BEBERAPA pemimpin UMNO ‘melenting’ apabila Annuar Musa dikatakan mendakwa seramai 2 juta AHLI UMNO sudah meninggalkan parti itu.
Hakikatnya, mereka melompat salah tempat kerana Annuar Musa yang kini menyertai Pas tidak berkata demikian. Tontonlah kembali video ceramah beliau di Seremban, Annuar kata seramai 2 juta RAKYAT telah meninggalkan UMNO bukan AHLI. Tetapi entah macam mana pemimpin UMNO boleh komen berdasarkan laporan tidak tepat beberapa media.
Kalau dikaji keputusan PRU-13,PRU-14 dan PRU-15, kenyataan Annuar 2 juta RAKYAT meninggalkan UMNO boleh diterima. Pada PRU-13 BN-UMNO mendapat undi keseluruhan 5,237,699, PRU-14 (4,080,797 undi) manakala PRU-15 3,462,231.
Kalau lihat statistik ini bukankah sejak PRU-13 hingga PRU-15, UMNO sudah ditinggalkan kira-kira 2 juta RAKYAT khususnya pengundi Melayu? Tak mengapalah kalau mereka hendak jugak komen jika itu boleh dijadikan modal menyerang Annuar tetapi apa yang lebih penting diperkatakan apa nasib UMNO dalam PRN di 6 negeri nanti?
Sama ada suka atau tidak, di atas kertas setakat hari ini UMNO diletakkan parti yang akan kalah teruk dalam PRN tersebut. Mana-mana agensi mahupun penganalisis (kecuali penganalisis totok sokong UMNO) tidak nampak bagaimana UMNO akan menang. Bukan kata akan menjadi dominan di salah sebuah negeri PRN itu malah nak menang kerusi pun ‘sakit’.
Di Kedah, belum pasti siapa akan mengepalai gabungan PH-BN, di Selangor UMNO-BN mungkin dapat tak lebih daripada 10 kerusi. Di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pun sama. Cuma mungkin di Kelantan dan Terengganu UMNO dapat kerusi lebih, itupun sebab harapan nak menang tipis.
Maknanya, tugas UMNO sebagai ‘pelengkap’ kerajaan bukan sahaja berlaku di pusat malah akan ‘berjangkit’ di 6 negeri tersebut, itupun kalau menang kerusi. UMNO tidak boleh berada dalam sindrom penafian atau membuat hujah yang hanya bagi orang ketawa bila kata orang Melayu akan sokong parti itu.
Percayalah orang Melayu waima sebahagian ahli UMNO sendiripun sudah ada alternatif jika tidak mahu beri undi kepada gabungan PH-BN. UMNO harus akui Gelombang PN sedang ‘bergelora’ di negeri-negeri tersebut manakala gelombang PH-BN boleh dikatakan tidak nampak langsung.
Oleh itu pemimpin PH-BN boleh berkata apa sahaja kepada termasuklah ‘ratib’ siang malam burukkan pemimpin PN. Tetapi semua itu tidak ada apa-apa kesan.Lihatlah dengan mata hati bagaimana sambutan terhadap program PN.Rajin-rajin tinjau berapa jumlah tontotan program itu yang disiarkan secara live FB mahupun Tik Tok.
Kalau mereka melihat dengan mata hati, maka mereka akan memahami bahawa Gelombang PN masih belum surut sejak PRU-15 dan akan berterusan meranapkan PH-BN di sekurang-kurangnya lima negeri dalam PRN.
Keadaan itu tidak mustahil berlaku jika pemimpin PH-BN terus dengan strategi burukkan PN untuk meraihkan sokongan rakyat hingga mereka lupa, kita bukan lagi berada dalam tahun 90-an yang rakyat tidak boleh mengetahui kebenaran yang disembunyikan.
Jadi kalaulah pemimpin PH-BN mahu meneruskan strategi tu silakan.. tetapi jangan kecewa jika tindakan itu akan memungkinkan strategi 2R Kerajaan Perpaduan untuk PRN sepertimana diumumkan oleh Ahmad Zahid Hamidi iaitu retain and regain akan menjadi ‘RUNTUH dan RANAP’ untuk PH-BN.
Leave a Reply