Author: Wartawan WartaRakyat

  • [TIDAK RASMI] Calon PN dahului Parlimen Port Dickson

    [TIDAK RASMI] Calon PN dahului Parlimen Port Dickson

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Rafiei Mustapha mendahului kerusi itu setakat pukul 8.56 malam.

    Beliau yang mendapat 4,359 undi mengatasi calon BN, Datuk P. Kamalanathan (2,636); PH diwakili Datuk Seri Aminuddin Harun (2,636) manakala PEJUANG diwakili Ahmad Idham Ahmad Nadzri (116) dan Bebas Abdul Rani Kulup Abdullah tiada undi.

    Port Dickson mempunyai 104,450 pengundi berdaftar.

    Kerusi itu sebelum ini disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini bertanding di Tambun.

    Rafiei merupakan Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan dan Pesuruhjaya Pas negeri itu.

  • [TIDAK RASMI] Saingan sengit di Masjid Tanah, Mas Ermieyati mendahului

    [TIDAK RASMI] Saingan sengit di Masjid Tanah, Mas Ermieyati mendahului

    KEPUTUSAN tidak rasmi di Parlimen Masjid Tanah menyaksikan saingan sengit apabila calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendahului di Parlimen Masjid Tanah dengan 5,730 undi setakat pukul 9.20 malam.

    Namun, beliau diekori rapat calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid dengan 5,191 undi manakala calon Muda, Mutalib Uthman meraih 2,162 undi.

    Sementara itu, calon Gerakan Tanah Air, Handrawirawan Abu Bakar meraih 113 undi.

    Mas Ermieyati merupakan penyandang kerusi Masjid Tanah sejak 2013.

  • [TIDAK RASMI] Rosol mendahului di Hulu Terengganu

    [TIDAK RASMI] Rosol mendahului di Hulu Terengganu

    CALON Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului di kerusi Parlimen Hulu Terengganu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini.

    Setakat pukul 8.30 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan Datuk Rosol Wahid memperoleh 7,056 undi mengatasi tiga pencabarnya.

    Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat memperoleh 5,614 undian, manakala Alias Ismail mewakili Pakatan Harapan (PH) peroleh 295 undi dan Mohd. Khadri Abdullah (Pejuang)  mendapat 31 undi.

    Parlimen  Hulu Terengganu mempunyai 87,917 orang pengundi berdaftar.

    Pada PRU14, kerusi Parlimen Hulu Terengganu dimenangi Rosol yang bertanding atas tiket BN dengan majoriti 2,868, undi lapor SatuBerita.

  • [TIDAK RASMI] Hamzah mendahului di Larut

    [TIDAK RASMI] Hamzah mendahului di Larut

    CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendahului undian di kerusi Parlimen Larut dengan 402 undi setakat ini.

    Ini diikuti calon Barisan Nasional (BN), Shafiq Fhadly Mahmud dengan 285 undi.

    Dua lagi lagi calon, Zolkharnain Abidin (Pakatan Harapan) 114 undi manakala Auzaie Fadzlan Shahidi (GTA) 12 undi, lapor SatuBerita.

  • [TIDAK RASMI] Ahmad Fayhsal mendahului di Machang

    [TIDAK RASMI] Ahmad Fayhsal mendahului di Machang

    CALON Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendahului empat calon lain di Parlimen Machang dengan majoriti 2,149 undi.

    Setakat pukul 8.48 malam, Ahmad Fayhsal mendapat 162 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Rosli Allani Abdul Kadir menerima 42 undi.

    Sementara itu, penyandang Parlimen itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (BN) menerima tujuh undi manakala calon daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Mejar (B) Muhammad Seman masih tidak menerima sebarang undian setakat ini.

  • [TIDAK RASMI] Zambry ketinggalan, PN mendahului di Lumut

    [TIDAK RASMI] Zambry ketinggalan, PN mendahului di Lumut

    SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketinggalan di kerusi Parlimen Lumut setakat jam 7.45 malam.

    Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 2,580 undi di belakang calon Perikatan Nasional (PN), Nordin Ahmad Ismail.

    Nordin mendapat 3,758 undi mengatasi calon lain termasuk penyandang kerusi, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 448 undi.

    Dua lagi calon, Mohd. Isnin Ismail (Warisan) mendapat 52 undi dan Mazlan Abdul Ghani (Pejuang) dengan 40 undi lapor Sinar Harian.

  • [TIDAK RASMI] Calon PN mendahului di Parlimen Batu

    [TIDAK RASMI] Calon PN mendahului di Parlimen Batu

    KEPUTUSAN tidak rasmi bagi Parlimen Batu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Azhar Yahya mendahului calon lain dengan jumlah 340 undi.

    Sinar Harian difahamkan, jumlah tersebut direkodkan setakat jam 7.30 malam susulan hanya satu peti undi telah dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Rasmi, Sekolah Menengah Sentul Utama, Jalan Ipoh setakat ini.

    Sementara pengiraan bagi 196 saluran lagi sedang dimuktamadkan di pusat pengundian sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi.

    Berdasarkan maklumat yang diterima juga, difahamkan lebih 72 peratus pengundi keluar mengundi bagi Parlimen Batu.

    Kerusi Parlimen Batu terdiri daripada 113,863 pengundi menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.

    Pada PRU14, Parlimen Batu dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.

  • [TIDAK RASMI] Abdul Hadi mendahului di Marang

    [TIDAK RASMI] Abdul Hadi mendahului di Marang

    PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului di Parlimen Marang dengan majoriti 3,392 undi setakat pukul 8.20 malam.

    Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 6,689 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman memperoleh 3,297 undi.

    Dua lagi calon iaitu Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Zarawi Sulong masing-masing memperoleh 275 undi dan 64 undi.

    Setakat ini lapor Berita Harian, sebanyak 23 daripada 233 peti diterima di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Daerah Marang di sini.

    Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Parlimen Marang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya, Abdul Hadi yang ditentang calon BN, Jasmira; PH, Azhar dan Pejuang, Zarawi.

    Pada PRU14, Abdul Hadi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endut dan Zarawi Sulong (PKR) dengan majoriti 21,954 undi.

    Ketika itu, Abdul Hadi memperoleh 53,749 undi manakala Mohamad Nor (31,795 undi) dan Zarawi (5,318 undi)

  • [TIDAK RASMI] Shahidan mendahului di Arau

    [TIDAK RASMI] Shahidan mendahului di Arau

    CALON Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim mendahului kerusi Parlimen Arau dengan 329 undi setakat 7.45 malam.

    Ini diikuti Fathie Amelina Fazlie (PH) dengan 207 undi dan Datuk Rozabil Abd. Rahman (BN) dengan 161 undi selepas dua peti undi dikira.

    Sebagai rekod, Shahidan yang sudah hampir 40 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

  • (TIDAK RASMI) PRU-15: GPS dahului 25 daripada 31 kerusi di Sarawak

    (TIDAK RASMI) PRU-15: GPS dahului 25 daripada 31 kerusi di Sarawak

    GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) dilaporkan mendahului di 25 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dalam keputusan tidak rasmi sehingga pukul 7.20 malam ini.

    DAP pula mendahului di tiga kawasan iaitu di Sibu, Lanang dan Mas Gading manakala Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing mendahului dengan satu kerusi.