Author: Bernama

  • Koperal polis hadapi 3 tuduhan terima rasuah RM2,000

    Koperal polis hadapi 3 tuduhan terima rasuah RM2,000

    SEORANG anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang lelaki, tahun lepas. Abdul Wahab Musa, 57, yang bertugas di Bahagian Operasi dan Cegah Jenayah, Balai Polis Kuala Bera, Bera didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk…

  • Saya bukan ibu saudara Jho Low, kata bekas setiausaha syarikat 1MDB

    Saya bukan ibu saudara Jho Low, kata bekas setiausaha syarikat 1MDB

    BEKAS setiausaha syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Goh Gaik Kim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau bukan ibu saudara ahli perniagaan yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low. Goh, 54, yang merupakan setiausaha syarikat 1MDB dari 31 Mac 2011 hingga 1 April 2016 menafikan dakwaan beliau mempunyai sebarang hubungan…

  • Kes solar hibrid: Nasib Rosmah diketahui 7 Julai

    Kes solar hibrid: Nasib Rosmah diketahui 7 Julai

    KEPUTUSAN dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor terhadap pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak akan diketahui pada 7 Julai ini. Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes berkenaan hari ini. “Kita telah sampai ke penghujung kes ini dan sudah tiba masa…

  • Hasrat ikut  jejak ibu dalam bidang perniagaan tidak kesampaian

    Hasrat ikut  jejak ibu dalam bidang perniagaan tidak kesampaian

    HASRAT  seorang daripada lima pelajar yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi untuk mengikut jejak ibunya dalam bidang perniagaan tidak kesampaian. Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang beralamat di Batu Caves, Selangor adalah pelajar semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan…

  • Korea Utara sahkan kes pertama COVID-19

    Korea Utara sahkan kes pertama COVID-19

    KOREA Utara pada Khamis mengesahkan kes COVID-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun, lapor Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). Media kerajaan berkata, sampel telah dikumpul daripada sekumpulan pesakit pada Ahad dan mengesan terdapatnya jangkitan melibatkan subvarian Omicron dikenali BA.2. Menurut KCNA, ia sebagai “insiden kecemasan negara paling buruk.” – BERNAMA

  • [VIDEO] Pesawat penumpang terhempas dalam hutan

    [VIDEO] Pesawat penumpang terhempas dalam hutan

    SEBUAH pesawat membawa 11 penumpang dilaporkan terputus hubungan pada Rabu malam sebelum pesawat itu ditemukan di hutan berhampiran Nanga Eboko, di Cameroon, lapor Xinhua. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Cameroon Jean Ernest Ngalle Bibehe dalam satu kenyataan. “Pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi pesawat ditemukan untuk memberikan bantuan,” kata Bibehe. Pesawat itu dalam perjalanan…

  • Rumah dipecah masuk, ejen insurans rugi RM100,000

    Rumah dipecah masuk, ejen insurans rugi RM100,000

    SEORANG ejen insurans mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila kediamannya di Bandar Baru Tambun di Ipoh dipecah masuk. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman berkata, mangsa seorang wanita berusia 39 tahun menyedari rumahnya dipecah masuk selepas pulang daripada bercuti petang semalam. “Mangsa bersama ibu serta adik perempuan dan anaknya meninggalkan rumah dalam keadaan baik…

  • Suami isteri maut dalam kemalangan di Gerik

    Suami isteri maut dalam kemalangan di Gerik

    SUAMI  isteri maut manakala dua anak mereka cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Azmi Imas, 47, dan isterinya Rohani Abdullah, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berusia…

  • Hishammuddin lulus permohonan UKSB laksana khidmat sistem visa – Saksi

    Hishammuddin lulus permohonan UKSB laksana khidmat sistem visa – Saksi

    MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) ‘One Stop Center’ di China untuk tempoh konsesi selama tujuh tahun. Bekas Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri…

  • Lelaki dipenjara 12 hari halang tugas polis iring konvoi TYT Sarawak, pandu secara berbahaya

    Lelaki dipenjara 12 hari halang tugas polis iring konvoi TYT Sarawak, pandu secara berbahaya

    SEORANG pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jumaat lepas. Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda…