Tag: Mahkamah
-
Pemerdagangan manusia:Pelawak tidak didakwa di mahkamah esok
SEORANG selebriti yang sebelum ini ditahan setelah dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia tidak didakwa berhubung kes itu yang perbicaraannya bermula, esok. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki yang juga pelawak berkenaan hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan tidak didakwa. Namun katanya, dua individu, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai…
-
Pengasas Rumah Bonda didakwa abai kanak-kanak
PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang tular sebelum ini. Siti Bainun, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak itu telah…
-
Empat lelaki didakwa hina Yang di-Pertua Negeri Melaka
EMPAT lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, akhir bulan lepas. Muhamad Ali Aswad Asngadu, 28, Mohd Hermy Rahim, 34, Ahmad Zaki Yamani Zainon, 45, dan Mohd Hafizuddin Rahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara…
-
Kes rogol ADUN Tronoh:Tiada kesan air mani dijumpai – Jabatan Kimia
MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa analisis yang dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas beberapa eksibit dalam kes rogol membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong tidak menemukan kesan air mani. Pegawai Sains Jabatan Kimia Bahagian Forensik Nor Aidora Saedon berkata eksibit yang dihantar kepadanya untuk dianalisis termasuk pakaian dari tempat…
-
Kemuka tuntutan palsu: Kontraktor dipenjara selepas gagal bayar denda RM1.5 juta
SEORANG kontraktor terpaksa meringkuk dalam penjara selepas gagal membayar denda RM1.5 juta kerana menggunakan dokumen palsu ketika membuat tuntutan berjumlah RM512,090 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 dan 2015. Nazrul Idham Abu Nasir, 44, dihantar ke Pusat Koreksional Kamunting di Perak untuk menjalani hukuman penjara selama 36 bulan. Dia berdepan enam pertuduhan mengikut Seksyen…
-
Dua pemimpin Amanah bergaduh mengaku tidak bersalah
SEORANG ahli Jawatankuasa Amanah Perak, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Naib Ketua Wanita Amanah Kawasan Teluk Intan pada 14 Oktober tahun lalu. Tertuduh, Safarizal Saleh, 43,membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Adilah Mokhtar. Mengikut kertas…
-
Hempuk kepala abang ipar dengan periuk, penganggur dipenjara 5 bulan
MAHKAMAH Majistret Selayang hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan ke atas seorang lelaki yang bertindak menghempuk kepala abang iparnya, seorang warga emas, dengan periuk sehingga menyebabkan kecederaan. Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu selepas Azmi Shahadan, 56, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap Isnin Kulop, 72, di rumah mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves dekat…
-
4 lelaki termasuk dua beradik didakwa membunuh
Oleh Abu Ubaidillah Rahman EMPAT rakan termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki 2 Ogos lalu. Tan Kok Leong, 53; Ngh Wai Seng, 45; Gian Tin Siong, 48, dan adiknya Gian Then Seng, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli. Bagaimanapun…
-
Rayuan Dr Zakir Naik berhubung pemindahan kes saman ke Mahkamah Tinggi P.Pinang ditolak
MAHKAMAH Rayuan hari ini menolak rayuan Dr Zakir Naik terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Baru Uban S.Raveentharan memindahkan perbicaraan saman fitnah yang difailkan oleh penceramah bebas itu terhadapnya dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Panel tiga anggota yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk M.Gunalan dan…
-
Pegawai kanan majlis perbandaran, kontraktor direman kes rasuah RM200,000
SEORANG pegawai kanan Jabatan Kejuruteraan di sebuah majlis perbandaran di Kedah dan seorang kontraktor direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan jumlah RM200,000 dua tahun lalu. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Nur Fardrina Zulkhairi membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini. …