Tag: Tuan Ibrahim Tuan Man
-
Dakwaan PN mahu tukar ketua pembangkang tak betul, kata Tuan Ibrahim
DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan sebuah portal kononnya Perikatan Nasional (PN) akan menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang gabungan itu di Dewan Rakyat. “Tak betul,” kata ahli Majlis Tertinggi PN itu ringkas dalam mesej WhatsApp kepada Free Malaysia Today, merujuk laporan Malaysia Gazette bahawa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan…
-
Bersatu bukan liabiliti kepada PN, kata Tuan Ibrahim
TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendakwaan terpilih bermotifkan politik terhadap pemimpin Bersatu hanya bertujuan merosakkan integriti Perikatan Nasional (PN) yang kekal mendapat sokongan rakyat. Beliau menegaskan, Pas sehubungan itu tidak melihat sekutunya di dalam gabungan PN sebagai liabiliti, walaupun pemimpin utamanya, termasuk Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan kes…
-
Pemimpin utama PN tak hadir sesi PMQ bukan isu – Tuan Ibrahim
TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ketiadaan kelibat tiga pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) tidak perlu dijadikan isu. Menurut bekas menteri alam sekitar dan air itu, ramai yang tersilap faham keperluan hadir semasa sesi PMQ yang ditetapkan pada setiap Selasa itu.…
-
Peruntukan pembangkang: PN akan runding dengan TPM – Tuan Ibrahim
DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam masa terdekat berhubung status peruntukan pembangkang. Menurut Timbalan Presiden Pas itu, PN sudah melantik tiga Ahli Parlimen untuk membuat rundingan itu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk…
-
Selaraskan tugas agensi penguat kuasa jalan raya – Tuan Ibrahim
SEORANG Ahli Parlimen Pembangkang menggesa kerajaan menyelaras tugas agensi penguatkuasaan jalan raya supaya tidak berlaku pertindihan tugas di kalangan agensi berkenaan. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, ketika ini terdapat pelbagai agensi penguatkuasa berkaitan jalan raya. “Kita dapati terdapat banyak agensi, daripada pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar di…
-
Pembangkang Pahang setuju RUU Antilompat Parti dibentang di DUN
PEMBANGKANG di Pahang bersetuju agar Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada Mei ini. Ketua Pembangkang DUN Pahang Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga mencadangkan sesi taklimat dan perbincangan antara kedua-dua pihak dapat diadakan sebelum persidangan berlangsung, supaya mereka dapat meneliti RUU itu. “Saya ingin…
-
Pas seru pemimpin UMNO digantung, dipecat buat pendirian – Tuan Ibrahim
DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan pemimpin UMNO yang sudah dipecat atau sedang menjalani hukuman gantung keahlian selama enam tahun supaya tidak menunggu untuk ditendang parti itu baru lah hendak menyambung perjuangan mereka. Jelas Timbalan Presiden Pas itu, kekuatan mereka selaku ‘orang lama politik’ sia-sia apabila bersendirian, sebaliknya Perikatan Nasional (PN) mengiktiraf masing-masing cukup…
-
Pindah lapangan sasar ke kawasan selamat, kata Tuan Ibrahim
KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) dicadang memindahkan lapangan sasar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kampung Penor, Kuantan, ke kawasan yang lebih strategik dan selamat. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, pemindahan lapangan sasar tersebut bertujuan mengelakkan menjadi ancaman kepada penduduk. “Isu yang saya nak bangkitkan berhubung satu lapangan sasar TUDM di Kampung Penor,…
-
Muafakat Nasional belum mati lagi, cuma ‘pengsan’ – Tuan Ibrahim
TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan parti itu dan UMNO masih bernyawa sungguhpun dalam keadaan “pengsan” ketika ini. Beliau berkata, walaupun dua parti itu dalam kerangka politik berbeza, mereka perlu bersama “menyatukan umat Islam”. Memetik wawancara Free Malaysia Today, Tuan Ibrahim berkata MN tidak patut dilihat…
-
Kes Muhyiddin tuduhan terpilih tutup isu UMNO dan RoS, kata Tuan Ibrahim
PENDAKWAAN terbaharu terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘tuduhan terpilih’, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Dakwa beliau, tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu juga adalah bagi menutup isu berlaku dalam UMNO yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). “Jadi isu ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menutup…