PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing di Bagan Datuk dan Bera pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN pada majlis pengumuman calon BN malam ini, turut mengumumkan Timbalan Presiden UMNO yang Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon BN bagi kerusi Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau turut mengumumkan dua lagi calon daripada kalangan ‘Top 5’ UMNO iaitu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap, Kedah manakala Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan bertanding di Kota Tinggi, Johor.

Top 5 merujuk kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Ahmad Zahid mengumumkan Setiausaha Agung BN yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Lumut.

Beliau turut mengumumkan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk mempertahankan Parlimen Ayer Hitam, Presiden MIC Tan Sri SA Vickneswaran dicalonkan untuk bertanding di kerusi Sungai Siput dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki sebagai calon di Parlimen Gerik.

Beliau juga mengumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Rembau, untuk bertanding di kerusi Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Adila Ariffin pula dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh, Kelantan bagi menggantikan penyandangnya Tan Sri Annuar Musa.

Pada malam ini, Ahmad Zahid mengumumkan 160 calon yang akan bertanding kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala calon bagi 25 kerusi Parlimen di Sabah akan diumumkan esok.

Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan dicalonkan untuk bertanding di Padang Besar bagi menggantikan penyandang Datuk Zahidi Zainul Abidin, manakala Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad dicalonkan untuk mempertahankan Parlimen Parit Sulong.

— LAGI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here