PELAKON, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu di Kelantan, akibat komplikasi jantung hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu disahkan isterinya, Relawati Daud kepada rakan rapat Allahyarham, Datin Marlia Musa sekitar pukul 3 petang tadi.

“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia, ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik beberapa lagu popular, Isabella dan Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ([email protected]) di Kuantan, Pahang 8 April lalu kerana mengalami masalah cepat penat.

Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Namun, akibat kekangan kewangan dialami ,dia hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

Sebelum ini, Bob menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here