Pembantu kedai tak mengaku rogol remaja 13 tahun

SEORANG pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas empat pertuduhan merogol rakan wanitanya yang juga remaja.

Tertuduh Muhammad Ikram Safwan Azmi, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun lima bulan di empat lokasi berasingan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus antara 28 Mac hingga 22 April lalu.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Harian Metro.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *