Tag: dadah
-
Tegur suami hisap dadah bersama rakan di rumah, isteri cedera dipukul
SEORANG wanita cedera ditumbuk suaminya yang mengamuk setelah ditegur mangsa kerana membawa rakan menghisap dadah di rumah mereka dalam kejadian di Matang Jaya dekat Padawan Sarawak, Ahad lalu. Wanita itu mengalami pendarahan pada mata kiri dan lebam pada kepala susulan insiden berkenaan. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira…
-
Pegawai kanan Polis Johor antara tiga ditahan SPRM
POLIS Kontinjen Johor mengesahkan seorang pegawai kanan polis dan dua pegawai rendahnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan selari sedang dijalankan Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) bersama pihak SPRM. “Polis Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat oleh SPRM membabitkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis,…
-
Lelaki OKU didakwa tembak polis, miliki senjata api, dadah
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG lelaki kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas tujuh pertuduhan memiliki senjata api dan dadah termasuk melepaskan tembakan ke atas polis. Tertuduh, Muhammad Firdaus Paiman, 35, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sazlina Shafie. Muhammad Firdaus yang juga berstatus duda, didakwa…
-
Dadah RM4.5 juta dirampas dari dalam kereta, kondominium
POLIS merampas dadah seberat 123.2 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4.5 juta dan menahan seorang lelaki disyaki pengedar dalam operasi khas di Cheras dan Selangor pada hari Jumaat dan Sabtu lepas. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata lelaki berumur 29 tahun itu ditahan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Cheras,…
-
Tangani masalah dadah di peringkat akar
Nampaknya ‘pencapaian’ Malaysia sebagai pusat transit dadah antarabangsa dadah akan terus kekal sampai bila-bila apabila kes-kes penyeludupan barang terlarang itu masih aktif dilakukan sehingga kini. Terbaru, pihak berkuasa Australia telah merampas 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lalu. Polis Persekutuan Australia…
-
PDRM sahkan pihak berkuasa Australia rampas 336kg dadah dari Malaysia
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lepas. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata dadah berkenaan dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta). “Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sedang menjalankan…
-
Tukang rumah ditahan miliki senapang patah, dadah
POLIS menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kerana memiliki selaras senapang patah buatan sendiri, peluru hidup dan 60 biji pil kuda dalam kereta di sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, Kuala Krai, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 10.30 malam, anggota yang…
-
Kisah anak potong payu dara ibu akibat dadah, curi tumpuan Parlimen
KISAH benar seorang ibu tunggal dicederakan anak kandung akibat pengaruh dadah, mencuri perhatian sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. Menceritakan pengalamannya, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi), berkata beliau pernah didatangi seorang ibu tunggal yang hilang sebelah payudara akibat perbuatan ganas anak lelakinya yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Lebih memilukan,…
-
Tiga pelajar IPTS ditahan miliki ganja hampir 1kg
POLIS menahan tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway, Subang Jaya, dekat Kuala Lumpur dan merampas dadah jenis ganja seberat hampir sekilogram dalam serbuan berasingan Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam serbuan pertama pada 12.15 tengah malam di asrama lelaki IPTS berkenaan,…
-
Polis tahan seorang lelaki, rampas dadah lebih RM6 juta
SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM6.36 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Seri Kembangan di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 123 kilogram (kg), syabu (0.5 kg), 18 botol berisi serbuk dadah (301 gram), pil ekstasi (21…