Tag: terengganu

  • Anggota FRU mengaku tidak bersalah rompak gelang emas peniaga

    Anggota FRU mengaku tidak bersalah rompak gelang emas peniaga

    SEORANG anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan gelang emas milik seorang peniaga kedai runcit, minggu lepas. Tertuduh Mohd. Khuzairi Shaari, 43, membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, Mohd. Khuzairi yang berpangkat…

  • Dua beranak maut,enam cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan

    Dua beranak maut,enam cedera dalam kemalangan babit tiga kenderaan

    HASRAT dua beranak untuk pulang ke kampung bagi meraikan Aidilfitri tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di KM28 Jalan Terengganu-Kuantan di Kampung Pulau Kerengga, dekat Marang pagi tadi. Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata kemalangan pada 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Subhi Sayuti Abd Ghani, 43, maut…

  • Air nira kian popular, ramai ingin jadi ‘Tok Nyadat’!

    Air nira kian popular, ramai ingin jadi ‘Tok Nyadat’!

    AIR tuak atau nira kelapa bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat di Pantai Timur khususnya Terengganu. Bagi mereka yang melalui jalan Pantai dari Dungun menghala ke Kuala Terengganu, sudah pasti akan terpandang deretan pondok, bangsal dan warung yang menjual air nira sebaik sahaja tiba berhampiran Kampung Kelulut dan Alor Tuman Marang. Bagi penggemar minuman…

  • PN guna logo Pas dalam PRN di Kelantan, Terengganu

    PN guna logo Pas dalam PRN di Kelantan, Terengganu

    PERIKATAN Nasional (PN) akan menggunakan logo Pas bagi calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan dan Terengganu. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu telah dimuktamadkan pucuk pimpinan PN. “Saya ingin memaklumkan keputusan PN untuk mengekalkan (penggunaan) logo, Kelantan dan Terengganu (kekal guna) logo Pas. “Selain…

  • Anwar jamin DKKP dibayar seperti biasa, kata Ahmad Samsuri

    Anwar jamin DKKP dibayar seperti biasa, kata Ahmad Samsuri

    MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendedahkan, Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada Terengganu akan diteruskan sebagaimana kebiasaan. Menurut beliau, keputusan itu diperoleh selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya semalam. Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, beliau menyifatkan ia berlangsung positif dengan beberapa isu berkaitan…

  • Jenama ‘wang ihsan’ kembali semula ke Terengganu?

    Jenama ‘wang ihsan’ kembali semula ke Terengganu?

    TINDAKAN Kerajaan Perpaduan untuk menyekat Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) membabitkan royalti petroleum ke Terengganu dianggap sebagai tidak wajar. Ini kerana, tindakan tersebut dikatakan bukan sahaja bakal menjejaskan setiap perancangan pembangunan di negeri ini, tetapi juga melibatkan hal-hal berhubung kepentingan rakyat. Justeru, banyak pihak meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlalu berpolitik,…

  • Amaran hujan lebat berterusan di beberapa negeri hingga 2 Mac

    Amaran hujan lebat berterusan di beberapa negeri hingga 2 Mac

    HUJAN lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Kluang, Mersing, Kota Tinggi and Johor Bahru di Johor hingga Khamis ini (2 Mac), menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan 1 tengah hari ini. Hujan lebat berterusan pada paras sangat bahaya diramal menimpa Pekan dan Rompin di Pahang, serta Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian di…

  • Kelantan, Terengganu tak layak terima royalti minyak, kata Azalina

    Kelantan, Terengganu tak layak terima royalti minyak, kata Azalina

    MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak 5 peratus. Menurut beliau, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika. Mengikut Perjanjian Pembayaran Wang Tunai yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan Kelantan…

  • Belum ditayangkan, Pulau diharamkan di Terengganu

    Belum ditayangkan, Pulau diharamkan di Terengganu

    FILEM kontroversi, Pulau yang akan ditayangkan di seluruh negara mulai 9 Mac ini dilapor diharamkan daripada tayangan di Terengganu. Perkara itu dimaklumkan penerbitnya, Fred Chong menerusi sidang media secara virtual, hari ini. “Alasan mereka filem itu mengandungi adegan-adegan yang keterlaluan. Walhal, belum ada sesiapa lagi yang menonton filem itu,” katanya, menurut Harian Metro. Fred berkata,…

  • Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur dan Johor sehingga Isnin

    Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur dan Johor sehingga Isnin

    HUJAN berterusan dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Isnin depan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 9 pagi ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.  Sementara itu,…