CUBAAN dua lelaki menyeludup keluar barang kawalan termasuk 27 tong gas cecair petroleum (LPG) tanpa permit di perairan Kuala Sungai Melayu, Tawau, semalam, berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pihak maritim pada awalnya mengesan dua bot kargo mencurigakan bergerak secara bersama dari arah Sungai Tawau menuju ke Pulau Sebatik, iaitu pada kedudukan 1.9 batu…