Author: Wartawan WartaRakyat

  • Sami lari didakwa liwat pengawal keselamatan

    Sami lari didakwa liwat pengawal keselamatan

    SEORANG sami dari Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (Iskcon) dituduh meliwat dan melakukan penyeksaan seksual terhadap seorang pengawal keselamatan yang bekerja untuk organisasi itu.

    India Today melaporkan, sami itu dikenal pasti sebagai Jagadartiha Das atau Jayanta Kumar Saha yang memegang jawatan sebagai ketua penyelaras di ibu pejabat kuil Iskcon di Mayapur, Nabadwip.

    Sami itu kini melarikan diri daripada polis, sumber memberitahu India Today.

    Pengadu ialah seorang pengawal keselamatan berusia 29 tahun yang dikaitkan dengan Iskcon sejak enam tahun lalu.

    Dia mendakwa dipanggil ke kamar peribadi sami yang tertuduh pada malam 16 Januari. Pengawal itu berkata, sami itu melakukan penyeksaan seksual dan merogolnya.

    Kata pengadu lagi, apabila dia membantah tindakan sami itu, tertuduh mengugutnya akan kehilangan pekerjaan jika memberitahu sesiapa mengenainya.

    Pengawal keselamatan itu berkata, “beliau memaksa saya untuk melakukan hubungan seks yang menyimpang dengannya di atas kerelaan saya.

    “Saya diserang secara fizikal oleh sami. Selepas kejadian itu, saya mengalami kemurungan mental untuk masa yang lama, saya tidak dapat berkongsi masalah ini dengan sesiapa kerana takut kehilangan pekerjaan juga.”

    Pengadu berkata, apabila dia berkongsi kejadian itu dengan beberapa rakan sekerjanya selepas beberapa hari, dia mendapati perkara yang sama berlaku dengan beberapa daripada mereka.

    Menurut pengawal itu, tertuduh sami melakukan serangan seksual terhadap empat orang lagi yang bekerja di pejabat Iskcon yang sama.

    Selepas insiden itu diketahui, pengarah bersama Mayapur Iskcon membentuk jawatankuasa siasatan dalaman.

    Pihak berkuasa mereka mengeluarkan kenyataan mengatakan sami Jagadartiha Das yang tertuduh, akan hilang kelayakan daripada memegang sebarang jawatan pengurusan di Mayapur Iskcon.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 (kurung yang salah), 377 (kesalahan luar tabii), dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan India, menurut aduan bertulis oleh pengawal keselamatan.

  • Anwar perlu baiki segera FSA2 atau letak jawatan Menteri Kewangan

    Anwar perlu baiki segera FSA2 atau letak jawatan Menteri Kewangan

    KECELARUAN yang timbul daripada kelulusan untuk i-Cagar FSA2 KWSP daripada MBSB Bank menarik perhatian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang dilihat menyusahkan pemohon dan menimbulkan masalah.

    Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Badan Pimpinan Tertinggi (MPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu);

    Malam tadi saya berdiskusi dengan sekumpulan pencarum KWSP yang telah menerima kelulusan untuk i-Cagar FSA2 KWSP daripada MBSB Bank dan dana pinjaman pun telah dimasukkan ke akaun bank mereka. Yang menariknya, semua mereka menerima kelulusan walaupun mereka sebenarnya mempunyai status bankrap.

    Kelulusan itu pada awalnya memberi kelegaan kepada mereka. Tetapi kegembiraan mereka sekejap sahaja kerana sehingga hari ini mereka tidak boleh mengeluarkan kesemua wang yang diluluskan.

    Malahan ada di antara mereka yang menerima SMS daripada MBSB Bank mengarahkan mereka mendapatkan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi dan jika tidak, pinjaman mereka akan dibatalkan walaupun dana telah dimasukkan ke akaun bank mereka.

    Bagaimana boleh wujud satu keadaan yang mana pinjaman telah diluluskan, dana telah dimasukkan dalam akaun peribadi, tapi peminjam tidak dibenarkan membelanjakan wang itu? Kalau mereka ini tidak layak sebab bankrap, kenapa permohonan diluluskan? Bukan saja lulus, malahan duit pun dah masuk ke akaun peribadi!

    Lebih buruk lagi, salah seorang pencarum berkongsi dengan saya screenshot akaun beliau. Lihat gambar yang saya sertakan. Peminjam ini meminjam RM18,000 dari MBSB dengan mencagarkan wang KWSP yang dia ada. MBSB mengenakan caj pada kadar 4.5% dan tempoh pinjaman ialah 9 tahun.

    Lihat sendiri screenshot pertama. Jumlah penuh yang dia perlu bayar ialah RM35,601.12. Dua kali ganda dari jumlah RM18,000 yang dia pinjam!!

    Daripada seorang yang elok-elok ada wang dalam akaun KWSP sendiri, akibat polisi Anwar Ibrahim, dia kini berhutang RM35,000 dan wang KWSP sendiri pula telah tercagar!

    Saya gesa Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri beri penjelasan kenapa pentadbiran beliau amat cacamarba dan huru hara sehingga rakyat yang susah dianiaya sebegini.

    Tidak pernah ada Perdana Menteri di muka bumi ini yang mencadangkan bahawa penyelesaian bagi mereka yang bankrap sebab berhutang ialah dengan menambah lagi hutang. Ini pemikiran songsang Perdana Menteri yang tidak kompeten.

    Secara khusus, Anwar perlu:

    1. jelaskan bagaimana mereka yang bankrap boleh menerima kelulusan permohonan pinjaman?
    2. beri jaminan bahawa sekiranya pinjaman mereka ini dibatalkan, mereka tidak akan dikenakan apa-apa caj atau faedah walaupun wang telahpun dimasukkan ke akaun peribadi peminjam dan status KWSP mereka kembali kepada sediakala,
    3. pastikan peminjam yang telah mengeluarkan wang pinjaman tidak dipaksa memulangkan wang dengan zalim kepada mereka.
    4. Jelaskan apa rasional kerajaan memaksa pencarum menambah hutang sehingga jumlah bayaran balik jadi berganda dan membebankan.

    Sebenarnya yang paling baik ialah Anwar akui dia telah tersilap dengan FSA2 i-Cagar. ๐™๐™—๐™–๐™ ๐™จ๐™–๐™Ÿ๐™– ๐™ ๐™š๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™†๐™’๐™Ž๐™‹ ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™จ๐™–๐™ง ๐™จ๐™š๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ž ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™œ๐™š๐™จ๐™– ๐™จ๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™ž๐™ฃ๐™ž. Itu adalah penyelesaian lebih tepat dan tidak menambah hutang pencarum.

    Jika Anwar tidak dapat terima hakikat bahawa dasar songsang yang dia bawa ini menyusahkan rakyat, lebih baik Anwar letak sahaja jawatan Menteri Kewangan dan berikan kepada orang yang lebih kompeten.

  • Ada pihak ‘buat kerja’ pastikan siaran langsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas tak tersiar di media sosial?

    Ada pihak ‘buat kerja’ pastikan siaran langsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas tak tersiar di media sosial?

    Oleh RIZQI ZABIDI

    MUNGKINKAH ada pihak yang ‘gentar’ dengan sambutan pengunjung terhadap Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Kompleks Pas Kedah semalam hingga ada yang melakukan sabotaj terhadap siaran langsung di media sosial?

    Perkara itu dibangkitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di laman Facebooknya semalam.

    Muhammad Sanusi mendakwa, siaran langsung majlis itu tidak dapat dibuat kerana ada pihak yang ‘buat kerja’.

    “Setakat pukul 12 tadi (semalam) dianggarkan 50,000 tetamu hadir hingga sesak di luar dan dalam dewan, ‘meghemut’.

    “Cuma sayang, siaran langsung majlis itu tidak dapat disiarkan. Awal ‘depa’ buat kerja,” katanya.

    Terdahulu di laman Facebook sama, siaran langsung majlis tersebut hanya tersiar selama kira-kira 30 minit memaparkan kehadiran tetamu, dan berakhir sebaik Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden membuat pengumuman menjemput tetamu menikmati hidangan.

    Dalam ucapan ringkas tersebut, Afnan turut menyatakan bahawa kalangan tetamu akan mendengar ucapan beberapa pimpinan selepas menikmati jamuan disediakan.

    Sementara itu dalam status sama, Muhammad Sanusi turut memaparkan klip video memaparkan kalangan pemimpin PN mengangkat lima jari mereka kepada kalangan jurugambar.

    Beliau kemudiannya berkias mengenai maksud lima jari tersebut.

    “Ada apa dengan lima? 50,000 tetamu yang hadirkah? Takkan ‘kot’,” katanya.

  • Bolehkah kerajaan PH di Selangor ditumbangkan

    Bolehkah kerajaan PH di Selangor ditumbangkan

    SEJAK pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor tumbang ke tangan Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, usaha untuk kembali merampas negeri itu menerusi beberapa siri pilihan raya terus gagal sehingga ke hari ini.

    Selangor yang memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terus menjadi sasaran utama semua parti politik ekoran keupayaannya untuk menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia, sekali gus merupakan sebagai negeri terkaya di negara ini.

    Pada 2008, PR menerusi PKR, DAP dan Pas berjaya mengambil alih pentadbiran negeri selepas memperoleh 36 kerusi DUN, sebelum angka itu meningkat kepada 44 kerusi pada 2013.

    Pada 2018 PR dijenamakan semula menjadi Pakatan Harapan (PH) dengan Pas meninggalkan gabungan parti itu dan digantikan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

    PH mencatatkan jumlah kerusi DUN tertinggi dengan meraih 51 kerusi diikuti BN yang memiliki empat kerusi manakala Pas hanya meraih satu kerusi disebabkan gelombang anti Datuk Seri Najib Razak akibat skandal 1MDB terlalu kuat pada ketika itu.

    Bagaimanapun, selepas berlaku ketidaktentuan politik pada 2020 yang menyaksikan kerajaan Persekutuan ditadbir oleh PH tumbang, berlaku juga perubahan angka kerusi DUN di Selangor yang mana PH kini memiliki 41 kerusi, Perikatan Nasional (tujuh), BN (lima), manakala Pejuang mempunyai tiga kerusi.

    Ramai pemerhati politik menganggap Selangor sebagai ‘negeri selamat’ PH untuk kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

    Akan tetapi, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Ahmad Atory Hussain berkata, tanggapan itu mungkin lagi tidak tepat terutama selepas melihat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Menurut beliau, usaha Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Selangor dengan mensasarkan 33 daripada 56 kerusi DUN tidak dianggap sebagai misi mustahil, kerana keadaan tidak lagi sama seperti sebelum PRU15.

    Katanya, ini kerana penentu sama ada PN mampu membentuk kerajaan negeri di Selangor bukan sahaja akan ditentukan oleh pengundi luar bandar, yang merangkumi kira-kira 20 DUN, tetapi lebih kepada trend pengundian Melayu yang tidak menentu.

    โ€œPengundi Melayu di Selangor tidak boleh disamakan dengan trend pengundian Melayu di Pantai Timur atau Cina di Pulau Pinang yang mana mereka lebih konsisten mengundi satu parti,โ€ katanya kepada MalaysiaNow.

    โ€œContohnya, kita boleh jangka Melayu di Pantai Timur akan mengundi PAS manakala Cina di Pulau Pinang akan pilih DAP.โ€

    โ€œTetapi Melayu di Selangor lebih fleksibel, menjadikan trend undian mereka sukar diramal yang mana situasi ini tidak semestinya akan memanfaatkan PH di negeri Selangor.โ€

    Kerusi majoriti Melayu beralih ke PN

    Menurut Atory, kejayaan PN menawan kerusi Parlimen di Selangor seperti Tanjung Karang dan Sungai Besar yang merupakan kubu BN serta beberapa kawasan dimiliki PH iaitu Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat membuktikan penerimaan terhadap gabungan itu khususnya Pas tidak terhad di kawasan Pantai Timur sahaja.

    Untuk maklumat, semua Parlimen di Selangor yang ditawan gabungan baru itu pada PRU15 itu mempunyai 15 DUN, dan angka ini belum dicampur dengan yang masih dipegang wakil rakyat PN sedia ada seperti Bukit Antarabangsa, Gombak Setia, Selat Klang, dan Dengkil.

    โ€œIni juga belum diambil kira dengan perkembangan situasi semasa seperti kerjasama antara PH-BN, kemelut dalaman UMNO dan beberapa isu lain termasuk lantikan politik dalam jabatan dan agensi kerajaan, langkah yang ditentang oleh PH sendiri sebelum mereka menjadi kerajaan.

    โ€œSemua perkara ini akan memainkan peranan. 

    โ€œJika PH tidak berhati-hati, jangan terkejut sekiranya momentum PN meluas ke Selangor dan tidak mustahil mereka akan bentuk kerajaan,โ€ tambah penganalisis veteran itu.

    Tinjauan MalaysiaNow di beberapa kawasan luar bandar seperti di DUN Dusun Tua yang memiliki lebih 60% pengundi Melayu, menyaksikan ramai yang kurang yakin untuk mengundi parti mana pada PRN akan datang.

    Penduduk di Kampung Padang, Mohd. Akhir Dutan yang sudah menetap di kawasan itu selama 63 tahun, menceritakan bahawa DUN di situ sejak 1974 hingga 2013 menjadi kawasan kubu kuat UMNO, tetapi ia mula beralih kepada Pas sebelum jatuh ke tangan DAP pada 2018.

    Katanya, ramai dalam kalangan penduduk di situ dianggap sebagai penyokong UMNO, namun selepas parti Melayu itu kini bekerjasama dengan DAP, mereka ‘berat hati’ untuk pilih wakil rakyat daripada parti tersebut.

    โ€œSaya pun tidak hairan sekiranya pengundi di sini enggan keluar mengundi atau bakal memilih parti selain UMNO seperti Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),โ€ katanya kepada MalaysiaNow.

    โ€œKeadaan politik sekarang pun sangat mengelirukan. Dulu (UMNO) cakap lain, sekarang jadi lain. 

    โ€œSiapa sangka mereka akan kerjasama dengan PH, berkawan dengan parti yang sekian lama menjadi musuh mereka.โ€

    Sementara itu, penduduk di kerusi Parlimen Tanjung Karang, Farahin Adha mengakui pengaruh Tan Sri Noh Omar yang digugurkan oleh BN pada PRU15 masih kuat di kawasan itu.

    Katanya, kemungkinan peralihan undi yang berlaku pada PRU15 yang menyaksikan Parlimen Tanjung Karang beralih ke tangan PN juga mampu berulang pada dua DUN di bawahnya sekiranya desas-desus Noh menyertai atau membantu PN menjadi realiti.

    โ€œPengaruh Noh lebih kuat berbanding pengaruh BN di kawasan ini. 

    โ€œTetapi tengok juga keadaan, kerana kami akan perhatikan pelbagai pekara seperti isu kos sara hidup,โ€ katanya yang juga seorang peniaga.

  • Polis Thailand dedah syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia

    Polis Thailand dedah syabu, yaba banyak diseludup ke Malaysia

    KETUA Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Anuruth Imarb mendedahkan, syabu dan yaba merupakan antara dua jenis dadah yang paling banyak diseludup masuk ke Malaysia.

    Anuruth yang memaklumkan perkara tersebut dalam sidang akhbar di pejabatnya semalam berkata, semua dadah itu dipercayai dibawa masuk menggunakan pangkalan haram di sempadan Thailand-Malaysia di sepanjang Sungai Golok.

    Menurutnya, kerajaan Thailand amat bimbang dengan situasi tersebut kerana Narathiwat merupakan wilayah dan lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.

    “Kesemua dadah berkenaan dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas melalui sindiket-sindiket dadah sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini,” ujarnya.

    Beliau berkata, kejayaan terbesar yang telah direkodkan pihaknya setakat ini ialah pada 2 Julai dan 10 Ogos lalu melibatkan dadah seberat 2,000 kilogram (kg) di Sungai Golok.

    Tambahnya, rampasan itu melibatkan nilai berjumlah RM20 juta.

    Anuruth memberitahu, siasatan yang dilakukan mendapati kebanyakan pengedar bermula sebagai penagih.

    “Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla.

    “Polis Wilayah Narathiwat sentiasa mengatur pelbagai langkah untuk mencegah, menyekat dan menyelesaikan masalah dadah,” katanya, lapor Sinar Harian.

  • Maqis rampas 82 kotak akar teratai tercemar dari Singapura

    Maqis rampas 82 kotak akar teratai tercemar dari Singapura

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 820 kilogram (kg) sayur jenis akar teratai dicemari tanah di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri semalam.

    Menurut Maqis dalam satu kenyataan, memaklumkan hasil pemeriksaan oleh pegawai penguasa mendapati akar teratai dimuatkan dalam 82 kotak bernilai RM7,000 itu dibawa masuk dari Singapura.

    Jabatan berkenaan memberitahu, pemeriksaan terhadap sebuah lori yang membawa pelbagai jenis sayur-sayuran pada pukul 2.50 petang itu, telah menemukan muatan 1,060 sayur jenis akar teratai dan mendapati sebanyak 820kg sayur tersebut dicemari dengan tanah.

    “820kg sayur tersebut dimuatkan di dalam 82 kotak sayur bertanah yang disorokkan di bahagian bawah dan ditindih menggunakan kotak sayuran yang bersih bagi mengaburi mata pegawai pemeriksa dan telah ditahan,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

    Tegasnya, mengimport produk pertanian dengan kehadiran perosak adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

    Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

  • Remaja dikhuatiri lemas dihanyut ombak

    Remaja dikhuatiri lemas dihanyut ombak

    SEORANG remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak ketika bermandi-manda bersama tiga rakannya di pantai Kampung Gatas Bekenu, Miri semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Shahrizan Amani Sepawi, 17, manakala rakannya yang hampir lemas sempat diselamatkan orang kampung.

    โ€œDua lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

    โ€œKita menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6 petang.

    โ€œBomba dan polis memulakan operasi pencarian di sekitar tepi pantai dengan bantuan orang kampung dalam radius 1km, namun mangsa gagal ditemui,โ€ katanya menurut laporan Berita Harian, hari ini.

    Beliau berkata, operasi terpaksa ditangguhkan pada 8.35 malam tadi disebabkan keadaan gelap dan berbahaya.

    Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

  • Tiga sekeluarga terkandas di Sudan selamat tiba di Malaysia

    Tiga sekeluarga terkandas di Sudan selamat tiba di Malaysia

    SEORANG ibu warganegara Malaysia bersama dua anaknya yang terperangkap diย wilayah Al Gaza, Sudan ekoran konflik di negara itu, selamat kembali ke tanah air hari ini selepas 22 hari terkandas.

    Junaidah Selamat, 49, dan dua anaknya Mohamad Ashraf, 18, dan Juliana Ashraf, 23,  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menerusi penerbangan Saudia SV842 yang mendarat pukul 4.15 pagi tadi. 

    Namun malangnya, suami beliau yang merupakan warganegara Sudan, Ashraf Gasim Elsimd, 54 masih terkandas di Port Sudan kerana tidak memiliki pas residen Arab Saudi.

    โ€œDia (suami) kini berada di Port Sudan dan Alhamdulillah dalam keadaan selamat kerana telah keluar dari Khartoum yang masih tegang. Saya harap urusannya (untuk kembali ke Malaysia) dipermudahkan dan kami sekeluarga dapat bersatu semula,โ€ katanya kepada media sejurus tiba di KLIA dan disambut pegawai Wisma Putra.

    Pertempuran antara Angakatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus di Khartoum dan kawasan sekitar pada 15 April lepas telah mengorbankan lebih 500 orang, dengan lebih 5,000 cedera serta lebih 100,000 penduduk dipaksa melarikan diri ke negara jiran.

    Junaidah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan, pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, kerajaan Arab Saudi, Kedutaan Besar Pakistan di Sudan serta semua pihak yang membantu membawa beliau dan anak-anak agar selamat keluar dari Khartoum.

    Berkongsi pengalaman di Sudan, anak kelahiran Jeram, Selangor itu berkata sebelum pertempuran berlaku pada 15 April lepas, suaminya mengambil anak-anak dari sekolah dan menyatakan peperangan akan berlaku.

    โ€œMasa itu saya merasakan ia adalah perkara biasa kerana memang biasa berlaku demonstrasi di Sudan. Tetapi pada hari kedua (16 April) ketika bangun untuk solat Subuh kedengaran bunyi tembakan dan tembakan dari kereta kebal sehingga rumah kami bergegar malah peluru-peluru mula memasuki kediaman,โ€ kata ibu kepada empat anak itu.

    Junaidah berkata selepas itu situasi kian meruncing sehingga bekalan elektrik terputus, barang keperluan terutama air minum tiada lagi dijual sehingga orang awam kini mengambil kesempatan untuk memecah masuk rumah dan kedai mencuri harta dan makanan.

    โ€œCOVID-19 lebih baik dari peperangan kerana peperangan ini antara hidup dan mati. Kalau sakit tidak boleh ke hospital kerana semuanya telah ditawan tentera untuk dijadikan markas. Bangunan am lain seperti sekolah juga dijadikan penempatan tentera. Kalau nak keluar beli makanan, ada sekatan askar dan mereka suruh patah balik kalau tak dengar cakap, akan kena tembak,โ€ katanya.

    Junaidah berkata selepas enam hari beliau mendapat maklumat dari kakaknya di Malaysia menyatakan Wisma Putra menjalankan proses evakuasi rakyat Malaysia keluar dari Sudan, namun sudah terlambat kerana namanya tidak dipanggil kerana tidak berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

    โ€œOleh itu anak saya yang berada di Malaysia, Ahmad Ashraf, 25 memaklumkan kepada Wisma Putra dan kemudian diberi nombor telefon untuk dihubungi di Sudan. Selepas Kedutaan Besar Malaysia di Sudan menjawab e-mel saya. Kebetulan saya memang kena balik Malaysia pada September sebab pasport perlu diperbaharui,โ€ katanya.

    Selepas itu, beliau berkata Wisma Putra memaklumkan untuk pergi ke Port Sudan namun perjalanan itu mendebarkan kerana setiap 10 minit ada sekatan jalan oleh tentera namun perjalanan itu dipermudahkan dengan penyediaan dokumen-dokumen.

  • Dua remaja 17 tahun maut motosikal bertembung

    Dua remaja 17 tahun maut motosikal bertembung

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    DUA remaja maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi pukul 8.40 malam tadi .

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, insiden melibatkan dua mangsa masing-masing berusia 17 tahun itu melibatkan motosikal Yamaha Y15 ZR dinaiki mangsa dengan satu lagi motosikal jenis sama.

    “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dua remaja terbabit datang dari arah Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5.

    “Semasa sampai di jalan utama Felda Air Tawar 4, motosikal dua mangsa tersebut hilang kawalan dan bertembung dengan satu lagi motosikal Y15 ZR tersebut secara berdepan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Akibat kemalangan tersebut katanya, kedua-dua remaja tersebut cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Menurut Hussin, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui kejadian sebenar.

    “Orang awam dinasihatkan supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” ujar beliau.

    Terdahulu, tular perkongsian dalam Facebook Orang Kota Tinggi berhubung kemalangan maut di jalan masuk Felda Air Tawar 4 itu yang membabitkan dua penunggang motosikal.

    Dalam hantaran itu mendakwa kawasan kemalangan itu sudah beberapa hari bergelap akibat lampu jalan yang tidak hidup.

    “Semoga dipermudahkan segala urusan dan salam takziah buat keluarga arwah,” tulisnya.

  • Dakwaan MP ambil air dari pili bomba untuk bekal air bersih disiasat

    Dakwaan MP ambil air dari pili bomba untuk bekal air bersih disiasat

    TINDAKAN murni seorang ahli Parlimen Pas membekalkan sumber air dari pili bomba di sebuah kawasan di Rantau Panjang, Kelantan yang mengalami gangguan bekalan air bersih, mengundang masalah.

    Ini kerana Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyiasat dakwaan penggunaan air daripada pili bomba tersebut.

    Menterinya, Nga Kor Ming berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya dengan sengaja mengambil air daripada pili bomba kerana fungsi utamanya adalah bagi membantu pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api dalam insiden kebakaran.

    โ€œKita akan siasat perkara ini sama ada ia benar-benar berlaku (atau sebaliknya). Dan sebarang tindakan kita akan ambil mengikut lunas undang-undang,โ€ katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Larian Bersama Bomba Malaysia Madani di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, dekat Ipoh, malam tadi.

    Program yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia itu disertai 3,500 peserta dalam kalangan anggota bomba dan orang awam.

    Pada masa sama, Kor Ming turut menyifatkan tindakan menyalahgunakan pili bomba itu sebagai kurang sesuai dan tidak bertanggungjawab selain meminta untuk mana-mana wakil rakyat menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat.

    Malah beliau menggesa dan berharap agar Kerajaan Kelantan dapat menyelesaikan isu bekalan air bersih di negeri itu segera.

    โ€œIni sepatutnya tidak berlaku kerana kegunaan pili bomba adalah untuk tujuan kecemasan. Jika semua orang gunakan air daripada pili bomba (untuk kegunaan sendiri), dan pada masa sama kalau berlaku situasi kebakaran macam mana?

    โ€œOleh sebab itu saya harap semua pemimpin masyarakat dan ahli parlimen untuk menunjukkan contoh baik, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

    โ€œJangan cuba untuk mengambil air daripada pili bomba kerana saya berpandangan tindakan itu kurang sesuai dan kurang bertanggungjawab,โ€ ujarnya lagi, lapor Astro Awani.

    Kor Ming mengulas berkenaan tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Zailah Mohd. Yusuff yang didakwa menghantar bekalan air di kawasan yang terjejas dengan menggunakan air daripada pili bomba.

    Berdasarkan laporan berita daripada portal Harakahdaily, Zailah dilaporkan berkata pihaknya menyediakan lori tangki yang mana sumber airnya diambil daripada pili bomba sebelum dihantar ke kampung yang mengalami masalah bekalan air bersih.

    Dalam laporan bertarikh 20 April itu, Zailah berkata perkara itu dilakukan sebagai memenuhi keperluan bekalan air untuk penduduk menyambut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasanya.