Category: Politik

  • PRN Melaka: Kesemua calon bebas, Putra, Iman hilang wang deposit

    PRN Melaka: Kesemua calon bebas, Putra, Iman hilang wang deposit

    PERCUBAAN kesemua calon Bebas termasuk “YB Viral” Datuk Norhizam Hassan Baktee dan dua parti politik untuk membuat penampilan sulung dalam pilihan raya dengan memasuki gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, berakhir dengan kehilangan deposit. Kesemua 22 calon Bebas, lima calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan calon tunggal Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) adalah antara 34 calon yang hilang deposit…

  • Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

    Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

    AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama. Turut hadir…

  • BN menang 21 kerusi, lima PH, dua PN – Pengerusi SPR

    BN menang 21 kerusi, lima PH, dua PN – Pengerusi SPR

    SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini. Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh yang mengumumkan keputusan pilihan raya itu berkata Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi, dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. Beliau juga berkata sejumlah…

  • PN tak akan bubar untuk kembali bersama UMNO

    PN tak akan bubar untuk kembali bersama UMNO

    PERIKATAN Nasional (PN)  tidak akan meninggalkan prinsip penubuhannya dan tidak akan dibubarkan untuk kembali bersama UMNO. Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN sudah berhijrah jauh dan yakin dengan prinsip dan asas pembentukannya untuk menawarkan suatu bentuk parti yang mendukung kerajaan dengan lebih baik.     “Minta maaf. Kami berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, menentang rasuah dan salah…

  • BN menang, kembali bentuk kerajaan negeri Melaka

    BN menang, kembali bentuk kerajaan negeri Melaka

    BARISAN Nasional (BN) mencatat kemenangan cemerlang dan bergaya dengan memperoleh dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, sekali gus menerima mandat untuk kembali mentadbir kerajaan negeri. Keputusan PRN itu menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi…

  • BN bentuk kerajaan negeri Melaka, capai majoriti mudah

    BN bentuk kerajaan negeri Melaka, capai majoriti mudah

    Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh 15 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  Melaka hari ini. Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam ini di Menara Persekutuan di sini. “BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini…

  • Tok Mat Hasan pimpin BN menang besar, PN kekal menang dua kerusi, PH catat keputusan terburuk

    Tok Mat Hasan pimpin BN menang besar, PN kekal menang dua kerusi, PH catat keputusan terburuk

    BARISAN Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya berjaya menubuhkan kerajaan selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan hari ini. Mohamad Hasan yang sebelum ini turut bertanggungjawab memastikan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil memastikan BN Melaka bukan sahaja menambah…

  • RASMI: Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

    RASMI: Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka

    (Keputusan termasuk undi majoriti akan dikemas kini dari semasa ke semasa) N01 KUALA LINGGI Pemenang: ROSLI ABDULLAH (BN-UMNO)Majoriti: 1,836Jumlah pengundi: 10,928Peratusan keluar mengundi: 65.3 / 7,140 Undi ditolak: 162 Kertas undi dikembalikan: 10 Rosli Abdullah (BN-UMNO) – 3,554 Julasapiyah Kassim (PH-Amanah) – 1,718 Kamisan Palil (Bebas/IND) – 51 Aziah Mohd Sa’ad (PN-PAS) – 1,645 (2018:…

  • Proses pengundian PRN Melaka berjalan lancar

    Proses pengundian PRN Melaka berjalan lancar

    PELAKSANAAN prosedur pengundian berjalan lancar setakat ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan pengundi, bertepatan dengan norma baharu ketika perang melawan COVID-19 masih belum selesai. Tinjauan Bernama mendapati Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini sempat melawat dua pusat pengundian bagi meninjau kelancaran prosedur mengundi tersebut dan…

  • Pesakit strok naik ambulans pergi mengundi

    Pesakit strok naik ambulans pergi mengundi

    SEORANG pesakit strok dibawa menaiki ambulans demi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Abdul Rahim Yaacob, 57, yang merupakan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dibawa dari kediamannya di Kampung Durian Daun, kira-kira 2.4 kilometer dari pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun `K’ menggunakan ambulans St.…