Tag: bunuh
-
Teman lelaki kelar perut, bunuh, bakar kekasih hamil
PERSELISIHAN faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di Sungai Besar Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa…
-
Cekik isteri sampai mati di bilik sewa
SEORANG suami dipercayai tergamak membunuh isterinya dengan mencekik mangsa dalam kejadian di bilik sewa mereka di Jalan Pantai, Kota Kinabalu, hari ini. Kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari jiran pasangan tersebut yang terkejut apabila terdengar pertengkaran sebelum suami mangsa mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan. Jiran mangsa kemudian menghubungi polis pada…
-
Kakitangan dan pelatih Puspen didakwa membunuh
SEORANG kakitangan dan seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput di sini atas pertuduhan membunuh seorang pelatih pusat itu pada bulan lepas. Kakitangan Puspen, Nur Aslam Faizal, 35, dan pelatih Suffian Effendy Kadri, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan tiada pengakuan…
-
Bunuh, tanam mayat suami kekasih di lereng bukit
SEORANG lelaki yang dipercayai membunuh suami kekasihnya dan menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang sebuah pusat jagaan orang tua di Subang Jaya pada Mei tahun lalu terbongkar. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada orang awam pada Khamis berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India…
-
Bapa simbah anak bongsu air panas dipenjara enam tahun
SEORANG bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Yasin Halik, 41, yang mengaku bersalah menyimbah air panas daripada pemanas air ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun hingga menyebabkan…
-
Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh semasa kendalikan kes
KETUA Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes membabitkan tokoh-tokoh dan personaliti tertentu. Beliau berkata kebiasaannya dalam setiap kes mahkamah yang diputuskan, akan ada pihak yang berpuas hati dan sebaliknya. “Itu lazim…yang menjadi luar biasa dalam kes-kes melibatkan tokoh atau personaliti tertentu, sokongan atau kecaman…
-
Tukang masak warga Bangladesh didakwa bunuh pesakit mental
SEORANG tukang masak warga Bangladesh dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lelaki di sebuah pusat jagaan sakit mental di Bukit Beruntung di sini, Disember lepas. Tertuduh, Mohammad Abdul Alim, 33, didakwa membunuh Leong Kam Ming, 52, di sebuah pusat jagaan sakit mental, Jalan Cempaka 2, Bukit Beruntung di…
-
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
MAHKAMAH Rayuan menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lima tahun lepas. Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja terbabit berkata rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas…
-
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati dua anggota SMART
DUA anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas. Panel tiga hakim yang bersidang iaitu Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim,…
-
Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
SEORANG jurukimpal didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di Kajang, minggu lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ngit Soon, 51, yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan…