Tag: terengganu
-
Lima negeri diramal hujan hingga Rabu – MetMalaysia
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah hingga Rabu ini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.05 tengah malam tadi, MetMalaysia meramalkan hujan berterusan di Terengganu iaitu di Dungun dan Kemaman serta di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin. Selain itu, MetMalaysia turut menjangkakan keadaan cuaca…
-
Peja, Skuad Prihatin Bersatu agih bantuan lebih 400 keluarga mangsa banjir
LEBIH 400 keluarga yang tinggal di empat kampung di Permaisuri, di Setiu yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, menerima agihan bantuan keperluan harian yang disampaikan Skuad Prihatin Bersatu, semalam. Empat kampung yang terlibat adalah Kampung Besut, Kampung Hulu Seladang, Kampung Padang dan Kampung Che Long. Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris,…
-
Buka ‘klinik gigi’ di bilik hotel, suri rumah mengaku tak salah
SEORANG suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di sini, dua tahun lepas. Tertuduh Norazia Abdul Rahman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nazlyza Mohd Nazri. Wanita itu dituduh menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di…
-
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sarawak bermula hari ini hingga 4 Jan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari ini MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. Hujan berterusan juga diramal di beberapa kawasan di…
-
Penduduk terjejas banjir di 3 negeri meningkat, angka terkini 33,856 orang
JUMLAH mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini menjadikan angka terkini mangsa di negeri yang terjejas banjir di seluruh negara seramai 33,856 orang. Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu pula berkurangan manakala Johor kekal merekodkan seramai 32 orang. Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa…
-
Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat iklim ketika ini
BELUM ada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat iklim ketika ini susulan beberapa negeri terjejas teruk akibat banjir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata untuk mengisytiharkan darurat iklim, beberapa proses dan penilaian tertentu perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi keputusan dibuat apabila tiba masanya. “Buat masa ini belum ada keperluan isytihar Darurat…
-
Kejadian banjir antara terburuk di Terengganu?
HUJAN lebat yang mencurah secara berterusan di negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu sejak beberapa hari lalu kini mulai reda. Di beberapa kawasan menyaksikan taburan hujan telah berkurangan sejak dua hari lalu dan pada pagi ini cahaya matahari sudah mula kelihatan bersinar di sebelah ufuk timur. Namun begitu, perkembangan ini bukan bermakna kejadian banjir ketika musim…
-
Penduduk terjejas banjir di Terengganu, Pahang meningkat
JUMLAH mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Pahang terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Kelantan semakin berkurangan setakat 8 pagi ini. Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini.…
-
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak meningkat
JUMLAH mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak mencatatkan peningkatan malam tadi manakala di Johor kekal seperti petang semalam sepasukan. Di KELANTAN, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,642 orang daripada 1,679 keluarga malam tadi berbanding 3,320 orang daripada 975 keluarga pada sebelah petang. Menurutnya, sebanyak 58 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka…
-
Banjir: 1,806 penduduk empat negeri termasuk Johor terjejas bencana
JUMLAH mangsa banjir di Kelantan dan Pahang merekodkan peningkatan petang ini, manakala Segamat menjadi daerah pertama di Johor dilanda bencana itu. Setakat 4 petang tadi, mangsa banjir di empat negeri yang terjejas merekodkan seramai 1,806 orang. Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 657 orang daripada 212 keluarga petang ini, berbanding 280 mangsa daripada 84 keluarga pagi…