Author: Wartawan WartaRakyat

  • Kita kena tambah RM7.7b bayar bon 1MDB tapi PM, UMNO hanya diam

    Kita kena tambah RM7.7b bayar bon 1MDB tapi PM, UMNO hanya diam

    MALAYSIA mungkin perlu menambah RM7.7 bilion lagi untuk membayar balik modal pokok AS$6.5 bilion (RM29.5 bilion) bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berikutan kejatuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

    Sehubungan itu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa satu reformasi menstruktur semula ekonomi segera dilakukan bagi mengelak mata wang negara terus menjunam.

    “Ringgit jatuh ke paras terendah di dalam tempoh 24 tahun RM4.54 berbanding dolar AS semalam. Bagaimanapun, ringgit juga baru-baru ini merosot ke paras terendah dalam sejarah iaitu RM3.26 berbanding dolar Singapura manakala rupiah Indonesia mengukuh lebih daripada 4 peratus tahun ini berbanding ringgit.

    “Sama ada penyusutan nilai ringgit berbanding tiga daripada rakan dagangan utama kita ini dilihat oleh kerajaan sebagai krisis atau tidak, kerajaan mesti menerima pakai reformasi struktur ekonomi dengan segera untuk mengawal penurunan begitu cepat ringgit.

    “Jika tidak, kesan buruk inflasi akan berlaku terhadap perniagaan, kos sara hidup rakyat dan hutang kerajaan kita dalam dolar AS. Mari kita lihat berapa banyak tambahan yang perlu dibayar oleh kerajaan bagi hutang dolar AS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Untuk rekod, 1MDB yang disifatkan sebagai skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia berlaku ketika Malaysia ditadbir Barisan Nasional dan UMNO, di mana beberapa pemimpin tertinggi parti itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut terlibat.

    Ahli Parlimen Bagan itu berkata kerajaan perlu membayar tambahan RM7.7 bilion untuk membayar balik prinsipal tiga bahagian bon dolar AS berjumlah AS$6.5 bilion yang telah diaturkan oleh Goldman Sachs untuk 1MDB.

    Guan Eng berkata bon AS$6.5 bilion dolar yang diterbitkan pada 2012 (AS$1.75 bilion pada 5.75 peratus setahun dan AS$1.75 bilion pada 5.99 peratus setahun) dan pada 2013 (AS$3 bilion pada 4.4 peratus setahun), akan matang pada 2022 dan 2023 apabila kekuatan dolar AS berada pada tahap tertinggi dalam 24 tahun.

    “Pada RM3.35 berbanding dolar AS apabila tiga bon 1MDB AS$ diterbitkan, jumlah prinsipal AS$6.5 bilion akan mencecah kira-kira RM21.8 bilion.

    “Pada kadar pertukaran semasa RM4.54 kepada dolar AS, jumlah prinsipal yang perlu dibayar untuk AS$6.5 bilion akan menjadi lebih tinggi pada RM29.5 bilion, atau RM7.7 bilion lebih tinggi.

    “Faedah terkumpul sepatutnya berjumlah lebih RM1 bilion setahun dan RM10.5 bilion dalam sedekad yang lalu. Ringgit yang lebih lemah tahun ini bermakna kos faedah tahunan adalah sekitar RM1.5 bilion dan bukannya RM1 bilion,” katanya lapor Agendadaily.

    Guan Eng berkata secara ringkasnya ringgit yang lebih lemah akan menyebabkan kerajaan Persekutuan dan rakyat Malaysia perlu mengeluarkan tambahan RM7.7 bilion ringgit hanya untuk membayar balik prinsipal bon 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion.

    “Mengapa pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih untuk berdiam diri mengenai kerugian berbilion ringgit yang besar ini akibat penyusutan nilai ringgit?,” soal Guan Eng.

  • Terpaksa hentikan persembahan akibat diserbu peminat, penyanyi Andi Bernadee tetap tenang

    Terpaksa hentikan persembahan akibat diserbu peminat, penyanyi Andi Bernadee tetap tenang

    PENYANYI  Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahan nyanyiannya selepas diserbu penonton ketika menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Negeri Sarawak, semalam.

    Menerusi video berdurasi dua minit 31 saat yang tular dalam media sosial itu Andi didapati tidak dapat meneruskan persembahannya selepas penonton menaiki pentas beramai-ramai.

    Namun apa yang lebih menarik, Andi dilihat tetap tenang dan berjaya mengawal keadaan dengan komunikasi yang baik kepada para peminatnya.

    “Ok ‘stop’ kejap. Sabar ya Allah saya pun rindu orang dengan orang Bintulu. Jangan naik. Kita ‘last’ jumpa 2019, ada tak orang di sini yang datang 2019.

    “Depan ni ada api tau, sebab itu tak boleh rapat dekat situ, belakang lagi…bahaya,” katanya kepada penonton yang hadir, lapor SatuBerita.

    Rata-rata netizen juga memuji Andi yang dilihat mampu mengawal keadaan dan tetap sopan serta profesional melayan peminatnya.

    Seorang pengguna Facebook, Aya Nazri berkata,  “Ini baru professional…. Bagus adab andi  dengan peminat.. Tenang… Semoga maju jaya, murah rezeki Andi,” katanya.

     Sue Eina pula berkata “Tahniah Andi..bijak mengawal keadaan,” katanya.

    Tyhah Fattyhah pula berkata dia berhenti sebab adik dekat bawah tu kena api mungkin percikan api dekat bawah. Bahaya.

    “Andi ada ‘explain’ dekat TikTok,” katanya.

    Tie Sofia pula berkata  “Pandai dia kawal emosi peminat.. communication dia bagus,” ujarnya.

  • Lelaki hilang di laut semasa menunggang jet ski

    Lelaki hilang di laut semasa menunggang jet ski

    LELAKI hilang selepas menguji jet ski di perairan Pulau Talang-Talang, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari Kuching, semalam.

    Lee Chong Loong, disedari hilang oleh rakannya ketika mereka hendak balik ke jeti.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota Balai Polis Sematan berhubung kejadian itu pada 12.20 tengah malam tadi.

    “Berdasarkan maklumat awal, rakannya berusaha mencari mangsa sehingga 7.30 malam semalam, namun gagal sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sematan.

    “Lelaki terbabit bersama seorang lagi rakannya ke laut melalui jeti Pak Amit di Santubong dengan menaiki dua jet ski.

    “Pada mulanya, mereka menuju ke Pulau Satang dan mengelilingi kawasan pulau itu sambil memancing,” katanya memetik laporan Harian Metro.

    Beliau berkata, menurut laporan rakannya, ketika mereka menaiki jet ski, keadaan cuaca baik dan mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Telok Melano.

    “Selepas itu mereka menghala ke arah utara kira-kira tiga batu nautika dari perairan Telok Melano menuju ke Pulau Talang Talang.

    “Rakannya memaklumkan, jarak antara mereka menunggang jet ski itu agak jauh iaitu kira-kira satu batu nautika antara satu sama lain, dan rakannya itu mula menyedari mangsa tidak kelihatan, ketika mereka bergerak dari Pulau Talang Talang untuk balik semula ke jeti,” katanya.

    Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu melancarkan gerakan mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan malam tadi, namun operasi ditangguhkan pada 1.30 pagi tadi.

    “Pencarian diteruskan pagi ini bersama beberapa agensi penyelamat yang lain,” katanya.

  • Gerakan sudah kenal pasti calon PRU-15

    Gerakan sudah kenal pasti calon PRU-15

    PARTI Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kini sudah bersiap sedia untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk sudah mengenal pasti calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu kelak.

    Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, parti itu sudah mula mempersiapkan diri berdepan PRU-15 secara berperingkat sejak tahun lalu dan kini hanya menunggu pembubaran Parlimen.

    Malah ujar beliau, sesi temubual bakal calon yang dirasakan layak untuk mewakili Gerakan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga sudah diadakan.

    Begitu pun jelas beliau, keputusan akhir calon yang terpilih akan diputuskan dan diumumkan kemudian kerana sesi perbincangan antara rakan komponen di dalam Perikanan Nasional (PN) masih berlangsung.

    “Kalau dikira dari segi ‘gear’, kita berada dalam gear terakhir untuk bersiap sedia menghadapi PRU-15.

    “Bacaan kita setakat ini mungkin Oktober ini Parlimen dibubarkan dan selepas itu pilihan raya akan berlaku. Jika bukan tahun ini pun, mungkin diadakan awal tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini.

    Yang turut hadir, Naib Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

    Dalam pada itu Dominic berkata, Gerakan akan tetap memberi peluang kepada calon yang pernah bertanding sebelum ini untuk bertanding semula dalam PRU-15 dengan syarat mempunyai ciri-ciri calon yang ditetapkan.

    Ciri-ciri itu jelas beliau, termasuk merupakan calon boleh menang, boleh diterima masyarakat dan mampu untuk membela rakyat.

    Dalam perkembangan sama, Tong Keong berkata, Gerakan Pulau Pinang akan meletakkan calon di lebih empat kerusi Parlimen dan lebih 13 kerusi DUN pada PRU-15.

    Ujarnya, Gerakan Pulau Pinang juga sudah mengenal pasti isu-isu yang akan diperjuangkan yang dekat dengan penduduk negeri itu termasuk isu perumahan, banjir, kesesakan dan banyak lagi.

  • Didik pelarian ‘sempadan’, cipta kefahaman dengan warga Malaysia – Mahathir Rais

    Didik pelarian ‘sempadan’, cipta kefahaman dengan warga Malaysia – Mahathir Rais

    KERAJAAN disarankan menjadi titik tengah bagi rakyat dan pelarian bagi memastikan pengurangan masalah sosial, isu keselamatan melibatkan pelarian yang berleluasa di Malaysia.

    Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd. Rais berpendapat, isu pelarian di Malaysia mampu menjadi cerminan positif pada imej negara sekiranya wujud kefahaman antara rakyat Malaysia dan pelarian asing.

    “Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat negara kita di samping memberikan bantuan kepada pelarian.

    “Pertama, kerajaan harus melihat dalam mendidik rakyat dan pelarian dari segi perbezaan yang wujud dalam keadaan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor SatuBerita.

    Menjadikan etnik Rohingnya sebagai contoh, pelarian perlu diajar tentang ‘sempadan’ dan etika dengan penduduk tempatan.

    “Isu kebersihan dan cara pelarian bercakap dengan penduduk tempatan, dengan agak kasar. Penduduk tempatan tidak selesa dengan gaya hidup tersebut.

    “Dengan mendidik kedua-dua pihak, kita boleh memastikan bahawa kesedaran dapat ditingkatkan untuk meminimumkan kesalahfahaman dan mengurangkan cabaran bersosial dan bekerjasama dengan pelarian,” kata Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu.

    Selain itu, Mahathir berkata rakyat Malaysia harus diutamakan bagi mengekalkan integriti negara.

    “Perlu ada peraturan asas dari segi berapa lama pendatang akan tinggal di negara kita.

    “Apabila pelarian mendakwa negara kita sebagai rumah mereka, adalah penting untuk mengenal pasti status mereka dan memberikan mereka kenyataan rasmi untuk menanamkan semangat patriotisme kepada negara kita,” ujarnya.

    Di samping itu katanya, isu ekonomi seperti peluang pekerjaan seharusnya ditangani terlebih dahulu sebelum memberi pekerjaan kepada pelarian agar rakyat.

    “Hanya apabila ada pekerjaan yang mencukupi, kita boleh meningkatkan peluang untuk memberi pekerjaan kepada pelarian,” katanya.

    Tambah beliau, rentetan isu global seperti kematian Ratu Elizabeth, perubahan situasi politik dan ekonomi berpotensi menghuru-harakan keadaan negara sekiranya tidak diuruskan dengan tepat.

    “Bagi menjaga kebajikan rakyat, tindak harus dibuat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Ini adalah untuk meningkatkan kawalan dan akan memastikan nama baik negara tidak tercemar kerana perkara sensitif seperti ini,” katanya.

  • Etnik Rohingya bayar ejen RM7,000 untuk dapat kad UNHCR

    Etnik Rohingya bayar ejen RM7,000 untuk dapat kad UNHCR

    ETNIK Rohingya sanggup membayar sehingga RM7,000 semata-mata untuk mendapatkan sekeping kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

    Perkara itu didedahkan sebahagian daripada etnik Rohingya berkenaan dalam operasi Jabatan Imigiresen berhampiran sebuah tapak projek perumahan, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

    Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pemegang kad UNCHR warga Rohingya itu juga mengaku masuk ke negara ini melalui sempadan negara iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand yang diuruskan oleh ejen.

    Malah ujar beliau, mereka juga mendakwa ejen-ejen terbabit turut menguruskan perjalanan mereka ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad berkenaan.

    PATI yang ditahan itu terdiri daripada 10 warga Bangladesh, lapan Indonesia, seorang warga Nepal serta enam warga Myanmar termasuk seorang wanita.

    “Sehubungan itu, kita akan membawa isu ini ke peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk disiasat dan diteliti secara lebih mendalam sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu malam tadi.

    Mengulas mengenai operasi yang bermula pukul 11 malam tadi itu, Khaitul Dzaimee berkata, seramai 25 daripada 36 pekerja asing yang diperiksa didapati memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen sah.

    Selain itu katanya, terdapat PATI berkenaan turut dikesan tinggal lebih masa selain mempunyai dokumen meragukan seperti kad UNHCR yang dipercayai palsu.

    “Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 10 warga Bangladesh, lapan Indonesia, seorang warga Nepal serta enam warga Myanmar termasuk seorang wanita.

    Seramai 25 daripada 36 pekerja asing yang diperiksa didapati memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen sah.

    “Kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen negeri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 15 (1) (c) akta sama,” katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, Jabatan Imigresen sepanjang tahun ini telah melakukan sebanyak 261 operasi memburu PATI.

    Daripada jumlah itu jelas beliau, seramai 193 PATI dan 32 majikan telah ditahan dengan sebahagian daripada mereka telah didakwa di mahkamah.

  • Saya tak setuju tindakan kafir-mengkafir, termasuk kenyataan Tun M, kata Anwar

    Saya tak setuju tindakan kafir-mengkafir, termasuk kenyataan Tun M, kata Anwar

    PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik serta sesetengah pemimpin termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam soal mengkafirkan pihak lain.

    Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga, tindakan itu hanya mengundang kacau-bilau dan bukan tradisi serta budaya Islam.

    “Tak mungkin kita ini bicara tengok al-Quran dan hadis, kupas ikut (kehendak) kita… Itu yang kacau-bilau bila parti ini kata dia ini kafir, parti ini pun kata parti tu kafir.

    “Tun Mahathir pun sambut, kata parti ini kafir… Ini apa benda ni di Malaysia ni? Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dari awal apabila timbul soal kafir atau mengelirukan, timbul isu dua imam, dua masjid, dua khabilah… dari awal ABIM mendepani isu ini,” soalnya.

    Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Muktamar Sanawi ke-51 ABIM di Kajang hari ini.

    Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa Pas kini adalah parti kafir berikutan tindakannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi kedudukan.

    Jelas Dr. Mahathir, sehingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuat terhadap UMNO suatu ketika dulu bahawa parti itu adalah kafir.

    Justeru dengan kerjasama Pas dan UMNO ujarnya lagi, menggambarkan Pas bukan lagi parti Islam, dakwa bekas Perdana Menteri itu.

    Anwar berkata, bahkan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd. Noor yang juga Timbalan Presiden Pas pernah menolak tindakan kafir-mengkafir sesama Islam.

    “Menariknya Almarhum Sheikh Fadzil Mohd. Noor yang juga Timbalan Presiden menolak kafir-mengkafir sesama Islam.

    “Saya tidak setuju andaian menyinggung kafir oleh pimpinan Pas, saya juga tidak setuju cara Tun Mahathir menjawab mengkafir pada yang lain. Ini bukan tradisi dan budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan,” katanya lagi.

    Turut dipersoal Anwar, reaksi serta teguran daripada agamawan terhadap pihak terbabit yang dilihat sepi.

    “Mana Mufti, mana Majlis Agama? Tidak boleh tegur ke bab ini? Budaya mengkafir ini sangat dibantah ulama-ulama,” katanya lagi.

    Sementara itu, Anwar turut menjelaskan bahawa PKR tidak akan melayan sikap berkenaan, malah akan membantahnya sekiranya dilakukan mana-mana pihak.

    “Pandangan kita jelas… hentikan naratif merosakkan tumpu pada dasar dan jangan serangan soal itu kerana ia menimbulkan keadaan kacau-bilau yang tidak mungkin kita kawal.

    “Saya punya pendirian, kita bagi arahan kepada PKR jangan layan. Bahkan, harus bantah sikap tidak jelas atau memberi pandangan ke arah itu tidak sihat sama sekali,” tegasnya lagi.

  • Kenyataan Zafrul kejatuhan nilai ringgit tidak beri kesan mengelirukan – Anwar

    Kenyataan Zafrul kejatuhan nilai ringgit tidak beri kesan mengelirukan – Anwar

    KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara, sebagai mengelirukan.

    Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kejatuhan nilai ringgit memberi kesan secara langsung kepada rakyat apabila kos barangan keperluan terus melonjak naik.

    “Tengku Zafrul memberikan kenyataan yang sangat mengelirukan, nak kata dia tak faham, dia faham tetapi saya tidak faham kefahaman dia.

    “Nilai ringgit jatuh merudum, bukan jatuh, tapi merudum… dia jawab ‘tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara, kerana keutuhan ekonomi’.

    “Saya tidak pernah urus bank, adalah pengalaman sikit sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Development Community IMF World Bank. Jatuh begitu dalam suasana tidak ada krisis serantau adalah suatu yang parah,” jelasnya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Muktamar Sanawi ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Kajang hari ini.

    Rabu lalu, Tengku Zafrul antara lain memaklumkan Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

    Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, rakyat menderita akibat kos sara hidup meningkat, dan tidak beri kesan bagi seorang menteri.

    “Kos makanan, barang keperluan asas, kos sara hidup meningkat dan import kos pertanian negara kita sudah mencecah RM65 hingga RM70 bilion. Ia meningkat kerana nilai ringgit jatuh jadi harga kian lebih mahal maka kos makanan meningkat.

    “Dia jawab tiada kesan? Ya, tidak ada kesan bagi pak menteri dan pengerusi eksekutif bank dulu kerana gajinya RM9 juta setahun. Tapi orang lain nak makan apa?” tegasnya lagi.

    Mengulas lanjut kata Anwar, jawapan Tengku Zafrul itu tidak bertanggungjawab dan bukan sebagai seorang Menteri Kewangan.

    “Jawapan (Tengku Zafrul) sangat tidak bertanggungjawab. Bukan sebagai seorang Menteri Kewangan. Tidak layak seorang menjadi Menteri Kewangan kalau mengetepikan permasalahan ekonomi yang besar dengan melecehkan sebagai tidak ada kesan.

    “Penipuan kepada rakyat, ini sebagai contoh jika bicara soal kelestarian,” katanya memetik laporan Astro Awani.

    Jelasnya, prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain.

    Nilai ringgit ujarnya menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak 2022, dan situasi sama dicatatkan mata wang serantau dan negara maju lain.

  • Kerusi ‘gred A’:’Kami yang senior ini tanding 3,4 kali baru menang’, kata Mat Sabu

    Kerusi ‘gred A’:’Kami yang senior ini tanding 3,4 kali baru menang’, kata Mat Sabu

    KEPIMPINAN Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertimbangkan tuntutan sayap pemuda dan wanita parti itu agar diberikan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

    Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun mengingatkan tiada jalan mudah untuk menang di mana-mana kerusi, seperti yang telah dilalui barisan pimpinan sekarang.

    “Pemuda, Awan (Angkatan Wanita Amanah) berhak dan kita akan pertimbangkan mana yang terbaik.

    “(Namun) Yang pentingnya, peluang bertanding. Kami yang senior dalam parti ini pun, bertanding kali ketiga, kali keempat baru menang,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Raja,” katanya memetik laporan MalaysiaKini, hari ini.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan pidato pada Konvensyen Amanah 2022 di Seremban, hari ini.

    Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas tuntutan Pemuda dan Wanita parti itu agar pucuk pimpinan parti turut memberikan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ kepada mereka dalam PRU akan datang.

    Tuntutan terbabit dibuat oleh ketua pemuda parti itu semalam.

    Ketua pemuda, Mohd. Hasbie Muda ketika menyampaikan pidato pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlu setanding dengan kerusi diberikan kepada rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang.

    “Ada pimpinan abang-abang kata pemuda kena tebas lalang dulu, jadi kita terima (sebagai calon pilihan raya).

    “Cuma bila tengok kawan-kawan kita terus masuk (di beri laluan) tak ada (tebas) lalang kita rasa pelik sikitlah,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut siapa pihak yang dimaksudkannya itu.

    Namun, dalam PRN Johor lalu, Amanah memberi laluan kepada Muda untuk bertanding di kerusi DUN Puteri Wangsa. Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz kemudian menang di kerusi itu dengan majoriti 7,114 undi.

    Mengulas lanjut, Mohamad berkata parti tidak pernah meletakkan apa-apa gred untuk kerusi yang mereka tandingi memandangkan trend pengundian di mana-mana kerusi bukan perkara yang bersifat muktamad.

    “Kita pun tak ada meletakkan yang mana (kerusi) gred A,B,C atau D kerana PRU akan datang kita tak tahu trend mengundi kearah mana,” katanya ringkas.

    Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH akan memuktamadkan pembahagian kerusi pada 30 September ini.

    “Kita dah buat tiga pusingan rundingan dan saya boleh katakan mesyuarat kita berjalan lancar. Kita berbincang dengan baik dan saya juga boleh sebutkan disini kita sudah mencapai 70 peratus pembahagian telah selesai.

    “Tinggal sedikit lagi dan kita selesaikan sebelum 30 September. Jadi, kita tak ada masalah,” katanya.

  • Kenyataan LCS bercanggah:Hishammuddin dituntut beri penjelasan-Hassan

    Kenyataan LCS bercanggah:Hishammuddin dituntut beri penjelasan-Hassan

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dituntut memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang bercanggah dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkenaan tarikh projek kapal tempur pesisir (LCS) akan siap.

    Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana Hishammuddin sebelum ini memberitahu LCS siap pada tahun 2024 manakala Affendi Buang pula menyatakan projek itu akan siap pada 2026.

    “Ini isu besar. Isunya kenyataan siapa yang betul. Perkara ini tidak boleh dimain-mainkan kerana isu serius, Hishammuddin peru diberi peluang menjelaskan perkara ini dalam Parlimen yang akan bersidang pada 3 Oktober ini.

    “Kementerian Pertahanan perlu beri kenyataan secara rasmi di Dewan Rakyat iaitu pertama, bilakah tarikh awal LCS ini akan siap dan bila akan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    “Keduanya, pada tarikh awal penyerahan itu, berapa LCS yang akan diserahkan daripada enam buah LCS yang kita tempah,” katanya kepada pemberita selepas program bersama komuniti di Jalan Tempua, Taman Scientex di Pasir Gudang, semalam.

    Dalam program berkenaan, Hassan menyerahkan cek sumbangan kepada persatuan tersebut bagi menyiapkan gelanggang permainan dan tempat riadah bagi kegunaan komuniti jalan berkenaan.

    Hassan melihat tapak untuk gelanggang dan riadah selepas program bersama komuniti di Jalan Tempua, Taman Scientex, Pasir Gudang

    Affendi menerusi satu wawancara baru-baru ini memaklumkan bahawa LCS hanya akan siap dalam tempoh tahun 2026 hingga2028 sekali gus bercanggah dengan kenyataan Hishammuddin sebelum ini.

    Hassan berkata, perkara ketiga perlu dilakukan Hishammuddin di Dewan Rakyat ialah memberitahu jumlah yang sudah dibelanjakan kerajaan untuk projek LCS sehingga sekarang.

    “Rakyat mahu tahu berapa bilion Ringgit sudah kita belanjakan sebenarnya. Apa yang kita diberitahu sudah RM6 bilion dibelanjakan dan ini dinyatakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan bukan Kementerian Pertahanan sendiri,” katanya.

    Menurut beliau, perkara keempat perlu dilakukan ialah menyatakan berapa ramai sebenarnya yang sudah disiasat dan didakwa di mahkamah bagi mereka yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan skandal LCS.

    Selain itu katanya, rakyat juga mahu tahu adakah kerajaan akan membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal LCS.

    “Sekiranya Hishammuddin merasakan sudah tersalah cakap berkenaan skandal LCS, beliau perlu memohon maaf terhadap rakyat di Parlimen, ini adalah tagunggjawabnya sebagai seorang menteri,” katanya.