‘Im all for it’ demi ummah dan penyatuan politik Melayu Islam

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, rasa bimbang dan cemas dengan situasi perpecahan yang melibatkan orang Melayu pada ketika ini.

Katanya, orang Melayu sewajarnya belajar daripada sejarah lampau yang telah memperlihatkan bagaimana sesuatu bangsa menjadi lemah bila tiada perpaduan di antara mereka.

Oleh yang demikian, beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan segala-galanya sekira ada pihak mahu melihat wujud perpaduan dalam kalangan orang Melayu khusus dari segi politik.

“Ringkasnya kita rasa bimbang, mungkin lebih pada bimbang tentang apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu yang dilihat macam tak seperti dahulu.

“Nak katakan banyak sangat perpecahan dari segi politik pun perpecahan, dari segi lain pun ada, macam tak sehaluan tak sekata tak sederap.

“(Apa juga usaha) istilah menggambarkan kesepaduan, perpaduan, perpaduan ummah ‘im all fot it’. Apa usaha dibuat untuk menyatupadukan ummah baik politik, ekonomi, itu penting bagi kita pasal tanpa perpaduan kita lemah, kita lemah tak ke mana,” katanya memetik laporan UtusanTV, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin melihat, usaha menyatukan parti politik Melayu Islam perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan yang lebih memburuk kepada golongan Bumiputera.

Katanya lagi, usaha tersebut boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai orang tengah yang memiliki rasa tanggungjawab dan bertindak melangkaui batas politik.

“Kalau disebutkan soal agenda Melayu Islam ini penting atau Bumiputera adalah soal bagaimana kita nak menyatupadukan. Satu dari segi politik.

“Macam contoh nak menyatupadukan parti-parti politik Melayu, saya fikir itu usaha baik, saya all for it, siapa nak mulakan boleh, tak semestinya pimpinan politik.

“Dia Bersatu, dia PN, dia PH, ini UMNO susah begitu. Ia akan mengambil masa tapi mesti dimulakan kerana kesan kepada perpecahan Melayu parah,” tegasnya.

Beliau pada masa sama menegaskan, pilihan raya bukanlah jalan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut kerana ia memerlukan semangat dan kesediaan untuk berkorban.

Katanya, ini merupakan langkah besar dituntut oleh agama yang memerlukan semua pihak berlapang dada demi memastikan maruah serta kelangsungan kehidupan orang Melayu.

“Kadang-kadang pilihan raya setakat menyelesaikan pembentukan kerajaan ‘but isu of unity not about election, got’ semangat, jiwa, kesedaran, pengorbanan, kesediaan.

“Pasal nak balik semula bila berbalah macam ini langkah amat besar tapi kalau kita bersikap lapang dada pasal kita ketahui ini satu usaha baik, memang dituntut agama kita, kita kena usahakan.

“Kita ramai tokoh mungkin sekumpulan agak sedar yang saya fikir bila baca banyak (masalah), dia bimbang dan takut tapi tiada usaha ke depan untuk tampil cari jalan,” katanya.

Muhyiddin menambah, berbeza pandangan dalam politik tidak sepatutnya membawa kepada perbalahan mahupun perpecahan yang merugikan.

Malah, beliau berpendapat, panduan yang mungkin boleh diguna pakai dalam menyelesaikan kemelut ini daripada terus membarah adalah agama Islam itu sendiri.

“Bukan dengan perhimpunan perpaduan ummah sahaja, perhimpunan tak menyelesaikan masalah. Breaking the barrier, kenapa kita begitu? ‘Is it politics’?

“Kalau parti-parti politik berbeza pandangan tapi dari segi soal perpaduan tak perlu sampai berbalah dan berpecah belah.

“Saya amat sokong tapi mesti ada usaha bersungguh mengetepikan perbezaan antara kita dan cari jalan yang baik, mungkin panduan yang paling baik, tak lain adalah Islam,” katanya.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *