PENYANYI legenda India, Lata Mangeshkar yang disahkan positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai.
Dr Pratit Samdhani yang merawat penyanyi berusia 92 tahun itu berkata, Lata akan terus berada di situ antara 10 hari hingga 12 hari
“Selain Covid, dia juga menderita paru-paru berair,” katanya seperti dilaporkan oleh agensi berita ANI.
Semalam, anak saudara Lata, Rachna Shah mengesahkan , penyanyi itu ‘semakin pulih’ dan ‘stabil’.
Bercakap kepada media, Rachna menggambarkan Lata seorang yang ‘pejuang’ dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan penyanyi itu.
Pada September 2019, Lata pernah dirawat di hospital selepas mengadu sukar bernafas.
Leave a Reply