SEORANG bapa di Kanada didakwa cuba membunuh anak lelakinya yang berumur 5 tahun di sebuah kolam tadahan air di Cherry Creek Trail di Denver.

Pada 12 Januari lalu, balai bomba Denver menerima panggilan kecemasan bahawa seorang kanak-kanak 5 tahun jatuh ke dalam kolam air berais. Bapanya tercedera selepas mencuba selamatkan kanak-kanak tersebut.

Michael Ninomiya, 42, merupakan pemanggil kecemasan itu menurut affidavit namun, perincian panggilan tersebut ditarik balik daripada dokumen itu.

Pihak bomba menjumpai Ninomiya dan anak lelakinya di kawasan kolam air yang berpagar berhampiran dengan Boston Street dan Cornell Avenue.

Kapten balai bomba Denver, Greg Pixley berkata ahli bomba berjaya menyelamatkan Ninomiya dan anaknya daripada kolam air berais itu.

Pasukan kecemasan menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital dan kini dia berada dalam keadaan kritikal.

Ketika perbicaaran minggu lepas, peguam Ninomiya berkata anak guamannya mempunyai masalah kesihatan mental serius dan menolak rawatan yang sepatutnya diberikan. Selepas mendapat rawatan di hospital, Ninomiya dibelenggu dengan perasaan bersalah terhadap kejadian tersebut.

Ninomiya mengakui dia cuba menjadikan kejadian itu seperti satu kemalangan tetapi akhirnya mengaku cuba membunuh anaknya itu.

Pada hari Isnin lalu, warga Kanada itu didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk cubaan membunuh tahap pertama, cubaan membunuh mangsa di bawah 12 tahun dan cubaan penderaan kanak-kanak yang boleh menyebabkan kematian.

N

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here