Oleh DATUK DR. MARZUKI MOHAMAD
ANWAR dulu bila didakwa atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat, ajak rakyat turun ke jalanan.
Saya antara yang turun di Dataran Merdeka dan Sogo. Hadap FRU dan gas pemedih mata.
Ada kawan-kawan saya yang ditahan di bawah ISA dan lain-lain kesalahan. Kerana terdorong dengan semangat Reformasi, ramai rakyat biasa yang merasa gas pemedih mata dan tidur dalam lokap.
Ketika itu rakyat sedang menghadapi kegawatan ekonomi akibat krisis kewangan 1997/98.
Tan Sri Muhyiddin didakwa atas kesalahan salah guna kuasa kerana BERSATU terima dana politik. Tidak ada satu sen pun masuk poket beliau.
Tetapi Tan Sri Muhyiddin tak ajak ahli-ahli BERSATU dan rakyat turun ke jalanan. Beliau minta ruang untuk bela diri mahkmah.
Beliau faham rakyat sedang susah menghadapi kegawatan ekonomi dan tidak mahu mengheret rakyat dalam dugaan yang beliau sedang hadapi.
Yang diharapkan hanyalah doa.
Ramai kawan-kawan yang menghantar mesej kepada saya menitipkan doa yang baik-baik saja.
Terima kasih.
Penulis ada bekas Setiausaha Sulit Kanan PM-8
Leave a Reply