Menurut sumber, individu berusia 20 tahun itu telah memberi rasuah berjumlah RM2,500 kepada seorang anggota polis di sekatan jalan raya snap check, susur Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Jalan Bakar Batu di sini pada 5 Ogos lepas.
“Individu itu ditahan selepas dilihat mencurigakan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan, lelaki berkenaan memberikan wang rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan tangkapan ke atasnya yang disyaki menjadi ejen aktiviti pemerdagangan manusia,” katanya.
Sehubungan itu, individu terbabit ditahan pada 1 tengah hari tadi di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu. – BERNAMA
Leave a Reply