Tag: Dewan Rakyat

  • RM11 bilion wang tak dituntut rakyat – Ahmad Maslan

    RM11 bilion wang tak dituntut rakyat – Ahmad Maslan

    TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak RM11 bilion wang tidak dituntut (WTD) direkodkan setakat Mac tahun ini. Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebanyak RM3.2 bilion WTD dibuat bayaran balik. “Bayaran dibuat kepada empunya membabitkan akaun simpanan, insurans, deposit dan lain-lain. “Sebanyak 354,912 permohonan tuntutan dalam talian diterima,” katanya, menurut laporan Free Malaysia Today. Mengulas…

  • Ahli Parlimen PN catat kehadiran terbaik sidang pertama Dewan Rakyat

    Ahli Parlimen PN catat kehadiran terbaik sidang pertama Dewan Rakyat

    DI sebalik kritikan ke atas kehadiran pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat, namun ia tidak memberi kesan kepada ahli Parlimen lain dalam gabungan itu mencatatkan rekod kehadiran terbaik pada persidangan pertama dewan kali ini. Mengikut rekod kedatangan dalam hansard (transkrip rasmi) sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, ahli Parlimen PN mempunyai peratusan kehadiran…

  • Mas Ermieyati dilantik pengerusi PAC baharu

    Mas Ermieyati dilantik pengerusi PAC baharu

    AHLI Parlimen Masjid Tanah daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu. Beliau menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, yang menyandang jawatan itu sebelum ini. Mas Ermieyati menjadi wanita kedua dilantik memegang jawatan itu selepas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad…

  • PRN enam negeri libat kos RM420 juta, kata Ahmad Maslan

    PRN enam negeri libat kos RM420 juta, kata Ahmad Maslan

    PERBELANJAAN untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tahun ini dianggarkan melibatkan kos RM420 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan. Pada persidangan Dewan Rakyat, Ahmad menjelaskan, jumlah itu mengambil kira situasi semasa jika PRN dibuat tahun ini. “Saya ingin menyatakan bahawa PRN di enam negeri, kita menganggarkan…

  • MP PN persoal MB Kedah dihalang hadiri LIMA ’23

    MP PN persoal MB Kedah dihalang hadiri LIMA ’23

    TINDAKAN menghalang Menteri Besar Kedah daripada menghadiri sebarang program anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) di Langkawi dibangkitkan seorang Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini. Ia dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) dengan mengemukakan Peraturan Dewan selepas sesi soal jawab. Menurut beliau, perkara seperti…

  • Cadang pesalah seksual kanak-kanak dipenjara 30 tahun – Mas Ermieyati

    Cadang pesalah seksual kanak-kanak dipenjara 30 tahun – Mas Ermieyati

    SEORANG Ahli Parlimen Pembangkang mencadangkan hukuman penjara bagi kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak perlu dinaikkan sekurang-kurangnya 30 tahun termasuk sebatan. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berkata, hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi kesalahan sedemikian tidak memadai. “Kalau dibaca kesalahan dinyatakan bawah Seksyen 15A (1), kesalahan ini amat berat sekali kerana hukuman penjara 20 tahun tidak…

  • Isu Pasport TPM: Shahidan ‘cadang’ pasport Rosmah turut dipulangkan

    Isu Pasport TPM: Shahidan ‘cadang’ pasport Rosmah turut dipulangkan

    PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) beberapa kali membangkitkan isu pasport antarabangsa yang dikembalikan secara kekal kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Memetik laporan Astro AWANI, sambil menyindir, beliau mendakwa keputusan yang dibuat mahkamah itu adalah ‘keputusan hebat’. Malah, beliau juga mencadangkan pasport antarabangsa Datin Seri Rosmah…

  • RUU mansuh hukuman mati dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

    RUU mansuh hukuman mati dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

    RANG Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Ketika mengemukakan rang undang-undang tersebut, Azalina berkata ia juga akan dibentangkan bagi bacaan kali kedua pada mesyuarat…

  • Mengapa tergesa-gesa lawat Arab Saudi, tanya MP PN

    Mengapa tergesa-gesa lawat Arab Saudi, tanya MP PN

    SEORANG Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kerana tergesa-gesa merancang lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berkata, lawatan rasmi itu disifatkan memalukan Malaysia dan Arab Saudi kerana kegagalan Anwar bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dan Raja Arab…

  • Ka Siong dakwa terima ugutan lelaki guna nama ‘PMO’

    Ka Siong dakwa terima ugutan lelaki guna nama ‘PMO’

    DATUK Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) hari ini mendakwa menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu import bekalan telur. Memetik laporan Berita Harian, Ka Siong yang juga Presiden MCA mendakwa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai ‘Deepak’ dan mewakili syarikat J&E Advance Tech, pagi semalam. Ka Siong berkata, pemanggil lelaki…