TAN Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai keputusan Jawatankuasa Pas Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, keputusan ini memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu dalam meraih sokongan rakyat.
‘’Secara peribadi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dan rakan-rakan pimpinan Pas yang terus istiqamah mempertahankan kerjasama Pas dalam Perikatan Nasional.
‘’Saya mendoakan semoga Perikatan Nasional mendapat mandat rakyat dalam PRU-15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,’’ katanya.
Leave a Reply