Author: Wartawan WartaRakyat

  • ‘Im all for it’ demi ummah dan penyatuan politik Melayu Islam

    ‘Im all for it’ demi ummah dan penyatuan politik Melayu Islam

    PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, rasa bimbang dan cemas dengan situasi perpecahan yang melibatkan orang Melayu pada ketika ini.

    Katanya, orang Melayu sewajarnya belajar daripada sejarah lampau yang telah memperlihatkan bagaimana sesuatu bangsa menjadi lemah bila tiada perpaduan di antara mereka.

    Oleh yang demikian, beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan segala-galanya sekira ada pihak mahu melihat wujud perpaduan dalam kalangan orang Melayu khusus dari segi politik.

    “Ringkasnya kita rasa bimbang, mungkin lebih pada bimbang tentang apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang dilihat macam tak seperti dahulu.

    “Nak katakan banyak sangat perpecahan dari segi politik pun perpecahan, dari segi lain pun ada, macam tak sehaluan tak sekata tak sederap.

    “(Apa juga usaha) istilah menggambarkan kesepaduan, perpaduan, perpaduan ummah ‘im all fot it’. Apa usaha dibuat untuk menyatupadukan ummah baik politik, ekonomi, itu penting bagi kita pasal tanpa perpaduan kita lemah, kita lemah tak ke mana,” katanya memetik laporan UtusanTV, hari ini.

    Sehubungan itu, Muhyiddin melihat, usaha menyatukan parti politik Melayu Islam perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan yang lebih memburuk kepada golongan Bumiputera.

    Katanya lagi, usaha tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai orang tengah yang memiliki rasa tanggungjawab dan bertindak melangkaui batas politik.

    “Kalau disebutkan soal agenda Melayu Islam ini penting atau Bumiputera adalah soal bagaimana kita nak menyatupadukan. Satu dari segi politik.

    “Macam contoh nak menyatupadukan parti-parti politik Melayu, saya fikir itu usaha baik, saya all for it, siapa nak mulakan boleh, tak semestinya pimpinan politik.

    “Dia Bersatu, dia PN, dia PH, ini UMNO susah begitu. Ia akan mengambil masa tapi mesti dimulakan kerana kesan kepada perpecahan Melayu parah,” tegasnya.

    Beliau pada masa sama menegaskan, pilihan raya bukanlah jalan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut kerana ia memerlukan semangat dan kesediaan untuk berkorban.

    Katanya, ini merupakan langkah besar dituntut oleh agama yang memerlukan semua pihak berlapang dada demi memastikan maruah serta kelangsungan kehidupan orang Melayu.

    “Kadang-kadang pilihan raya setakat menyelesaikan pembentukan kerajaan ‘but isu of unity not about election, got’ semangat, jiwa, kesedaran, pengorbanan, kesediaan.

    “Pasal nak balik semula bila berbalah macam ini langkah amat besar tapi kalau kita bersikap lapang dada pasal kita ketahui ini satu usaha baik, memang dituntut agama kita, kita kena usahakan.

    “Kita ramai tokoh mungkin sekumpulan agak sedar yang saya fikir bila baca banyak (masalah), dia bimbang dan takut tapi tiada usaha ke depan untuk tampil cari jalan,” katanya.

    Muhyiddin menambah, berbeza pandangan dalam politik tidak sepatutnya membawa kepada perbalahan mahupun perpecahan yang merugikan.

    Malah, beliau berpendapat, panduan yang mungkin boleh diguna pakai dalam menyelesaikan kemelut ini daripada terus membarah adalah agama Islam itu sendiri.

    “Bukan dengan perhimpunan perpaduan ummah sahaja, perhimpunan tak menyelesaikan masalah. Breaking the barrier, kenapa kita begitu? ‘Is it politics’?

    “Kalau parti-parti politik berbeza pandangan tapi dari segi soal perpaduan tak perlu sampai berbalah dan berpecah belah.

    “Saya amat sokong tapi mesti ada usaha bersungguh mengetepikan perbezaan antara kita dan cari jalan yang baik, mungkin panduan yang paling baik, tak lain adalah Islam,” katanya.

  • Penerimaan rakyat terhadap PN luar biasa-Sanusi

    Penerimaan rakyat terhadap PN luar biasa-Sanusi

    PENGALAMAN dilalui bersama rakan-rakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) dilihat mampu memberi kelebihan kepada gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

    Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, walaupun PN pertama kali menyertai PRU, namun Pas dianggap sebagai ‘otai’ kerana melalui banyak pengalaman pilihan raya.

    “Begitu juga rakan-rakan komponen lain ada pengalaman menghadapi PRU sebelum ini.

    “Malah PN lebih stabil berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), ini memberi kelebihan kepada PN,” katanya memetik laporan HarakahDaily, hari ini.

    Selain itu, Menteri Besar Kedah itu bersyukur kerana proses penamaan calon PN di semua 15 Parlimen di Kedah berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan di setiap tempat.

    Dalam pada itu, beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap PN agak luar biasa dan mengejutkan biar pun BN dan PH memberi saingan sengit di beberapa Parlimen.

    “Pengundi tegar tidak berubah dan akan menjadi faktor kemenangan, sementara pengundi kali pertama dan pengundi atas pagar akan membantu calon membuat kejutan,” tambah beliau.

    Sementara itu, beliau tidak menolak pertandingan lebih tiga penjuru akan memberi kesan kepada jumlah pengundian.

    “Secara dasar pertandingan dua penjuru yang terbaik bagi PN dan BN. Parti lain akan beri kesan berdasar asal usul parti tersebut,” katanya.

    Bagaimanapun, baginya dalam apa juga keadaan PN dilihat mempunyai peluang lebih cerah.

    Parlimen Sik menyaksikan penyandang Ahmad Tarmizi dicabar Maizatulakmam Othman (BN) dan Datuk Latipah Md. Yatim (PH).

    Pada PRU-14, beliau menang dengan majoriti 5,218 undi.

  • [VIDEO] Petugas wanita PN diugut, dihalau lelaki berlagak samseng di Serkam

    [VIDEO] Petugas wanita PN diugut, dihalau lelaki berlagak samseng di Serkam

    TINDAKAN seorang lelaki mengugut dan menghalau sekumpulan petugas kempen wanita Perikatan Nasional (PN) dibidas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Tuan Ibrahim yang turut berkongsi video berdurasi 38 saat itu mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan menghalau pasukan petugas itu yang sedang berkempen di Pasar Serkam Pantai, Melaka.

    “Kenapa nak halau?” tulis Tuan Ibrahim dalam hantaran di akaun Facebook beliau.

    Beliau turut menyertakan kapsyen menyatakan petugas kempen wanita muda Perikatan Nasional diugut dan dihambat keluar ketika berkempen di Pasar Serkam Pantai, Melaka.

    Dalam video itu, seorang lelaki memakai kemeja lengan pendek berwarna biru dengan pelitup muka berkata, orang dah kata jangan datang, jangan sibuk kat sini.

    Katanya, dia memberi tempoh 30 minit kepada kumpulan petugas itu dan akan membuat laporan polis jika mereka enggan.

    Namun kumpulan petugas PN menerangkan mereka mempunyai kebenaran dari polis.

    Tidak endah dengan jawapan itu, lelaki berkenaan kemudiannya menegaskan, mereka tidak dibenarkan berkempen di situ dengan menyatakan alasan ia adalah kawasannya.

    “Yang awak datang siapa izinkan, saya tak izinkan awak datang kampung saya,” katanya.

    Sementara itu, pada ruangan komen hantaran itu, kebanyakan pengikut Tuan Ibrahim mengecam tindakan lelaki tersebut.

    Pengguna, Azman Yusof berkata, negara demokrasi pilihan raya memilih. Calon adalah proses demokrasi termasuk berkempen. Dia sepatut salah menghalang proses demokrasi.

  • Saya masuk kempen PRU-15 dengan gear lima, kata Radzi

    Saya masuk kempen PRU-15 dengan gear lima, kata Radzi

    NAIB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin mengakui memasuki persaingan di Parlimen Putrajaya dengan gear lima.

    Beliau mahu membawa pendekatan dan strategi baharu kepada penduduk di Putrajaya dan memacunya menjadi bandar pentadbiran lebih hebat.

    “Sebagai antara penduduk di Putrajaya sejak 2018, saya dapat menyelami dan memahami isi hati serta keluh kesah penduduk.

    “Banyak perkara dibangkitkan warga Putrajaya termasuk isu penyelenggaraan kuarters dan pengangkutan awam selain rungutan peniaga mengenai sewa premis yang terlalu mahal.

    “Perkara lain berkaitan pembangunan rohani dan sahsiah…bukan mengenai infrastruktur sahaja.

    “Kita perlu menjadikan masyarakat di Putrajaya sebagai masyarakat contoh melalui pembangunan holistik yang boleh dijadikan model pembangunan di Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kejohanan Taekwondo Milo Putrajaya ke-12, di Putrajaya, hari ini.

    Berikutan itu, Radzi yang memegang jawatan Menteri Kanan Pendidikan, meminta diberikan peluang oleh pengundi Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

    “Selepas diwakili oleh ahli Parlimen yang sama untuk tempoh empat penggal, saya menawarkan diri kepada warga Putrajaya,” katanya.

    Radzi mula melihat momentum sokongan terhadapnya semakin hari semakin meningkat.

    Justeru, beliau yakin ia akan diterjemahkan melalui kertas undi pada 19 November ini nanti.

    Radzi yang mewakili Perikatan Nasional (PN), berdepan dengan penyandang kerusi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN); Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz, 45, daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Rosli Ramli, 64, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejaung) serta dua calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee dalam pertarungan enam penjuru.

    Seramai 42,881 pengundi di Parlimen P125 bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 November ini.

  • Azmin ajak pengundi Gombak yakinkan 10 individu kawasan lain undi PN

    Azmin ajak pengundi Gombak yakinkan 10 individu kawasan lain undi PN

    PENGARAH Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak penduduk Gombak mendekati 10 individu di kawasan lain untuk mengundi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

    Beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15 berkata, kebajikan negara dan penduduknya bukan hanya terpulang kepada pemimpin PN sahaja, malah itu adalah tanggungjawab bersama.

    “Tetapi jangan lupa kita mempunyai keluarga di negeri dan kawasan lain. Saya meminta bantuan anda untuk menghubungi mereka. Jika setiap orang di sini boleh menghubungi 10 yang lain, itu sudah lebih daripada mencukupi.

    “Disebabkan tanggungjawab ini bukan terletak pada saya seorang, ini tanggungjawab kita bersama. Ia adalah negara kita dan masa depan kita,” katanya kepada penduduk rumah pangsa di Taman Keramat Permai pagi ini, lapor Agenda Daily.

    Beliau turut mengaitkan kejayaan Malaysia mengawal penularan Covid-19 dan pembukaan sempadan negara adalah hasil kepimpinan bekas Perdana Menteri dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN.

    Beliau membandingkan pembukaan sempadan Malaysia pada awal tahun ini pada April dengan lebih banyak negara maju yang masih belum membuka sempadan seperti China, dan negara yang baru membuka sempadan mereka seperti Jepun.

    Beliau turut menyifatkan penularan Covid-19 yang terkawal adalah hasil daripada kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN ketika itu dalam mengambil langkah berani dan bertanggungjawab.

    Pada PRU-15 yang akan berlangsung 19 November ini, Azmin akan ditentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari daripada Pakatan Harapan; Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN); Aziz Jamaludin Mohd Tahir (Gerakan Tanah Air) dan Zulkifli Ahmad (Bebas).

  • Saya ‘underdog’ berdepan gergasi Machang’, kata Wan Fayhsal

    Saya ‘underdog’ berdepan gergasi Machang’, kata Wan Fayhsal

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan dirinya memiliki sedikit kelebihan berbanding calon Barisan Nasional (BN) dengan kedudukannya sebagai bekas timbalan menteri.

    Beliau mengakui bukan mudah untuknya di Machang kerana penyandang kerusi berkenaan yang juga Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, telah berkhidmat dengan baik kepada masyarakat Machang.

    “Jika diberi peluang saya mampu memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat Machang.

    “Memandangkan saya berdepan seorang gergasi Ahmad Jazlan merupakan pengerusi BN Kelantan, sudah pun selama dua penggal ahli Parlimen di sana, jadi, saya adalah ‘underdog’.

    “Sebagai ‘underdog’ calon anak muda saya masih lagi perlu bekerja lebih kuat lagi untuk membuktikan kepada pengundi bahawa saya boleh buat lebih baik berbanding Ahmad Jazlan.

    “Beliau (Ahmad Jazlan) mantan timbalan menteri luar bandar, saya mantan timbalan belia dan sukan, timbalan menteri perpaduan, daripada segi pengalaman saya yakin saya boleh tawarkan lebih baik berbanding Ahmad Jazlan,” katanya dalam sidang media hari di Kota Bharu, hari ini.

    Parlimen Machang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru masing-masing calon dari BN, PN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ahmad Jazlan menang dengan majoriti 2,824 undi menewasakan calon Pas dan PH.

    Ahmad Jazlan memperoleh undian sebanyak 26,076 undi manakala Zulkifli Mamat (23,252 undi) dan Sazmi Miah (5,695 undi).

    Menjelaskan lanjut, Ketua pemuda Bersatu (Armada) itu berkata, beliau mempunyai kelebihan berbanding Ahmad Jazlan untuk menarik sokongan pengundi.

    “Sebagai calon muda, saya yakin saya mempunyai kelebihan sedikit berbanding Ahmad Jazlan kerana faktor umur, pengalaman dan faktor saya sebagai bekas timbalan menteri belia dan sukan.

    “Pendekatan yang saya ingin lakukan adalah menawan hati anak muda,” katanya lagi.

  • Polis tahan Peter Anthony berkait rusuhan di Tenom

    Polis tahan Peter Anthony berkait rusuhan di Tenom

    POLIS menahan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditahan tengah malam tadi

    Penahan itu susulan insiden kekecohan ketika proses penamaan calon di Dewan DSP Antanom, Tenom, semalam, lapor Free Malaysia Today (FMT).

    Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu dibebaskan pagi tadi.

    Warta Rakyat semalam melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di pusat penamaan calon tersebut.

    Menurut, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.

    Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom.

    Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong KDM berang apabila borang pencalonan Peter daripada parti itu, ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas.

    Difahamkan, pencalonan Peter ditolak pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana beliau pernah didapati bersalah oleh mahkamah.

    Keadaan itu menyebabkan penyokongnya cuba memasuki pusat pencalonan.

    Mei lalu, Peter dijatuhkan hukuman penjara dan denda RM50,000, tetapi beliau masih merayu sabitan itu.

  • Penyokong tegar antara faktor Abdul Hadi, Pas tidak goyah, sukar digugat di Marang

    Penyokong tegar antara faktor Abdul Hadi, Pas tidak goyah, sukar digugat di Marang

    WALAUPUN memiliki jumlah keahlian tidak seramai Barisan Nasional (BN), namun Pas masih mampu menjadikan beberapa kawasan di Terengganu khususnya Marang sebagai kubu kuat parti tersebut.

    Hal ini disebabkan selain diwarnai pengundi setia, parti itu turut mempunyai penyokong tegar bersemangat waja.

    Penulis bukan orang politik, tetapi berkawan dengan semua rakan-rakan politik sama ada Bersatu, Pas, UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pejuang.

    Memandangkan penulis ‘membesar’ dan menetap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang terletak di Parlimen Marang, maka apa sahaja berlaku disekeliling penulis dapat perhatikan.

    Bercakap mengenai penyokong Pas, penulis mendapati rata-rata mereka adalah terdiri daripada golongan yang kuat bekerja tanpa mengharapkan sebarang bentuk upahan.

    Sama ada tua, muda ataupun muslimat, kebanyakan penyokong Pas sanggup bersekang mata, tidak tidur demi untuk membantu parti mengadakan pelbagai program aktiviti terutama ketika berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

    Selain taat setia kepada pemimpin, penyokong Pas juga sentiasa menghormati logo atau bendera parti.

    Kebanyakan penyokong tegar ini telah sebati dengan setiap imej atau simbol sejak ‘dilahirkan’.

    Mereka tidak akan membiarkan bendera parti terjatuh ke tanah atau dikhianati pihak lain.

    Malah, mereka sanggup berhadapan dengan apa sahaja sekiranya berlaku sebarang bentuk pengkhianatan ke atas imej, simbol, logo dan bendera parti.

    Malah sikap dan semangat inilah menyebabkan Pas menjadi semakin kuat dan berpengaruh di Terengganu, khususnya Marang.

    Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kewujudan penyokong tegar adalah antara faktor yang membantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan parti berkenaan tidak goyah dan sukar digugat di Marang.

    Ketika hari penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Marang semalam, ribuan penyokong Pas sanggup keluar beramai-ramai berarak sambil bersalawat dan bertakbir dalam kedaaan hujan renyai-renyai untok memberi sokongan kepada calon kesayangan mereka, Abdul Hadi.

    Malah penulis mendapati, ada penyokong terbabit mempunyai masalah kesihatan dan yang berkerusi roda juga turut hadir.

    Seorang rakan penulis yang merupakan orang kuat parti Pas pernah memberitahu, kalau kena caranya, letak ‘unta’ pun sebagai calon, Pas boleh menang di Marang.

    Ini terbukti apabila dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Pas buat pertama kalinya meletakkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon di kerusi Rhu Rendang.

    Ketika itu orang Marang ramai yang masih tidak mengenali Samsuri kerana berasal dari Besut, namun kemenangan tetap berpihak kepadanya.

    Sebab itulah Pengerusi Perhubungan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris pernah memberitahu, budaya kepimpinan dan semangat kerja dilakukan oleh para penyokong Pas akan diterapkan dalam Perikatan Nasional (PN).

    Dalam PRU15, 19 November ini Abdul Hadi yang mewakili Pas-PN dijangka tiada masalah mempertahankan kerusi Parlimen Marang sekalipun berhapan dengan persaingan empat penjuru.

    Ini kerana tiga pencabarnya dikatakan merupakan calon muda dan masih ‘mentah’ dalam politik.

    Mereka ialah Jasmira Othman (BN-UMNO), Zarawi Sulong (GTA-Putra) dan Azhar Abdul Shukor (PH-Amanah).

    Pada PRU14 lalu, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang berjaya mendapat 53,749 menewaskan
    Mohd Nor Endot (BN-UMNO) yang memperoleh 31,795 undi dan Zarawi Sulong (PKR) mendapat 5,138 undi.

  • Isteri penyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu meninggal dunia

    Isteri penyandang kerusi Parlimen Kubang Pasu meninggal dunia

    Oleh RIZQI ZABIDI

    SETIAUSAHA Agung Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Amiruddin Hamzah menerima khabar duka tidak lama selepas kembali dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu apabila isterinya meninggal dunia, awal pagi tadi.

    Bekas pegawai khas Amiruddin, Ku Iskandar Ku Saad berkata, Datin Siti Hamimah Ab. Rahman menghembuskan nafas terakhir pukul 12.15 pagi tadi.

    “Allahyarham meninggal dunia akibat kanser. Difahamkan beliau sudah lama menghidap kanser dan pernah sembuh namun penyakitnya itu datang kembali.

    “Arwah meninggal dunia di Jelebu, Negeri Sembilan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Pantai, Seremban kira-kira pukul 10 pagi,” katanya.

    Semalam, Amiruddin disahkan sebagai calon Pejuang untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Bekas Timbalan Menteri Kewangan di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) itu bakal berdepan saingan daripada tiga calon lain iaitu Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Hasmuni Hassan daripada Barisan Nasional (BN), dan wakil PH, Aizuddin Ariffin.

    Pada PRU14, Amiruddin memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi 29,984 undi, mengatasi Datuk Seri Johari Baharum daripada BN yang memperolehi 16,975 undi dan Norhafiz Fadzil dari Pas yang sekadar mendapat 13,375 undi.

  • PN yakin mampu rampas Jerlun dari Pejuang

    PN yakin mampu rampas Jerlun dari Pejuang

    Oleh RIZQI ZABIDI

    SOKONGAN padu ditunjukkan penyokong pada Majlis Penamaan Calon bagi Parlimen Jerlun pagi semalam, mengundang sebak buat calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd. Ghani Ahmad.

    Dengan kehadiran teramai mengatasi penyokong-penyokong parti lain termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diwakili Presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Abd. Ghani tampak sudah memiliki kemenangan moral untuk meneruskan kempen menjelang hari pengundian, 19 November depan.

    Menurut Abd. Ghani, antara faktor yang membuatkannya menitiskan air mata adalah sokongan padu ditampilkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jerlun untuk beliau merampas kerusi tersebut dari Mukhriz.

    “Kami yakin dengan kerjasama dan komitmen semua kepimpinan serta jentera untuk menang di sini. Di sini kami memiliki kesepakatan dan semangat setia kawan bagi menyusun jentera untuk menghadapi Pilihran Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

    “Insya Allah kemenangan akan berpihak kepada PN. Suasana semasa juga jelas meningkat menampakkan sokongan kepada PN,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, semalam.

    Berbanding perarakan calon lain, kedatangan Abd. Ghani disertakan dengan gema selawat oleh lebih 300 penyokong yang mengiringnya.

    Parlimen Jerlun bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru dengan dua lagi pesaing adalah bekas Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dari Barisan Nasional (BN) serta calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali.

    Mengulas lanjut Abd. Ghani berkata, rakyat diyakini mampu membuat penilaian terhadap langkah-langkah diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin di sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

    Malah katanya, Presiden Bersatu itu juga menampilkan sikap berjiwa besar apabila dengan rela hati mengundur diri daripada menjadi Perdana Menteri bagi mengelak kacau-bilau apabila UMNO membuat ugutan menarik sokongan.

    “Di situ kita lihat ketelusan seorang pemimpin dan Pas kemudiannya membuat keputusan terbaik dengan meneruskan kesinambungan bersama Bersatu. Kami yakin mencapai kemenangan di sini dan insya Allah kita tunggu perkembangan pada hari pengundian nanti,” katanya.