tidak diiktiraf pengarah selangor sierra leone gambar lucah Twitter mengundi SPR lima bulan gambar video lucah pisau polis rasuah dokumen Felda pengurus TNB Jamaludin sedekah remaja

Kenal di WhatsApp, akhirnya buruh dituduh rogol pelajar sekolah

MENERUSI aplikasi WhatsApp, seorang buruh berkenalan dengan seorang anak gadis yang masih di bangku sekolah.

Lelaki itu sudah berusia 25 tahun manakala gadis tersebut berumur 14 tahun 5 bulan – hampir separuh daripada usianya.

Perkenalan mereka kemudian membawa kepada insiden rogol di sebuah rumah pada 9 September tahun lalu.

Dan hari ini, buruh tersebut, Raja Mohd. Yusof Raja Husin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol mangsa, lapor Berita Harian, hari ini.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Marang, kira-kira pukul 3 pagi 9 September 2021.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh juga dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan, dan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi sepanjang tempoh prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *