Author: Bernama
-
Bukan Jho Low yang lantik saya – Bekas setiausaha syarikat 1MDB
BEKAS setiausaha syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pelantikannya dalam 1MDB dibuat atas kelulusan lembaga pengarah (BOD) dan bukan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Lim Poh Seng, 51, berkata pelantikannya bukan dibuat oleh mana-mana individu tetapi secara kolektif oleh BOD. Saksi pendakwaan…
-
Shafee sembunyi ‘identiti’ wang RM9.5 juta diterima daripada Najib
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cuba menyembunyikan ‘identiti’ wang berjumlah RM9.5 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pinjaman, sedangkan wang tersebut adalah bayaran khidmat guaman kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar, 37,…
-
Kes penemuan janin: Pasangan kekasih ditahan
POLIS menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes penemuan janin di dalam tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak di Kuala Lumpur Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki dan wanita berusia 27 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, di Kuala Lumpur pada 12.15 tengah malam…
-
Siasatan Hakim Nazlan: Permohonan rujuk persoalan undang-undang didengar 23 Jun
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan dua peguam dan seorang aktivis bagi merujuk dua persoalan undang-undang berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, ke Mahkamah Persekutuan. Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini yang dihadiri peguam…
-
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan 13 kenderaan
SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah treler yang mengalami masalah brek di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di Nibong Tebal semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Lee Chong Chern berkata, kemalangan pada kira-kira 6.20 petang itu mengakibatkan Tang Hai Kok, 46, yang…
-
Warisan tidak mahu jadi ‘kroni’ parti lain – Shafie
PENGUKUHAN Parti Warisan (Warisan) perlu dijadikan fokus utama sebelum melaksana sebarang kerjasama dengan parti lain antaranya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata, ini penting bagi memastikan Warisan tidak dilihat menjadi ‘kroni’ sesebuah parti atau memperkukuh parti lain dalam kerjasama itu, sebaliknya ia perlu dilihat mampu berdiri…
-
Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA
PENELITIAN semula kadar elaun pelajar luar negara tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibuat berdasarkan kos yuran pengajian, lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Memberi jaminan laporan penelitian semula itu akan disegerakan, Mahdzir berkata, proses itu sedang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi suatu kajian…
-
PAS kekal sokong RUU Anti Lompat Parti
PAS kekal dengan pendirian menyokong Rang Undang-undang Anti Lompat Parti, kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata, sebelum ini juga, Kelantan di bawah pentadbiran PAS telah meluluskan enakmen anti lompat parti di negeri itu, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung. “Secara dasarnya kita bersetuju dengan RUU ini cuma dari segi teknikal sahaja ia…
-
Hantar surat terus kepada Zahid supaya cepat proses lanjut kontrak UKSB
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menghantar surat-surat berkaitan pelanjutan kontrak secara terus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya proses dapat disegerakan. Pengarah UKSB, Datuk Fadzil Ahmad berkata, jika surat-surat berkenaan diserahkan kepada pegawai bawahan, pihaknya khuatir proses lanjutan kontrak…
-
Tiga termasuk anggota keselamatan maut dalam letupan bom
SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden letupan bom yang menyasarkan pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu, Somalia pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA). Jurucakap polis Somalia, Abdifatah Adan Hassan ketika dihubungi AA berkata, dua anggota keselamatan antara yang maut dalam serangan di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde…