MUDA digesa guna logo PH di Parlimen Kepala Batas

SAYAP Pemuda Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menggesa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggunakan logo PH ketika bertanding bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Danial Abdul Majeed

Dalam kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin sayap Pemuda PH Pulau Pinang hari ini, mereka berkata, sebagai menunjukkan keikhlasan dan bekerjasama sebagai satu pasukan, parti MUDA perlu menggunakan hak fleksibiliti supaya logo PH digunakan bersama di Kawasan Parlimen Kepala Batas.

“Kami menghormati keputusan yang telah diambil, akan tetapi kami ingin tegaskan bahawa Parti MUDA Pulau Pinang harus menggunakan logo Pakatan Harapan bagi Kerusi Parlimen Kepala Batas,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Dapsy Pulau Pinang, Lee Wei Seang; Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang; Khairul Ali dan Ketua AMK Pulau Pinang, Fadzli Roslan.

Tambah mereka, pada awal September lalu, Majlis Presiden PH menerima permohonan daripada MUDA untuk menyertai PH secara rasmi.

Katanya, pada dua minggu lalu pula PH telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama politik dengan MUDA dalam menghadapi PRU-15.

Jelasnya, permohonan MUDA untuk memasuki gabungan PH secara rasmi mungkin tidak sempat diproses kerana memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Ini bermaksud tiada alasan jika PRU-15 kali ini parti MUDA tidak menggunakan lambang logo PH walaupun parti tersebut belum diterima secara rasmi disebabkan isu teknikal,” katanya.

Parti MUDA sebelum ini mengumumkan Ketua Parlimen MUDA Pulau Pinang, Danial Abdul Majeed akan bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas pada PRU-15.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *