YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet menerusi sidang video di Istana Negara pagi tadi.
Istana Negara dalam hantaran Facebook memberitahu, sesi hari ini berlangsung selama 30 minit bermula pukul 8.30 pagi.
Sesi hari ini juga adalah yang pertama kali bagi Ismail Sabri sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.
Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Ismail Sabri mula menjalani kuarantin kendiri sejak Isnin lalu setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.
Leave a Reply