DATUK Seri Najib Razak meninggalkan Istana Kehakiman dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi kenderaan polis pada jam 5.44 petang tadi.
Walaupun hujan renyai, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat penyokong Najib yang berada di hadapan Istana Kehakiman sejak pagi tadi untuk memberi lambaian terakhir kepada bekas Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, penyokong hampa apabila kenderaan yang membawa Najib itu keluar melalui laluan lain dan hanya isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat keluar di pintu masuk yang ditunggu penyokongnya, lapor Berita Harian.
Difahamkan, Najib akan dibawa ke Penjara Kajang selepas hukuman ke atasnya dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Mahkaman Persekutuan.
Pergerakan membawa Najib dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi penugasan kawalan dan lalu-lintas, Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Leave a Reply