Category: Kemalangan / Bencana
-
Remy terkejut, sedih kematian juruterbang pesawat terhempas
PELAKON Remy Ishak berkongsi kesedihan pemergian Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, iaitu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Seksyen U16, Shah Alam, petang semalam. Melalui entri Instagram (IG) yang dimuat naik, malam tadi, Remy yang mengenali Allahyarham Shahrul Kamal, memberitahu mereka baru sahaja bertemu di sebuah restoran di Shah Alam,…
-
Mayat mangsa selesai dibawa keluar,perakam suara kokpit ditemui
SEMUA mayat mangsa nahas pesawat persendirian terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan. Beliau berkata proses membawa keluar mayat termasuk anggota badan dan cebisan tubuh mangsa selesai kira-kira 10.30 malam tadi, dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah…
-
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat terhempas di Elmina
BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam hari ini. Melalui Facebook beliau, Muhyiddin berkata, beliau berasa amat sedih mendengar berita itu dan berharap keluarga mangsa tabah serta sabar dalam menghadapi ujian yang perit tersebut. ‘’Semoga urusan pasukan penyelamat dan…
-
Allahyarham Khairil Azwan anak peneroka bukan anak Jamaluddin Jarjis’’ – adik
ALLAHYARHAM Khairil Azwan Jamaludin, 43, adalah anak peneroka Felda bukannya anak Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Perkara itu dijelaskan oleh adik Allahyarham Khairul Azman selepas selepas digembar gembur di laman media sosial anak bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat antara 10 mangsa yang yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan…
-
Enam mayat pesawat terhempas dibawa keluar setakat pukul 10.30 malam
KETUA Polis Negara Razarudin Husain berkata sekurang-kurangnya enam mayat nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian. Beliau berkata mayat terbabit ditemui dalam pencarian meliputi keluasan lebih satu ekar setakat ini. “Mayat ada enam yang dijumpai satu dalam keadaan sempurna, manakala lima lagi merupakan cebisan mayat,” katanya…
-
Saya bukan mangsa nahas pesawat di Elmina – kata Ikwan Hafiz Jamaluddin
ANAK lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ikwan Hafiz menafikan beliau merupakan antara 10 mangsa yang terkorban, dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi. Ikwan, 36 dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata laporan yang disiarkan dalam media utama menyatakan, namanya antara…
-
Allahyarham Johari tokoh korporat berjaya, dilantik Exco Pahang
PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun, 53, yang merupakan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam Selangor hari ini, merupakan tokoh korporat berjaya sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas. Ketokohan dan pengalaman luas dimilikinya membolehkan beliau dipilih menjadi…
-
Pesawat dikenalpasti melencong daripada laluan asal pendaratan – Anthony
PESAWAT Beechcraft Model 390 (Prime 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa dikenal pasti melencong daripada laluan asal pendaratan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, maklumat tersebut adalah berdasarkan pemerhatian awal setakat ini. “Berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan. Pesawat telah menerima kebenaran untuk mendarat…
-
Syarikat Jet Valet sah pesawat miliknya terhempas
SYARIKTA Jet Valet Sdn Bhd mengesahkan menerima laporan berhubung insiden sebuah pesawat milik syarikat itu yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor hari ini. Syarikat pengendali pesawat berkenaan memaklumkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu, dan akan memberi komitmen penuh serta kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan. “Pada masa ini, pihak…
-
‘’Saya dengan bunyi letupan sangat kuat’’ – saksi pesawat terhempas
“Saya terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan sebaik tiba di lokasi, saya nampak seorang mangsa terbakar rentung dalam keadaan terbaring,” kata saksi insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini. Menurut Nur Alia Nordin, 28, semasa kejadian beliau berada dalam rumah di Kampung Kubu Gajah sebelum…