Oleh ABU UBADILLAH RAHMAN

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi lebih 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat pukul 11.05 malam tadi, jumlah diumumkan itu membolehkan BN memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Johor yang baharu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, malam ini.

PRN Johor menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada sejumlah 2,597,742 pemilih berdaftar bagi PRN kali ini layak mengundi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here