TAN Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau bersedia disiasat oleh pihak berkuasa sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan beliau menerima dana daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bila-bila masa.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara itu tidak perlu dibahaskan lagi kerana sudah membuat kenyataan sebelum ini sedia disiasat selepas seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Muhyiddin turut menerima dana daripada syarikat berkenaan.
Mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan kenyataan beliau berhubung tarikh beliau berada di luar negara, Muhyiddin pada sidang media selepas majlis #Ruang Belia Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur berkata,;;
‘’Dia bukan hakim..elok dia manage problem dia…saya dah selesai buat satu kenyataan…saya tak nak tokok (tambah) lagi dalam majlis ni..kenyataan saya begitu dan saya sudah sebut juga contoh satu dua tarikh itu yang dikatakan kononnya oleh pihak yang memberi sogokan itulah tarikhnya..yang itu saya kata saya tak ada di sini ..saya sebut itu.,’’ katanya.
Pada 17 Jun lalu, Astro Awani melaporkan, Peguam mewakili Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Muhyiddin pernah menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 pada 4 Julai 2018; serta RM500,000 pada 23 Ogos 2018.
Perkara itu dimaklumkan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun berdasarkan buku lejar syarikat terbabit.
David Tan yang juga merupakan saksi pendakwaan ke-17 itu menyatakan, terdapat kod nama ‘TSM’ yang merujuk kepada Muhyiddin serta ‘Team Pagoh’ yang merupakan kod nama bagi projek.
Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan saksi itu dibuat, Muhyiddin dalam satu kenyataan dengan tegas menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan sedia disiasat oleh pihak berkuasa.
Mengulas lanjut Muhyddin yang juga Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau sudah membuat kenyataan jelas berhubung pendiriannya berkaitan dakwaan itu.
‘’Saya nak minta tak perlu dibahas lagi …saya pun sudah buat kenyataan yang agak jelas …dah ada orang report polis biar polis siasat ..kalau SPRM nak panggil saya pun, boleh panggil sayatak takut ..kerana saya cakap yang benar ..saya dah buat kenyataan..tak kan saya nak paksa mereka ‘datanglah’.
‘’Saya cakap benar…saya tak pernah bohong…itu orang nak komen masing-masing punya komenla..tapi yang penting saya tak rasuah, saya tak terima apa-apa pun , tetapi kalau orang lain kata itu…itu hal dia lah…kalau nak sah benar atau tidak benar, saya dah kata saya sedia disiasat..sekarang pun esok pun boleh bila-bila masa datang…dah buat report polis…buat la banyak2 polis kena siasat la,’’ katanya.
Mengulas kenyataan Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa Bersatu tidak menerima wang RM1.3 juta, Muhyiddin berkata;
‘’Dia tak boleh andai..statement itu macam andai saya terima dan saya tak serah kepada parti….itu tak ada kaitan..ini tuduhan yang mengatakan saya terima …Tun jawab sebab waktu itu dia jadi Pengerusi (Bersatu) …saya tak nak komen itulah..hakikat yang betul yang katakan itu …serah kepada pihak berkuasa…apa orang lain kata tidak penting..’’
Leave a Reply