Tag: PRN Johor

  • PN rampas DUN Maharani daripada PKR

    PN rampas DUN Maharani daripada PKR

    PKR gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 yang berlangsung hari ini.

    Calon PN, Abdul Aziz Talib daripada Pas menundukkan penyandang kerusi DUN Maharani, Norhayati Bachok daripada Amanah dengan kelebihan 1,037 undi.

    Abdul Aziz dalam PRN kali ini berjaya meraih 7,559 manakala Norhayati hanya mampu meraih 6,522 undi daripada 21,016 pengundi yang keluar mengundi di DUN berkenaan. 

  • SPR umum BN menang PRN Johor

    SPR umum BN menang PRN Johor

    Oleh ABU UBADILLAH RAHMAN

    SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi lebih 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

    Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat pukul 11.05 malam tadi, jumlah diumumkan itu membolehkan BN memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Johor yang baharu.

    Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, malam ini.

    PRN Johor menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.

  • TIDAK RASMI: Bukit Kepong kerusi kedua dimenangi PN

    TIDAK RASMI: Bukit Kepong kerusi kedua dimenangi PN

    SEPERTI yang dijangkakan, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong.

    Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang merupakan penyandang kerusi berkenaan sebelum ini berjaya meraih 9,311 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Ismael Mohamed yang hanya meraih 8,509 undi.

    DUN Bukit Kepong yang berada di bawah Parlimen Pagoh mempunyai 37,495 pengundi.

  • PRN Johor:Calon Muda menang kerusi DUN Puteri Wangsa

    PRN Johor:Calon Muda menang kerusi DUN Puteri Wangsa

    CALON Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amira Aisya Abd. Aziz menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan memperoleh 18,891 majoriti undi.

    Beliau yang juga Setiausaha Agung Muda menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik yang meraih 14,362 undi dan calon Perikatan Nasional (PN) Loh Kah Yong memperoleh 7,914 undi.

    Tiga lagi calon, Khairil Anwar Razali dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 2,158 undi, calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) mendapat 2,103 dan calon Bebas, Adzrin Adam mendapat 346 undi.

    Jumlah ini adalah selepas 159 daripada 184 saluran dikira.

  • Tidak rasmi:MIC menang semua empat kerusi DUN ditandingi

    Tidak rasmi:MIC menang semua empat kerusi DUN ditandingi

    BARISAN Nasional (BN) mendakwa MIC menang semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah berkata, MIC secara tidak rasmi menang di DUN Kemelah, Kahang, Tenggaroh dan Bukit Batu.

    “Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pengundi di Johor. Trend perubahan terbukti secara jelas pada PRN Johor, sekali gus membuktikan penduduk negeri ini telah bosan dengan pembangkang.

    “Saya yakin selepas ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan melakukan yang terbaik untuk semua kaum di negeri ini,” katanya memetika laporan Berita Harian, malam ini.

    Murugiah berkata, kemenangan MIC di PRN Johor akan menterjemahkan kemampuan parti itu menawan kembali kepercayaan pengundi, khususnya dalam kalangan kaum India pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

  • PRN Johor: Maszlee gagal rampas kerusi Layang-Layang

    PRN Johor: Maszlee gagal rampas kerusi Layang-Layang

    CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Abd. Mutalip Abd. Rahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Dengan kira-kira 90 peratus undi dikira, BN meraih 7,309 undi, manakala Maszlee di tempat kedua dengan 4,613 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan (1,213 undi) dan calon Pejuang, Ahmad Shafiq Othaman (168 undi).

    BN adalah penyandang kerusi itu tetapi PKR telah meletakkan calon berprofil tinggi dalam usahanya untuk menawan DUN berkenaan.

    Dr. Maszlee adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas Menteri Pendidikan pada zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Pusat.

    Layang Layang merupakan DUN di bawah parlimen Simpang Renggam selain kerusi DUN Machap.

  • [TIDAK RASMI] Calon PN, Alwiyah Talib mendahului di Endau

    [TIDAK RASMI] Calon PN, Alwiyah Talib mendahului di Endau

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mendahului dari segi kiraan undi.

    Setakat ini, beliau beroleh 6,347 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Youzaimi Yusof (3,972 undi), calon Pakatan Harapan (PH), Mohammad Fakrulradzi Mahmud (968 undi), Mohd Noorhisyam Ibrahim dari Pejuang (88 undi) dan calon Bebas, Ismail Don (51 undi).

    Pengiraan undi telah selesai di 46 daripada 60 saluran.

  • Tidak rasmi:BN menang PRN Johor

    Tidak rasmi:BN menang PRN Johor

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    BARISAN Nasional (BN) secara tidak rasmi menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila mendominasi lebih 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

    Keputusan tidak rasmi tersebut adalah berdasarkan kiraan undi melibatkan lebih 29 kerusi DUN berkenaan setakat pukul 9 malam ini.

    Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri adalah menerusi 29 kerusi DUN.

    Secara keseluruhan BN kini mendahului 37 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan, meninggalkan gabungan politik atau parti lain.

    Pakatan Harapan (PH) pula mendahului 13 kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi DUN setakat ini.

  • Tidak rasmi: BN pertahan Kukup, Benut rampas Pekan Nanas, Yong Peng

    Tidak rasmi: BN pertahan Kukup, Benut rampas Pekan Nanas, Yong Peng

    BARISAN Nasional (BN) setakat ini telah berjaya mendapat empat kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

    Daripada keputusan tidak rasmi, setelah 80 peratus daripada kertas undi dikira, BN dipercayai telah mempertahankan kerusi Kukup dan Benut.

    Sementara di Pekan Nenas dan Yong Peng, BN yang diwakili MCA telah berjaya merampas kedua-dua kerusi yang sebelum ini dipegang oleh DAP. 

    Calon-calon BN dikeempat-empat kerusi adalah, Datuk Seri Hasni Mohamad (Benut), datuk Jefridin Atan (Kukup), Tan Eng Meng (Pekan Nanas) dan Ling Tian Soon. 

  • PRN Johor: PH dahului 13 kerusi

    PRN Johor: PH dahului 13 kerusi

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

    PAKATAN Harapan (PH) mendahului 13 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Keputusan tidak rasmi itu adalah setakat 8.35 malam melibatkan kerusi DUN Bukit Pasir, Simpang Jeram, Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Senai dab Bukit Batu.