Pengurangan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan

AHLI Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan kerana ia boleh menjejaskan perancangan pembangunan dan kemajuan rakyat serta kawasan terbabit.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, langkah kerajaan itu dengan menjadikan kekangan ekonomi sebagai alasan, tidak boleh diterima.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mendakwa, alasan sebegitu sengaja digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menjustifikasikan tindakan berkenaan.

“Ia sudah pasti akan menjejaskan pembangunan dan kemajuan kawasan.

“Masalah sekarang adalah beliau (Anwar) sembang kencang kerana apabila beliau jadi kerajaan, apa-apa saja alasan dibuat untuk justifikasikan tindakan beliau itu.

“Dulu cakap macam-macam, nak itulah inilah, termasuk nak agih sama rata. Mengenai pengurangan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pun kita dapat tahu daripada surat khabar (media),” katanya memetik Berita Harian.

Rosol mengulas kenyataan Perdana Menteri, di Port Dickson, semalam bahawa kerajaan akan mengurangkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pada tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang menyatakan peruntukan untuk Ahli Parlimen dikurangkan lebih 65 peratus, daripada RM3.8 juga kepada RM1.3 juta pada tahun ini.

Perdana Menteri berkata, peruntukan pembangunan itu juga akan diberikan secara berperingkat dan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan jika ada keperluan mendesak.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *