Author: Wartawan WartaRakyat
-
Dua tahanan Indonesia lolos berjaya ditahan semula
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN DUA tahanan yang melarikan diri ketika dalam perjalanan menuju ke Penjara Satelit Ledang, pagi semalam sudah berjaya diberkas semula. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua suspek berkenaan itu dikenali sebagai Haji Samirudin, 36 dan Riki Rinaldi, 40. “Riki Rinaldi telah dijumpai pihak Ibu Pejabat Polis…
-
Pemuda didakwa pukul, bakar anjing
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SEORANG pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan menyebabkan kesakitan ke atas seekor anjing betina, pada bulan lalu. Braden Yap Hong Seng, 19, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mengikut…
-
Jari kelingking pelakon Shahronizam terputus ketika potong ayam
PELAKON Shahronizam Noor, 51, kehilangan jari kelingking selepas pisau terlepas daripada pegangannya ketika memotong ayam di rumahnya pada malam kelmarin. Suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang selepas jari kelingkingnya terkulai dan putus, lapor portal Berita Harian. Menurut anak tiri pelakon berkenaan, Daniel Hairi, kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka…
-
Exco Terengganu imbau rasa bimbang mahu rasmikan mesin ‘cucuk pitih’
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim pula mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Besut, Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang merasmikan kemudahan baru mesin pengeluaran wang tunai (ATM) di kawasan parlimennya. Beliau mengambil kesempatan mengimbau kembali pengalamannya yang turut terlibat dengan majlis perasmian ATM di kawasannya pada 2019. Dr. Azman melahirkan rasa ‘kasihan’ terhadap kecaman…
-
Reputasi Anwar terjejas teruk jika bebaskan Najib, kata penganalisis
REPUTASI Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya yang selama ini membawa imej reformis akan terjejas teruk sekiranya tunduk kepada tekanan UMNO untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak, kata beberapa penganalisis. Penganalisis politik dari University Tasmania, Australia, James Chin berkata, imej Anwar sudah pun tercalar selepas ramai mempersoalkan mengapa beliau berdiam diri apabila UMNO…
-
ROS bantah permohonan Zuraida tuntut jawatan Presiden PBM
PENDAFTAR Pertubuhan (ROS) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin untuk diiktiraf secara rasmi sebagai Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM). Bantahan itu dikemukakan oleh wakil Jabatan Peguam Negara (AGC) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Ketika dihubungi hari ini, peguam Zuraida, Mohamed Ashmeer Ashrof mengesahkan perkara itu. Mohamed Ashmeer berkata, inti bantahan ialah permohonan kebenaran semakan…
-
Persatuan hotel mahu kerajaan selesai masalah mereka sebelum sertai inisiatif Rahmah
PERSATUAN Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia yang mewakili hotel bajet menggesa kerajaan menyelesaikan dahulu masalah menjejaskan industri sebelum meminta lebih ramai pengusaha menyertai inisiatif Rahmah yang menawarkan produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Sri Ganesh Michiel berkata: “Apa yang kami mahu ialah mereka perlu selesaikan masalah kami dahulu,…
-
Pas tidak berpeluk tubuh, sedia kerjasama pastikan RUU 355 lulus
TIMBALAN Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia memberi kerjasama penuh kepada kerajaan perpaduan untuk memastikan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) diluluskan Parlimen “Pas tidak berpeluk tubuh selama tiga tahun ia menjadi parti pemerintah, berhubung rang undang-undang untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. “Kita tengok nanti kerajaan…
-
Pertikaian Laut China Selatan: Howard Lee lucu, tidak cerdik-Ahmad Fayhsal
AHLI Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How perlu meneliti dan menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan membidas pemimpin lain berkaitan isu Laut China Selatan. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan Howard itu disifatkan lucu dan memalukan dirinya. “Ini menunjukkan ahli jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP itu tidak…
-
Dakwa isteri diganggu pegawai atasan DBKL, siasatan tiada kemajuan
SEORANG ejen hartanah kecewa apabila mendapati tiada kemajuan dalam siasatan berhubung dakwaan bahawa isterinya diganggu secara seksual oleh seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut lelaki berkenaan yang enggan dikenali bagi melindungi mangsa, turut mendakwa, pelbagai kesalahan seksual lain telah dilakukan terhadap isterinya. “Isteri saya diganggu sejak pertengahan tahun lepas dan kini mengalami…