Author: Wartawan WartaRakyat
-
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
SEORANG lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu. Sergio Tarache Parra, 19, dituduh menyimbah Katherine Gomez, 18, dengan minyak tanah sebelum membakar mangsa di dataran di Lima, Peru pada 18 Mac lalu. Menurut konsulat Peru di Bogota, notis merah Interpol telah dikeluarkan untuk penahanan Tarache. Beberapa hari sebelumnya, remaja…
-
Pembantu menteri sumber manusia ditahan SPRM
SEORANG pembantu Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut sumber, pembantu itu yang merupakan pegawai kanan Sivakumar, ditahan bersama seorang ejen pengambilan pekerja asing. Difahamkan, penahanan mereka ada kaitan siasatan membabitkan pengambilan pekerja asing. FMT sudah menghubungi pejabat Sivakumar dan SPRM untuk mendapatkan pengesahan. BERITA LANJUT MENYUSUL
-
Lelaki maut direnjat elektrik di Sarawak
SEORANG lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan setinggan dekat Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew, Bintulu semalam. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 2.18 petang. “Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba…
-
Dua anggota polis nafi samun pelanggan hotel bajet
DUA anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap warga asing minggu lalu. Tertuduh, T.S. Praveen dan Muhammad Safri Idris yang berusia 31 tahun, membuat pengakutan tersebut sejurus dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Mengikut…
-
Permohonan Shafee fail tuntutan balas berkait tunggakan cukai RM9.41 juta ditolak
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Tan Sri Shafee Abdullah untuk memfailkan tuntutan balas terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas dakwaan tunggakan cukai sebanyak RM9.41 juta. Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain berpendapat bahawa seseorang yang menghadapi saman untuk mendapatkan semula tunggakan cukai tidak berhak memfailkan tuntutan balas terhadap kerajaan. “Defendan (Shafee) berhujah…
-
Pengajar kelas renang bakal berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri
SEORANG lelaki yang dipercayai merogol anak tirinya berusia 16 tahun sehingga mendorong remaja berkenaan melarikan diri baru-baru ini bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 36 tahun akan berdepan 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek sejak tiga tahun lalu.…
-
Kerajaan diarah bayar RM1.54 juta kepada keluarga 3 mangsa
MAHKAMAH memberi pampasan sejumlah RM1.54 juta kepada keluarga mangsa kematian dalam tahanan untuk tiga saman sivil yang berasingan antara 2016 dan 2022. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ketiga-tiga kes itu telah diselesaikan. “Mahkamah telah menetapkan pampasan kepada keluarga mangsa berjumlah RM1.54 juta bagi kesemua kes…
-
MB Kelantan tak bincang mengenai royalti dengan PM
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini hanyalah kunjungan biasa dan tidak membincangkan secara khusus berkaitan tuntutan royalti petroleum. Ahmad berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan berhubung isu berkenaan. “Royalti seperti mana dulu, kita beri salinan (surat) saja. Tuntutan itu dihantar sebagai…
-
Bekas setiausaha politik Iris Haron mengaku tak bersalah terima suapan lebih RM400,000
BEKAS Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736 sebagai ‘upah’ projek pembinaan masjid, enam tahun lalu. Tertuduh Datuk Rosli Hasan, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 12 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan pertama,…
-
Dakwaan LGBT:Pas mohon batalkan saman fitnah oleh Mujahid
PAS memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Muhajid Yusof Rawa terhadap parti pembangkang itu. Peguam bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu, Noorazmir Zakaria mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Pas memohon untuk membatalkan tindakan sivil itu tanpa mendengar meritnya pada perbicaraan penuh. “Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 21…