan daripada Xavier Yap Junh Houn, 48 di taman permainan Greenridge Crescent pada pukul 6.25 petang, Jumaat lepas.

    Ketika polis tiba di lokasi, dua orang anaknya, Ethan dan Ashton Yap ditemui dalam keadaan tidak bernyawa kemudian disahkan mati oleh paramedik.

    “Pihak polis menahan lelaki tersebut selepas penyiasatan yang mendalam ke atas semua petunjuk yang ada,” kata pihak polis dalam satu kenyataan malam semalam.

    Xavier didakwa hari ni atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan 1871. Penyiasatan sedang diteruskan.
    Jika didapati bersalah, lelaki tersebut boleh dihukum mati.

    Kedua-dua mangsa dikatakan kanak-kanak keperluan khas dan dijumpai di dalam longkang yang selebar 2 meter.

    Penyiasatan kini dijalankan untuk lihat dengan lebih mendalam tentang kematian mereka yang “bukan semula jadi” oleh pihak polis.