* Kajilah dulu sebelum ‘serang’ Muhyiddin
TT gelak guling-guling bila tengok penyokong kuat pemimpin tertentu yang bertungkus lumus mahu mempertahankan ‘boss’ mereka. Macam-macam mereka buat dan paling kelakar, ada yang kononnya nak ‘start’ momentum bagi melancarkan ‘serangan’ ke atas Muhyiddin Yassin.
‘Serangan’ itu termasuklah mempersoalkan apa Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin buat dalam usaha memulihkan negara. TT tak tergamak nak kata bukan-bukan kat orang tak cerdik yang bangkit soalan itu.
Cuma TT nak minta orang yang tanya soalan tu, buatlah sikit kajian kalau pun nak ‘serang’ Muhyiddin.
Semasa menjadi PM lagi, Muhyiddin telah melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Malaysia tidak akan berada dalam sekarang jika tiada perancangan teliti dilakukan oleh Kerajaan PN yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pagoh itu.
Tindakan pantas Muhyiddin mengarahkan supaya tempahan vaksin dilakukan lebih awal dan pelancaran Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) telah memungkinkan negara kini hampir bebas daripada pandemik Covid-19.
Negara kini sedang menuju fasa endemik …itu semua hasil usaha Muhyiddin ketika beliau menjadi PM dan sampai sekarang semua yang beliau susun melalui PPN sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
Dalam MPN pula, Muhyiddin sudah mengusulkan pelbagai cadangan kepada kerajaan, paling memberi impak ialah pembukaan sempadan. Melalui langkah itu, ia telah membolehkan semua sektor dibuka sekaligus memulihkan pendapatan rakyat yang terjejas akibat Covid-19.
Satu lagi ialah MPN juga meminta kerajaan merangka inisiatif bagi membantu sektor pelancongan. Ada banyak lagi kerja yang sudah dilakukan oleh MPN, hanya puak yang ‘butakan mata dan pekakkan telinga’ sahaja yang buat-buat tak tahu.
Seperkara lagi, TT nak cakap kat puak-puak tu, MPN hanya mencadangkan kepada kerajaan langkah-langkah pemulihan untuk negara selepas pandemik Covid-19, sama ada kerajaan nak ikut atau tidak, itu urusan kerajaan.
Jadi daripada dok persoal apa yang Muhyiddin buat dalam MPN, kenapa tidak tanya kerajaan adakah semua syor yang dikemukakan oleh majlis itu sudah dilaksanakan oleh kerajaan. Itu lagi berfaedah.
TT nak nasihatkan mereka yang ‘serang’ Muhyiddin…lupakanlah strategi tu, ia tak ke mana, percayalah..
*Apa salahnya Tengku Zafrul,Dzulkifli bertanding?
PUAK-puak dalam UMNO dok kecoh pasal Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz nak jadi calon PRU-15.Walaupun tuan punya badan tak kata apa-apa tapi spekulasi sudah bertebaran, Menteri Kewangan itu nak tanding dalam pilihan raya tersebut.
Sekarang ini, Tengku Zafrul ke hulu ke hilir cari kawasan nak tanding. Beberapa bahagian dah menolak. Setakat ni nampak UMNO Sungai Besar sahaja terima beliau tapi soal dapat jadi calon atau tidak, pucuk kepimpinan UMNO akan tentukan.
Cuma yang TT persoalkan, kenapa susah sangat bahagian-bahagian UMNO nak terima Tengku Zafrul. Beliau bukan calang-calang orang. Beliau adalah Menteri Kewangan dan mempunyai latar belakang ekonomi serta kewangan cukup hebat, untung kalau beliau jadi calon UMNO.
Tetapi perangai sesetengah pemimpin UMNO ni ‘buruk’, mereka tak boleh ada orang yang lebih pandai sebab masing-masing pentingkan survival politik sendiri. Kalau mereka betul-betul fikir pasal mahu memperkukuhkan dan memperkuatkan parti, tak ada masalah kalau orang macam Tengku Zafrul nak bertanding.
Macam tu juga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad yang khabarnya berhasrat nak bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Beliau pun bukan calang-calang orang kerana mempunyai latar belakang undang-undang yang hebat dan mempunyai integriti tinggi.
Beliau nak bertanding di kampung beliau, nak berbakti kepada orang kampung selepas sekian lama berada di luar demi tugas dalam kerajaan, jadi berilah peluang. Tak kan hanya orang politik sahaja boleh jadi calon.
TT pun tahu juga sekarang ni di peringkat bawa UMNO semakin rancak perebutan nak menjadi calon PRU-15…sampai ada sesetengah kawasan tu sampai 13 orang nak satu kerusi tu..kerusi mana biarlah rahsia.
Yang pasti perebutan tengah rancak, soal integriti yang membelenggu pemimpin-pemimpin atasan dah tak peduli yang penting dapat watikah untuk jadi calon. Sebab itulah sekarang ni kita tengok mana ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani tegur kepemimpinan, semua dah ‘menikus’..takut tersilap cakap..nama tercicir.
Leave a Reply