Tag: Muhammad Adib Mohd Kassim
-
Kes Adib: Keputusan teruskan prosiding hina mahkamah Tommy Thomas 8 Feb
MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya hari ini menetapkan 8 Feb untuk memutuskan sama ada Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas. Tarikh itu ditetapkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman,…
-
Penubuhan JK khas siasat kematian Adib berita gembira – bapa
KEPUTUSAN kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berita gembira yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia. Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata penubuhan jawatankuasa itu disifatkannya memberi sinar baharu kepada keluarganya sejak sekian lama menantikan pembelaan bagi kematian…
-
Dedah hasil siasatan kes Adib kepada umum – CUEPACS
KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap dapatan daripada siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dimaklumkan kepada orang ramai. Presidennya, Adnan Mat berkata, langkah itu bertujuan menjamin ketelusan siasatan. Menurut beliau, CUEPACS menaruh harapan yang tinggi agar keadilan untuk arwah Muhammad Adib dituntut kerana ia penting bagi memastikan kes seumpama…
-
Kerajaan tubuh JK khas siasat kematian Adib
KABINET memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam. Menurut beliau, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),…