SEORANG lelaki di Louisiana terkejut selepas £43 bilion (RM222.7 billion) dimasukkan ke dalam akaun banknya secara tidak sengaja.
Darren James berkata dia terpegun selepas isteri menghubunginya bahawa terdapat £43.4 bilion yang disalurkan secara tiba-tiba.
Kesilapan yang aneh daripada pihak bank tersebut memberikan kekayaan sementara kepada James dan menjadikannya manusia ke-25 terkaya di dunia ketika itu.
“Ia pelik kerana saya tak pernah melihat duit sebanyak itu dalam hidup saya. Kami mula berfikir siapa yang akan datang mengetuk pintu rumah kami kerana kami tidak mempunyai kenalan sekaya itu ,” kata James kepada Channel FOX 9.
Bagaimanapun James memahami bahawa wang itu bukan miliknya dan sebagai bekas penguatkuasa undang-undang dia memahami, kalau dia terus menyimpannya ia boleh dianggap mencuri.
“Kami tahu duit itu bukan milik kami jadi kami tidak boleh buat apa-apa dengannya,” kata James yang merupakan ejen hartanah.
James kemudiannya menghubungi Bank Chase bagi melaporkan apa yang berlaku.
Bank itu tidak mendedahkan dari mana sumber wang berkenaan dan tidak menyatakan bagaimana kesilapan itu terjadi.
James berkata jika dia diberikan rezeki untuk menerima wang sejumlah itu, dia akan cuba untuk membantu orang lain.
“Saya akan gunakan untuk membantu orang lain – bagi orang harapan bahawa masih terdapat kebaikan di dunia ini. Itu impian saya,”
Leave a Reply