Kes 1MDB: Jasmine Loo mungkin antara saksi terakhir

JASMINE Loo merupakan antara tiga atau empat saksi terakhir dalam kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib berkata demikian di hadapan hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Datuk Collin Lawrence Sequerah petang ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih belum membuat keputusan sama ada akan memanggil Loo untuk memberi keterangan atau sebaliknya, lapor Malaysiakini

Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Loo yang dikaitkan dengan 1MDB dan melarikan diri selama bertahun-tahun, telah ditahan selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

Sebelum ini, Sequerah menolak permohonan Najib agar dia digugurkan daripada mendengar kes itu kerana pernah menjadi rakan kongsi Loo dalam sebuah firma guaman.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *