Perikatan Nasional muhamad al afiz yahya

Apa kata calon-calon Perikatan Nasional dalam Facebook?

Tawaran Perikatan Nasional Buat Rakyat Melaka

๐ŸŒ• Kepimpinan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab.

๐ŸŒ• Pengurusan saluran bencana banjir diuruskan dengan lebih efektif.

๐ŸŒ• Program pembinaan akhlak anak muda.

๐ŸŒ• Aduan Rakyat dibawa dan diambil tindakan sebaiknya.

๐ŸŒ• Bantuan kepada rakyat disalurkan secara adil dan bersabar.

๐ŸŒ• Pentadbiran yang menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

MUHAMMAD AL AFIZ YAHYA

Calon Perikatan Nasional bagi DUN Bukit Katil

perikatan nasional dr nor dina abdul latif
Gambar: Facebook Dr Nor Dina Abdul Latif

Meneruskan usaha memastikan kesihatan masyarakat Ayer Limau di titikberatkan menerusi pemeriksaan kesihatan.

Selesai bersarapan di Kedai Kak Sharipah Aini saya terus ke rumah Puan Sorah bt Jidin isteri mantan JKKK Kampung Paya Lebar untuk memeriksa kesihatan.

Kemudian saya singgah di Kedai Makan Fauzi di Paya Lebar untuk menyambung khidmat kesihatan kepada masyarakat. Terus saya memeriksa kesihatan mereka di kedai bagi memudahkan mereka.

Seterusnya masih di paya lebar saya terus pemeriksaan kesihatan di rumah kak Minah bt Tamu dan rumah kak Ramlah bt Jantan.

Saya juga kesempatan untuk singgah berjumpa dengan ahli Amanah Ikhtiar Paya Lebar dan bertanya khabar mereka.

DR NOR DINA ABDUL LATIF

Calon PN bagi DUN Ayer Limau

Mohamad ridzwan mustafa PRN melaka
Gambar: Facebook Ridzwan Mustafa

Dapat menyantuni peniaga-peniaga kedai runcit di Pantai Puteri.. Bertanya khabar dan mendengar keluhan peniaga pada musim pandemik ni.. Semoga semuanya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

MOHAMAD RIDZWAN MUSTAFA

Calon PN bagi DUN Pantai Kundor

Abu Hashim Abduil Samad PRN Melaka
Gambar: Facebook Abdu Hashim Abdul Samad

Alhamdulillah..

Selesai solat subuh berjemaah, kita ngeteh sikit dengan ahli qariah Masjid An Nur Padang Lalang Air Pa’abas mendengar isu orang kampung.

Alhamdulillah jemaah meriah dengan solat berjemaah.

Musim-musim Covid-19 ini, selain mengambil vaksin, mengambil tanggungjawab memenuhkan masjid dengan solat berjemaah adalah Vaksin utama yang akan membantu kita mendepani wabak berjangkit ini.

Jaga diri rakyat Taboh Naning!

Jaga SOP!

Cikgu Abu Hashim Sayang semua.

‘Kepimpinan Bersih & Berintegriti’

ABU HASHIM ABDUL SAMAD

Calon PN bagi DUN Taboh Naning


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *