penagih pisau lelaki dadah new malaysia kanak-kanak jerut polis mati lelaki pelajar senior janin penumpang wanita Bangladesh bunuh suami isteri tahun dadah suspek mayat lelaki sindiket dadah antarabangsa polis ganja pengawal keselamatan individu pegawai polis maut motosikal UMNO Mersing lapan sayyaf OKT parit lelaki air parang ketum 350 tahanan beg dadah ganja bayi kepala kereta bahaya rusuhan saman mengamuk dipukul bertubi-tubi sindiket pelaburan pusat jagaan rakan ipar OCS rokok bomoh wanita polis bilik hubungan intim

Suami isteri direman peras ugut video lucah

PASANGAN suami isteri antara tiga yang ditahan reman selama tiga hari selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pemerasan video lucah menggunakan media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, semua suspek berusia antara 23 hingga 39 tahun direman selama tiga hari sehingga Sabtu ini susulan dua laporan melibatkan kes pemerasan video lucah di Marang.

Menurut beliau, mereka sebelum ini direman empat hari untuk siasatan berkait laporan polis diterima di daerah Kuala Terengganu.

Katanya, hari ini, suspek diserahkan kepada polis Marang untuk siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kesemua suspek sebelum ini ditahan pasukan khas iaitu Op Cantas VC di Kedah pada Sabtu lalu.

“Penahanan mereka susulan laporan polis yang diterima pada 11,13 dan 20 April lalu berkaitan pemerasan video lucah dengan satu kes berlaku di Kuala Terengganu manakala dua lagi di Marang,” ujarnya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu menahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pemerasan video lucah menggunakan media sosial.

Siasatan mendapati sindiket yang baharu bermula tahun ini dipercayai menggunakan media sosial seperti Michat, WeChat dan sebagainya untuk memperdayakan mangsa yang berusia antara 28 hingga 39 tahun untuk membuat panggilan video lucah sebelum memeras ugut mereka.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *